Bab 40

Romance Series 12288

AINAN kecewa. Sungguh dia kecewa dengan tindakan Ridhwan. Siapa sangka, dalam mereka saling menyayangi, rupanya Ridhwan menyimpan perasaan irihati terhadap Ainan.

"Macam mana Ridhwan tahu saya offer awak naik supervisor?" Sir Mat menyoal Ainan yang sedang ralit mengadap komputer.

Terkebil-kebil Ainan mendengar suara Sir Mat yang memarahinya ketika itu.

"Saya yang cerita." Terdengar keluhan dari Sir Mat.

"Awak jangan naif sangat boleh tak Ainan?" Sir Mat memandang tepat kearah mata Ainan. Ainan kelihatan salah tingkah.

"Maaf sir. Saya salah." Tertunduk Ainan memandang hujung kasutnya.

"Awak tahu, dia marah saya. Tanya saya kenapa asyik nak transfer dia. Dia staff yang bermasalah ke?" Ainan diam. Dia kehilangan kata-kata.

"Dia cemburu saya nak naikkan awak. Bukannya dia bermasalah. Tapi kalau nak bandingkan awak dengan dia, awak lebih berpotensi." Ainan masih kaku.

"Ainan, lain kali apa pun saya cakap pada awak. Awak tak perlu bercerita dengan orang lain." Suara Sir Mat mulai lembut. Dia tahu Ainan serba salah.

"Maaf sir. Salah saya." Geleng kepala Sir Mat melihat Ainan. Wajah yang polos itu ditatap lama sebelum dia meninggalkan Ainan sendirian.

Akhirnya menitik juga air mata Ainan. Kenapa Ridhwan perlu cemburu sedangkan dia yang menggalakkan Ainan untuk terima tawaran Sir Mat? Kenapa?

"Ainan..." panggilan dari Liza menyedarkan Ainan dari lamunan.

"Kau okey?" Ainan hanya senyum sebagai jawapan.

"Saya perlukan penjelasan kak. Kenapa dia nak cemburu?" Ainan memandang lama telefon bimbitnya. Sudahnya dia membatalkan hasratnya.

"Mungkin dia ada sebab dia yang tersendiri." Liza cuba menenangkan Ainan.

"Tak apalah kak. Ada rezeki saya, adalah. Semua dah tertulis." Ainan hanya mampu tersenyum walau hatinya sakit.

Liza terus berlalu meninggalkan Ainan sendirian. Memberi ruang untuk Ainan menenangkan dirinya.

Tanpa membuang masa, Ainan segera menyiapkan kerjanya yang tergendala. Tinggal kurang dari sejam lagi waktu bekerja Ainan akan tamat.

Niat Aazad untuk keluar dating dengannya perlu diteruskan. Seteruk mana sekalipun, itu syurga Ainan. Dia perlu mengusir pergi masalah yang sedang dihadapinya kini.

Mengenangkan pelbagai konflik hidupnya, Ainan berasa tidak kuat dan tanpa sedar, dia tewas dengan air mata.

'Tak layak ke untuk aku berasa bahagia? Tak layak ke aku disayangi? Kenapa perlu aku hadap semua ni? Aku tak kuat dah. Aku nak give up.' Ainan merintih sendiri.

Ainan menangis semahunya. Mujur saja dia bersendirian di dalam stor ketika itu. Apabila telah tenang, dia segera melangkah ke tandas untuk mencuci muka.

Walau bagaimana pun dia cuba tersenyum, ianya tidak mampu menyembunyikan kesedihan di wajahnya.

Tanpa Ainan sedari, Aazad yang telah sedia menanti Ainan di depan kedai telah melihat wajah Ainan yang baru lepas menangis.

Aazad setia menanti Ainan sehingga waktu balik. Sebaik saja Ainan mendapatkannya, Aazad mengucup lembut umbun-umbun Ainan.

"Ainan okey?" Ainan hanya tersenyum sebagai jawapan. Hatinya masih sebak. Mana mungkin dia mampu bersuara.

"Kita pergi makan dulu ye." Ainan hanya mengangguk.

Melihat sikap Ainan yang begitu, Aazad panas hati. Sudahlah dia penasaran sebab Ainan menangis. Sekarang mendapat layanan dingin pula dari Ainan.

Kenapa? Ainan bergaduh dengan kekasih gelapnya ke? Atau sedih sebab tak dapat berjumpa?

"Jom lah balik." Aazad merentap tangan Ainan menukar laluan ke lift. Tersentak Ainan dengan tindakan Aazad.

"Sakitlah!" Jerit Ainan tak puas hati. Rasa nak tercabut tangannya direntap oleh Aazad.

"Jom balik!" Suara Aazad meninggi. Ainan merengus lalu menarik tangannya dari pegangan Aazad.

"Ainan tak minta apa pun dari abang tau. Abang yang ajak nak dating segala bagai. Lepas tu yang nak marah Ainan tak tentu pasal kenapa?" Mujur saja hanya mereka bedua di situ.

"Memang abang ajak dating tapi tak tahu pula yang Ainan tak selesa." Ainan mengeluh. Dia sedar, dia yang membuatkan Aazad berasa tegang.

"Ainan minta maaf. Ainan sedih sebab ada orang cemburu bila dapat tahu Ainan nak naik pangkat. Ainan tak nak pun. Tak minta pun untuk naik pangkat. Ainan bekerja pun untuk anak-anak." Hati Ainan kembali sebak. Air matanya kembali gugur.

Melihat keadaan Ainan, Aazad segera mendakap erat Ainan. Semakin hiba hati Ainan ketika itu.

"Shhh... dah tu. Jom kita masuk dalam kereta. Kita pergi makan kat tempat lain ye. Ke Ainan nak tenangkan diri dulu baru kita makan?" Ainan dihimpit perasaan bersalah.

'Maafkan Ainan, abang. Ainan bukan isteri yang terbaik buat abang.' Air mata Ainan semakin laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience