Bab 24

Romance Series 12288

"WAN, tolong pergi outlet GGB boleh? Hantarkan petty cash claim ni dekat Encik Mat. Dia ada kat sana. Tak sempat datang sini katanya." Zuraidah mendapatkan Ridhwan yang sedang menyiapkan dokumen yang perlu dihantar ke HQ.

"Nak pergi sekarang ke miss?" Ridhwan inginkan kepastian. Tangannya lincah menyusun dan menyimpan semula dokumen di dalam bakul.

"Iye. Sekaranglah. Nanti boleh hantar sekali naik lori dengan dokumen yang lain." Ridhwan tersengih lalu mencapai sampul yang dihulurkan oleh Zuraidah.

"Saya gerak dulu." Ridhwan berlalu dengan senyuman dibibir.

'Bukan senang dapat keluar macam ni. Sempatlah mengular sekejap.' Ridhwan ketawa sendiri. Lima belas minit perjalanan menaiki motor akhirnya Ridhwan sampai di cawangan GGB.

Dia terus meluru ke stor. Kebetulan hanya Ainan yang berada di dalam stor ketika itu.

"Hai..." sapa Ridhwan sambil tersenyum. Ainan yang sedang ralit di meja komputer terkejut. Segera dia mengurut dada.

"Buat terkejut orang je," ngomel Ainan dengan wajah yang berkerut.

"Ye... ada apa?" soal Ainan agak kasar.

'Mamat ni kafir ke? Tak reti bagi salam!' Gerutu Ainan dalam hati.

"Eh melayu ke? Saya ingat cina tadi." Ainan tepuk dahi. Entah berapa ramailah yang mengatakan dia cina. Walhal muka dia tak ada pun putih macam cina. Memang tak ada ciri-ciri cina langsung.

"Ye. Melayu. Muslim. Islam." Ainan membalas geram. Ridhwan ketawa melihat telatah Ainan.

"Maaf ye. Encik Mat ada tak? Miss Zuraidah minta saya ke sini untuk hantar dokumen ni." Ridhwan menayang sampul surat di tangannya.

"Duduklah sana dulu. Kejap lagi dia masuklah. Dia pergi rehat."

"Oh... busy ke tu?" Ridhwan ralit memerhatikan Ainan yang sedang menaip.

"Hmmm..."

"Saya, Ridhwan. Awak?" Ainan berpaling memandang Ridhwan. Putih, handsome tapi kepala botak.

"Ainan." Sepatah jawapan diberi sebelum kembali menyambung kerjanya.

"Kak Liza mana ye? Dia supervisor sini, kan?" Ainan mengeluh. Rimas dengan sikap pemuda itu.

"Kak Liza pergi bank." Ridhwan tersengih dengan reaksi Ainan. Entah mengapa, telatah Ainan mencuit hatinya.

"Baru kerja sini ke?" soal Ridhwan berhasil membuatkan Ainan mengalih pandangan dari komputer.

"Ye... saya baru lagi. Ada apa-apa lagi nak tanya ke? Saya ada kerja nak buat. Kang Encik Mat masuk, dia nak pakai PC pula." Geram sungguh Ainan dengan sikap Ridhwan.

"Nanti pun boleh buat kerja tu. Tak baik biar tetamu sendiri." Ainan tepuk meja.

"Awak ni memang tak reti diam eh? Mulut pot pet pot pet kalah pompuan." Terhambur juga kemarahan Ainan. Ridhwan ketawa.

"Tak lawaklah," bentak Ainan.

"Uish.. apa bising-bising ni?" tegur Encik Mat. Ainan terdiam. Dia segera menyiapkan kerjanya yang tergendala gara-gara Ridhwan.

"Takde apa Encik Mat. Saja saya usik dia," balas Ridhwan bersahaja.

"Jangan nak usik sangat Wan. Bini orang tu," bidas Encik Mat. Ridhwan terkedu.

"Ni Encik Mat. Miss Zu minta saya hantar ni." Ridhwan menghulurkan sampul surat yang dibawa kepada Encik Mat. Matanya sempat lagi menjerling Ainan. Mujur saja tindakannya tidak disedari oleh Encik Mat.

"Ainan, dah siap ke list invoice dengan RO yang saya minta tadi?" Ainan hanya mengangguk lantas menghulurkan kertas yang baru saja dicetaknya.

"Saya sambung kerja di luar." Ainan terus berlalu keluar menuju ke kaunter pembayaran.

Alan sedang sibuk mengemas kaunter. Pelanggan agak berkurangan pada waktu itu.

"Lan, akak dengar Kau minta transfer ke MMV betul ke?" Ainan memulakan bicara.

"Ha'ah kak. Sana gaji lebih sikit." Ainan tertunduk. Zizah dah di pindahkan ke cawangan lain sebaik saja Ainan dinaikkan pangkat.

"Kau kecil hati dengan akak ke?" Alan terus memberhentikan kerjanya.

"Kenapa akak cakap macam tu? Saya tak pernah kecil hati pun dengan akak tau." Ainan tertunduk.

"Bukan kau yang sepatutnya naik. Lan tu yang patut naik. Entah apa kau dah buat sampai Lan tak naik. Kau ni memang busuk hati, kan?" Herdikan dari Zizah membuatkan Ainan terkedu. Mutiara jernih mula bertakung dimuara matanya.

"Saya tak pernah minta nak naik pun. Akak jangan suka-suka nak tuduh saya macam-macam ye." Ainan cuba pertahankan dirinya.

"Tak payahlah kau nak berlagak alim suci sini. Memang kau tamak. Alan tu dah lama kerja. Patut dia naik. Ni tak, tetiba je naikkan kau. Dahlah bodoh!" Ainan diam. Tidak mahu berbalah. Terus saja dia meninggalkan Zizah.

Itulah kali terakhir mereka bertemu sebelum Zizah di transfer ke cawangan lain.

"Kak... jangan risaulah. Semua ni tak ada kene mengena pun dengan akak." Alan masih cuba mententeramkan perasaan Ainan.

"Tapi Kak Zizah..." Belum sempat Ainan menghabiskan kata-katanya, Alan mencelah.

"Tak payah dengar cakap Kak Zizah tu. Tak tahulah apa yang dia dengki sangat dekat akak. Tak sudah-susah nak sakitkan hati akak." Marah benar Alan dengan sikap Zizah yang tak putus-putus menyakiti Ainan.

"Lan pasti tu yang terbaik?" Alan tersenyum lalu mengangguk.

"Akak jangan risau. Yang penting akak buat elok-elok tau. Mana tahu rezeki akak cepat naik supervisor pula." Alan mengusik. Berubah wajah Ainan.

"Lan, jauh lagi eh. Ke situ pula dia. Tapi kau jangan lupa akak ye." Ainan tersenyum.

Sepanjang dia bekerja di situ, Alan antara yang rapat dengannya. Jadi bila dia mendengar Alan minta dipindahkan ke cawangan lain, dia merasa kehilangan.

Sorry guys lambat updated.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience