SAKIT hati Ridhwan apabila membaca Whatsapp dari Ainan. Sakit juga hatinya saat Ainan menghantar gambar wajahnya.
'Maafkan aku, Ainan. Aku tak mampu pertahankan kau. Kerana kau bukan milik aku.'
Ridhwan segera memberhentikan motorsikalnya apabila laluannya dihalang oleh sebuah kereta.
Berkerut dahinya apabila pemandu kereta tersebut keluar dari perut kereta.
"Apa kes?" soal Ridhwan ingin kepastian.
"Apa kes kau tanya aku. Kau sedap pegang bini orang, kau tanya aku apa kes?" Ridhwan angkat kening.
"Eh... apahal? Angin takde, ribut takde, nak sound aku." Ridhwan naik angin. Sudahlah dia kecewa kerana Ainan berlalu pergi macam tu je. Ni kena sound pula.
"Banyaklah kau punya angin ribut. Kau nak tengok angin aku ke macam mana?" Baju Ridhwan mula dicekak. Ridhwan mengangkat kedua belah tangannya.
"Lu apahal bro?" Ridhwan semakin tak puas hati. Tangan lelaki itu ditepis. Helmetnya segera dibuka. Baru hendak dihayunkan ke muka lelaki itu, tangannya ditepis. Tercampak helmetnya ke bahu jalan.
"Kau belum cukup hebat lagi nak belasah aku. Kau ingat sini, ni last warning dari aku. Jauhkan diri kau dari Ainan. Sekali lagi aku nampak kau dekat dengan Ainan, aku tak teragak-agak cabut nyawa kau." Ridhwan ketawa.
"Oh... jadi kaulah lelaki tak bertanggungjawab tu? Melepaskan tangggungjawab sebagai suami dan ayah tapi senang-senang nak ambil tanggungjawab malaikat maut." Ridhwan mula menyindir.
Aazad terkaku mendengar sindiran Ridhwan. Jadi Ainan menceritakan masalah rumahtangganya pada Ridhwan? Sungguh Aazad terluka.
"Bro, bini kau baik bro. Aku lamar dia pun, dia tolak atas alasan dia masih bini kau. Jangan risau, aku akan pergi dari hidup dia. Kalau aku jadi kau, aku hargai setiap pengorbanan dia. Kau masih belum terlambat lagi. Selagi hati dia masih ada rasa cinta pada kau, selamatkanlah rumahtangga korang."
Ridhwan tersenyum walau perit melafaskan semuanya.
"Jaga dia. Jangan sia-siakan dia. Aku doakan kebahagiaan korang. Tapi kalau kau sia-siakan dia. Dia pergi tinggalkan kau, aku tak teragak untuk ambil dia." Ridhwan tepuk lembut bahu Aazad sebelum mendapatkan semula helmetnya.
"Ingat bro. Hargai dia. Jangan sampai kau menyesal." Ridhwan terus berlalu meninggalkan Aazad.
Tapi hari ini, hatinya perit melihat kesan lebam di lengan Ainan. Pipi Ainan yang berbirat. Dahi benjol.
Hatinya meronta untuk menghubungi Ainan namun, kerana dia telah tekad untuk tidak mengganggu hubungan rumahtangga Ainan. Dia menahan rasa hatinya.
Hanya doa yang mampu diberikan agar Ainan tabah dan kuat menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Moga saja ada sinar bahagia buat Ainan dan suaminya.
* * * * *
ABANG pergi dulu. Maafkan segala salah silap abang. Ainan masih isteri abang sampai nyawa abang terpisah dari jasad. Jaga diri. Jaga maruah. I love you so much.
Itu kiriman Whatsapp terakhir Aazad untuk Ainan. Sebaik saja Ainan mengunci diri di dalam bilik Dasuki, Aazad segera mencapai beberapa helai pakaiannya lalu meninggalkan Ainan sendirian.
'Maafkan abang kerana menyakiti Ainan. Abang tak mampu melawan rasa cemburu abang. Abang terlalu sayangkan Ainan. Abang tak sanggup kehilangan Ainan.' Aazad merintih hiba.
Kereta dipandu tanpa arah tujuan. Dia telah menghubungi penyelianya untuk mendapatkan cuti tanpa gaji selama seminggu. Dia perlu berjauhan dari Ainan.
Dia tak mampu mengawal kemarahannya. Dia tidak mahu menyakiti Ainan. Cukuplah dengan apa yang telah dilakukan kepada Ainan tadi. Dia tidak sanggup lagi.
Terlalu banyak yang Ainan korbankan buat dirinya. Ainan melayaninya selama ini dengan cukup sabar.
Aazad kecewa. Kecewa dengan apa yang terjadi pada rumahtangganya. Benarkah semua yang berlaku salah dirinya? Atau dia hanya dijadikan penyebab untuk menutup kesalahan Ainan. Aazad buntu.
Tanpa sedar jatuh juga air mata yang ditahan sedari tadi. Penyesalan yang tiada gunanya.
Mungkin hati Ainan padanya telah mati. Sungguh dia berdosa pada Ainan. Berdosa kerana gagal menjaga Ainan.
"Argh..." Aazad menjerit melepaskan segala rasa di hati. Dia tidak mampu berjauhan dengan Ainan. Ainan adalah separuh nyawanya yang tidak mungkin ada galang ganti.
Share this novel