Bab 27

Romance Series 12288

BERTALU-TALU ketukan di pintu bilik air, namun tidak diendahkan oleh Ainan. Aazad semakin tidak keruan. Sudah hampir sejam Ainan di dalam bilik air. Langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar.

Sudahnya, Aazad terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Ainan yang sudah tidak bermaya di bawah pancuran air pancut.

Aazad segera menutup pili air dan mencapai tuala lalu membalut tubuh Ainan. Dicepung tubuh Ainan dan dibawa ke dalam bilik.

"Ainan..." Tiada sahutan. Aazad segera mengeringkan tubuh Ainan lalu menyarungkan pakaian sebelum menyelimutkan Ainan.

Panggilan telefon dari Syazana segera diangkat.

"Hello, kak." Aazad tarik nafas panjang mendengar suara Syazana.

"Akak dah tidur." Aazad memandang Ainan yang masih tidak sedarkan diri.

"Tak apalah. Bagitahu akak biar budak-budak tidur sini jelah. Esok Sya hantar. Safwan tidur tak bangun lagi. Ni Umairah pun dah lena."

"Tak apa ke Sya?" soal Aazad inginkan kepastian.

"Tak apa. Lagipun pagi tadi tengok muka akak pucat sangat. Tak tahulah dia letih sangat ke apa. Biarlah dia rehat ye. Abang tak kisahkan diaorang tidur sini?" Syazana hampir terlupa Aazad lebih berhak buat keputusan.

"Kalau tak jadi masalah pada Sya, abang okey je."

"Okey. Esok Sya hantar diaorang. Selamat malam." Talian terus dimatikan. Aazad bungkam.

Pagi tadi dia perlu hadir perbicaraan di mahkamah syariah, Ainan terpaksa dibiarkan ke tempat kerja sendiri. Namun, Aazad langsung tidak perasan wajah Ainan yang pucat. Aazad meraup wajah. Terasa berat beban yang dipikul ketika ini.

Dia terlalu menyayangi Ainan. Namun dalam masa yang sama, dia tersepit antara Imah dan anak-anak mereka. Lantaran itu, Ainanlah antara orang yang paling terkesan dengan tindakannya.

Aazad mengambil minyak cap kapak lalu dibuka penutupnya sebelum disuakan ke hidung Ainan. Beberapa saat kemudian Ainan tersedar.

Ainan memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Tekaknya terasa kering.

"Air..." Hanya itu yang keluar dari mulut Ainan. Aazad bergegas ke dapur mengambil segelas air suam buat Ainan.

Hampir setengah gelas diminum oleh Ainan sebelum dia membaringkan semula tubuhnya. Tanpa sedar, air mata membasahi pipinya. Segera diseka agar Aazad tidak melihatnya.

"Anak-anak mana?" soal Ainan apabila melihat sisi kirinya tiada Umairah dan Safwan.

"Tidur dengan Sya. Sya cakap Umairah dah lena. Safwan masih tidur. Esok Sya hantar. Ainan cuti?" Ainan sekadar mengangguk. Tidak mahu memanjangkan perbualan.

Ainan mengiring ke kiri membelakangkan Aazad. Aazad leka dengan telefon bimbit. Ainan tidak mahu peduli. Biarlah Aazad dengan dunianya.

Ainan cuba untuk melelapkan mata namun, perut yang berkeroncang membatalkan niat Ainan. Perlahan dia bangkit menuju ke dapur.

Barang-barang yang dibelinya tadi disimpan terlebih dahulu. Peti ais dibuka lalu dikeluarkan bahan-bahan untuk memasak nasi goreng. Mujur saja pagi tadi Ainan sempat menanak nasi.

Hampir setengah jam berperang di dapur, Ainan menghidangkan nasi goreng di atas meja makan.

"Abang, Ainan buat nasi goreng ni. Jomlah makan." Ainan mempelawa Aazad makan.

"Ainan makanlah. Abang dah makan dekat Setia Alam tadi." Mata Aazad tidak lepas dari memandang skrin telefon.

Ainan berpusing menghala ke meja makan. Usai makan, lebihan nasi goreng itu dihumban ke dalam tong sampah. Pedih hatinya.

'Nah habuan kau, tong sampah. Kalau aku tahu, aku masak untuk aku sorang je. Tak guna masak untuk orang lain.'

Selesai mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk. Ainan terus mengambil tempat di sofa. Badannya dibaringkan. Rancangan TV, satu pun tidak menarik minatnya. Akhirnya dia terlena.

Aazad keluar untuk ke tandas. Melihat tong sampah yang masih berplastik, dahinya berkerut. Usai melepaskan hajat, Aazad terus membuka penutup tong sampah untuk dibawa keluar sampah di dalamnya.

Alangkah terkejutnya Aazad melihat sepinggan nasi goreng yang berada di dalam tong sampah. Aazad menahan geram dengan sikap Ainan.
. .
"Lain kali kalau rasa tak nak makan, cakap. Tak payah Ainan bersusah payah nak masak. Membazir je tak makan. Lauk ni, Ainan humban je dalam tong sampah." Elok je Ainan mencurahkan semangkuk daging masak lemak cili api ke dalam tong sampah.
. .
Aazad mengejutkan Ainan setelah selesai membuang sampah. Tiada sebarang reaksi dari Ainan. Tidurnya tetap lena.

"Ainan!" Suara Aazad semakin meninggi. Dia menampar kuat peha Ainan. Ainan lantas membuka mata akibat terkejut.

"Kenapa?" soal Ainan masih mamai. Ditenyeh matanya yang masih mengantuk.

"Tak ada otak ke buang makanan macam tu?" marah Aazad. Ainan yang masih cuba mengimbangi rasa mengantuknya tadi terus terasa segar disergah begitu.

"Esok tong sampah juga yang makan. Sama je. Takde beza." Ainan melepaskan rasa geram di hati. Berang bila tidurnya diganggu hanya disebabkan nasi goreng yang dibuang ke dalam tong sampah.

"Jangan nak persoalkan apa Ainan buat. Dah abang tak nak makan, takkan nak suruh Ainan simpan nasi goreng tu sampai berkulat. Perut dah kenyangkan? Jadi buat apa nak heboh pasal nasi goreng tu?" Ainan terus bangun masuk ke bilik Dasuki.

Aazad terkesima dengan tindakan Ainan. Belum pernah lagi Ainan bertindak begitu. Aazad melepaskan keluhan berat. Masalah yang melanda mereka kebelakangan ini menjadi semakin rumit. Aazad buntu untuk mencari jalan keluar.
. .
"Dah abang cakap tak sehaluan. Kenapa masih nak teruskan? Abang lepaskan jelah. Jangan siksa dia. Dia pun ada haluan hidup dia sendiri." Aazad memandang Ainan yang sedang melipat baju.

"Abang fikir anak-anak je. Kalau tak fikir anak-anak, lama dah abang ceraikan. Bukan sekali dua dia minta cerai." Ainan memberhentikan kerjanya. Wajah Aazad dipandang dalam.

"Dah lapan kali dia minta cerai tapi abang tak ceraikan juga. Tak terasa diri tu dayus ke?" Tepek Ainan selamba. Wajah Aazad berubah riak. Betapa lancangnya mulut Ainan menutur kata.
. .
'Itukah yang terbaik?' Aazad menyoal dirinya sendiri.

Perlahan Aazad melangkah menuju ke bilik Dasuki untuk melihat Ainan namun sayang, pintu itu dikunci dari dalam.

Yang kedengaran hanya tangisan hiba Ainan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience