AAZAD memendam rasa. Apa yang dilihatnya tadi benar-benar melukakan hatinya.
Dari jauh dia melihat Ainan bersama seorang lelaki. Dah tu dengan selamba adab je minum minuman Ainan.
Aazad yakin, mereka berdua ada hubungan. Sejauh mana kebenarannya, hanya mereka yang tahu.
Telefon bimbit dicapai sebaik saja Ainan melangkah masuk ke Kayangan Mall.
Abang ada dekat Kayangan Mall.
Lama Aazad menanti Ainan menjawab Whatsapp yang dikirimkan. Namun hanya bluetick yang diterima.
Indah sungguh bluetick tu. Aazad kehampaan. Baru saja kakinya ingin melangkah ke parkir kereta, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Ainan full hari ni." Itu ayat pertama yang menyapa telinganya. Ye dia tahu shift Ainan tetapi, hatinya tergerak untuk terus ke situ sebaik saja balik dari bekerja.
"Abang tahu. Abang rindu Ainan. Ainan dah break?" Aazad sengaja bertanya.
"Dah." Hanya sepatah itu. Aazad mengeluh.
"Dengan siapa?" Kali ini dia menduga.
"Sorang." Perlahan sekali suara Ainan disebelah sana. Sekali lagi Aazad mengeluh. Ainan mula tidak jujur dengannya.
Jadi benarlah Ainan membuat onar di belakangnya. Jika tidak, masakan Ainan tergamak membohonginya.
"Tak apalah. Malam nanti abang ambil. Tunggu abang ye." Panggilan ditamatkan.
Hati Aazad benar-benar terluka. Adakah ini khifarah atas kesalahannya?
Aazad pulang dengan hati yang hampa. Pedih. Aazad menahan rasa. Adakah ini yang dirasakan Ainan ketika dia bermain cinta dengan Aleesya semasa Ainan sarat mengandung dulu?
Aazad meraup kasar wajahnya. Dia terus memandu pulang ke rumah. Hatinya kacau bilau. Perasaannya bercampur aduk ketika itu.
'Kenapa Ainan? Kenapa perlu curang?'
Aazad cuba sedaya upaya menelan semua yang berlaku. Pasti ada satu sebab munasabah kenapa Ainan sanggup mencuranginya.
Dia perlu cari tahu. Dia perlu gali walau apa sekalipun sebabnya. Tapi mampukah dia menerima kenyataan yang sebenar nanti? Aazad celaru.
Sampai saja di rumah, Aazad terus menyelongkar almari. Dia tahu Ainan punya sebuah diari. Diari yang selama ini dia tidak pernah peduli. Tapi hari ini, dia perlu ambil tahu apa yang diluahkan oleh Ainan.
Satu persatu muka surat dibaca. Dia tidak peduli andai saja Ainan mengamuk.
18 March 2017
Andai saja hati aku boleh dikeluarkan, ingin sekali aku pertontonkan kepada abang bagaimana hancurnya hati ini. Dalam pada aku sarat, dia berani bermain cinta dengan perempuan lain.
Dengan perempuan yang aku kenal! Hancur luluh hati ni. Tergamak abang perlakukan aku begini. Andai saja hati aku kuat, pasti aku akan pergi jauh.
Hanya kerana dia, abang tergamak nak tinggalkan aku yang tengah sarat ni.
Ya Allah,
Dugaan seperti apa lagi yang perlu aku lalui? Tiada bahagiakah untuk insan seperti aku?
3 April 2017
Aku selamat melahirkan. Tapi tiada apa yang berbeza. Sudah hampir dua minggu aku bersalin. Selama dua minggu ini jugalah abang langsung tidak pulang ke rumah.
Alasannya untuk mencari duit lebih. Maka dia perlu kerja lebih masa. Telefonnya juga semakin sukar untuk dihubungi.
Aku pasrah. Mungkin sudah sampai masanya aku mengundur diri. Terkilan? Ya... aku memang terkilan. Dalam keadaan aku berpantang, aku memerlukan seorang suami di sisi tapi apa yang aku dapat? Hanya linangan air mata.
Ya Allah, semoga aku terus kuat.
1 May 2017
Ya Allah, berat sungguh dugaan-Mu. Sampai hati abang perlakukan aku begini. Sanggup berhabis duit beli tab tanpa memikirkan keperluan aku dan anak-anak.
Untung mak bapak aku masih hidup. Kalau tak, mau mampus dah aku hadap perangai tak bertangguhjawab dia. Asal belah sana, berhutang sana sini pun sanggup.
Yang aku ni? Binatang? Nak makan, kutip kat tong sampah. Bila aku tegur, nak mengamuk. Cakap aku ni macam-macam. Sumpah, aku dah tawar hati. Sayang... cinta macam mana pun tak guna bila orang tak tahu nak hargai.
Aazad tarik nafas panjang. Teringat dia saat Ainan sedang berpantang ketika melahirkan Safwan. Aazad langsung tidak pedulikan keadaan Ainan.
Baginya ibu bapa Ainan ada untuk menjaganya ketika dalam pantang. Tapi siapa sangka, siapa mampu menduga. Ainan pulang ke rumah mereka setelah dua minggu berpantang di sana.
Aazad pula memang terpaksa bekerja dua puluh empat jam tanpa henti kerana tak cukup kakitangan. Hasilnya, gajinya pada bulan itu berganda dari biasa.
Aazad sakan membeli tab. Ya, untuk memudahkan dia bermain game. RM 1000 di masukkan ke akaun isteri pertamanya. Tapi Aazad lupa. Lupa Ainan juga tanggungjawabnya.
Keperluan Ainan dan Safwan ketika itu, langsung Aazad tidak peduli. Dia hanya memikirkan dirinya, anak-anak serta isteri di kampung yang sering kali bertanya tentang duit.
Ternyata Ainan terluka dengan tindakannya. Ternyata Ainan memedam rasa.
Aazad meraup kasar wajahnya. Diari Ainan di pandang sepi. Hatinya teragak-agak untuk terus membaca.
Ainan...
Terbayang wajah Ainan yang tiada lagi seri apabila bersamanya. Ainan lebih banyak termenung ketika berada di rumah. Senyum dan tawanya hanya untuk anak-anak.
Share this novel