Bab 7

Romance Series 12288

SUDAH seminggu Aazad tidak pulang ke rumah. Selama seminggu itu jugalah Ainan tidak menjawab sebarang panggilan mahupun Whatsapp darinya. Mujur saja Syazana tidak terus menerus memarahinya.

"Sya kesian kat akak. Sekarang ni dia kerap termenung. Selera makan pun tak ada. Mak dengan ayah tak bagi balik tapi akak tetap nak balik. Jadi, mak minta Sya temankan akak sepanjang abang tak ada." Aazad mengeluh kesal mendengar khabar yang dibawa oleh Syazana.

Aazad telah memaklumkan kepada mak dan ayah mertuanya bahawa dia tidak akan pulang ke rumah bagi memberi ruang kepada Ainan untuk bertenang. Namun, tidak disangkanya khabar itu yang diterimanya.

Aazad terus memohon cuti beberapa hari bagi menenangkan emosi Ainan. Mungkin silapnya kerana mengasingkan diri. Adakalanya dia buntu untuk berhadapan dengan Ainan.

"Sya... abang nak minta tolong boleh?" Aazad menghubungi Syazana sebelum dia bergerak balik ke rumah.

"Abang nak minta tolong Sya tengokkan anak-anak untuk sehari dua ni. Abang nak bawa Kak Ainan bercuti." Aazad meluahkan permintaannya.

"Sya tak kisah. Tapi abang janji abang jangan buat akak stress. Nanti boleh tak abang datang rumah ayah dulu? Sya ada benda nak bagitahu abang. Penting sangat." Aazad mula berasa gundah mendengar permintaan Syazana.

Syazana memang tidak bekerja. Ayah mertuanya tidak membenarkan Syazana bekerja. Jadi Syazana hanya duduk di rumah sambil menjalankan perniagaan atas talian.

Aazad memandu pulang menuju ke rumah mertuanya. Sampai saja di sana, Safwan terus menyambut kepulangannya. Safwan mendakap erat Aazad.

Erat seeratnya seperti tidak mahu dilepaskan tubuh Aazad. Aazad berkali-kali mencium pipi Safwan. Saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, Umairah yang baru bertatih itu terkedek-kedek mendapatkannya. Aazad terus mendukung Umairah.

Matanya melilau mencari kelibat Ainan. Namun, sia-sia.

"Kak Ainan dekat rumah. Dia tak nak datang sini. Dasuki dah empat hari demam. Hari ni baru kebah demamnya," Syazana menjelaskan kepada Aazad. Maimun mendapatkan Umairah.

"Aazad duduklah dulu. Mak buatkan air." Aazad hanya mengangguk.

"Ayah mana?" soal Aazad. Syazana terdiam seketika.

"Ayah pergi surau. Kejap lagi baliklah tu." Aazad hanya mengangguk. Maimun datang menatang air dan sedikit kek.

"Jemput minum ye Aazad," pelawa Maimun.

"Terima kasih mak. Buat susah mak je." Aazad terasa malu dengan dirinya. Layanan keluarga Ainan kepadanya tak pernah kurang.

"Mak nak tunggu ayah balik ke?" soal Syazana. Maimun diam seketika.

"Aazad tak kisahkan tunggu ayah balik?" Aazad mula berdebar. Bagai ada sesuatu yang berat untuk disampaikan kepadanya.

"Tak apa mak. Aazad boleh tunggu." Safwan ralit bermain dengan jari jemari Aazad. Sesekali Aazad menangkap tangan Safwan. Maka, mengekeklah Safwan keriangan.

"Assalamualaikum." Kedengaran salam diberi. Aazad terus memandang kearah pintu seraya menjawab salam yang diberi.

"Dah lama ke sampai?" soal Bahrom saat Aazad menyalaminya.

"Baru je, ayah." Aazad mengambil semula duduknya selepas Bahrom duduk disisi Maimun.

"Apa sebenarnya masalah kamu?" Tanpa sebarang mukadimah, Bahrom terus bertanya. Tertunduk Aazad tidak terkata.

"Pagi tadi ayah bawa Ainan ke klinik. Doktor sahkan Ainan mengalami depress." Tersentak Aazad mendengar penjelasan Bahrom.

"Semalam akak kelar tangan dia. Mujurlah Sya terjaga masa tu. Sempat halang akak. Cuma luka sikit je." Aazad tercengang. Tak disangkanya Ainan akan bertindak begitu.

"Mungkin salah kami juga sebab buat Ainan selalu tertekan sebelum ni. Ayah pun tak sangka sampai ke tahap macam ni." Aazad tak tentu arah.

"Aazad nak balik. Ainan dengan Suki je dekat rumah. Mak, ayah, Sya, Aazad minta tolong jagakan anak-anak Aazad untuk beberapa hari ni. Nanti Aazad hantar Suki dekat sini ye." Terkocoh-kocoh Aazad menyalami mak dan ayah mertuanya lantas mencium anak-anaknya sebelum bergegas pulang.

??????

AINAN POV

BETAPA bosannya hidup seorang Ainan. Hahaha... mesti orang ingat aku ni gila, kan?

Hidup aku sejak aku bersalinkan Safwan hanya keluarga aku. Dunia aku di rumah dengan anak-anak. Bila aku yang dah biasa pegang duit sendiri ni kena duduk rumah, memang haru biru hidup aku.

At the first place aku tak terasa sangat sebab masa tu anak baru dua orang dan aku sendiri ada simpanan aku. Dasuki pun dapat nafkah dari bekas laki aku, walaupun setiap bulan aku kena memekak untuk dapatkan hak Dasuki.

Tapi, bukit kalau ditarah hari-hari pun boleh jadi rata. Inikan pula simpanan aku. Aku tak cakap yang duduk rumah menjaga anak-anak tu membosankan.

Anak-anaklah yang hilangkan kebosanan aku ni. Melenyapkan kesunyian aku. Tapi bila anak-anak tidur, hidup aku jadi sunyi. Punya suami di sisi sama macam takde. Aku seakan tak wujud bagi dirinya.

Dimana silapnya? Aku sendiri tak tahu. Mungkin aku masih belum jadi yang terbaik buat dia.

Orang pernah tanya aku, tak takut karma ke kahwin dengan laki orang?

Yang aku tau, setiap baik dan buruk perbuatan kita pasti akan mendapat balasan.

Infact ada yang kata apa yang jadi dalam hidup aku nilah karma. Wallahualam. Karma atau bukan, hanya Allah SWT je yang Maha Mengetahui.

Berdiri, duduk dan lalui hari-hari aku sebagai aku, baru korang tahu apa aku rasa. Apa aku kena hadap. Sebab selama ni aku selalu pamerkan yang indah-indah je.

Aku ada enam orang anak tiri. Yang sulong dah besar panjang. Dah bekerja dan bakal berkahwin tak lama lagi. Yang nombor dua pula sedang menuntut di UiTM. Nombor tiga, jadi kutu rayau. Aku tak tahu nak cakap apa. Tak boleh nak cakap lebih-lebih pun, nanti aku kena maki balik. Yang tiga lagi masih bersekolah.

Saat anak tiri kedua aku ni takde duit nak makan, aku akan masukkan ke akaun bank dia untuk perbelanjaan dia. Anak tiri bagi aku. Tapi masih adik-beradik anak-anak aku. Itu yang aku fikir.

Tapi tidak untuk Dasuki. Laki aku tak pernah anggap Dasuki macam anak. Aku nampak macam mana Dasuki tersisih. Nampak mentah, tapi dia dah mengerti. Dia bersama aku mengharungi segala macam dugaan. Dasuki tulah kekuatan aku. Kalau bukan sebab dia, lama dah kot aku bunuh diri sebab tertekan.

Korang tahu tak, hidup sebagai janda ni fitnah sepanjang masa? Mesti tak tahu, kan? Sebab ada antara korang cuma tahu mengata janda je. Sampai korang tak sedar yang korang menfitnah.

Aku baru balik dari klinik. Doktor cakap aku mengalami tekanan. Tekanan jiwa ke tekanan perasaan? Entahlah. Aku malas nak fikir. Cuma yang aku tahu sekarang ni, aku nak menangis.

Betul aku tak boleh kawal emosi aku sendiri. Adakala aku menangis tanpa sebab. Adakala aku ketawa sendiri. Aku gila ke?

Tak! Aku tak gila. Doktor kata aku cuma tertekan dengan masalah yang aku hadap.

Hidup sebagai Ainan bukan semudah yang disangka. Tapi aku tahu satu perkara, ada yang lebih susah dari aku. Ada yang lebih hebat dugaannya dari aku.

Paling penting, Allah menguji aku sesuai dengan kemampuan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience