Bab 41

Romance Series 12288

HUBUNGAN Ainan dan Ridhwan masih berjalan lancar. Hampir sebulan Ridhwan berada di wad. Tidak sekalipun Ainan berkesempatan melawat.

Apabila Ridhwan kembali bertugas, barulah mereka berkesempatan bertemu empat mata. Sayu hati Ainan melihat keadaan Ridhwan.

"You sihat?" Ridhwan perasan wajah Ainan yang sedikit cengkung.

"Sihat. Macam ni jelah. Masih mampu berdiri untuk mencari rezeki." Ainan tersenyum hambar.

"Ainan..." Tanpa sedar Ridhwan menggenggam erat tangan Ainan.

"Kita kahwin." Ainan terkedu. Pantas dia meleraikan pegangan tangan mereka.

"I isteri orang." Ainan tertunduk. Tidak mampu menatap wajah Ridhwan.

"Isteri orang. Tapi You tak bahagiakan? You buatlah keputusan untuk diri You. Untuk kebahagiaan You. I tak nak cakap. Nanti orang kata I menghasut." Ridhwan masih berusaha memujuk.

"You tak bahagia dengan dia. Sampai bila you nak siksa diri you? Sampai bila Ainan?" Ridhwan meraup wajahnya. Dia ingin melihat Ainan bahagia. Dia ingin melihat Ainan terus tersenyum gembira.

"Kenapa you cemburukan I?" Setelah sekian lama, akhirnya Ainan punya kekuatan untuk bertanya.

"Cemburu? Cemburu apa pula ni?" Ridhwan kelihatan terpinga-pinga.

"Kenapa you marah Sir Mat bila dapat tahu I nak naik supervisor?" Ainan renung dalam mata Ridhwan. Dia mengharap ketulusan hati Ridhwan.

"Ainan... dengar sini. I tak cemburukan you. I cuma tertanya-tanya kenapa asyik nak transfer I je. Dari satu tempat ke satu tempat. Kalau I kena transfer lagi, bermakna dah tiga kali. I ni staff yang bermasalah ke? Ada dua sebab staff akan di transfer. First sebab di promote, second sebab memang bermasalah." Ridhwan mengusap tengkuknya.

Padanlah sejak akhir-akhirnya Ainan kelihatan muram je. Difikirkan Ainan ada masalah rumahtangga. Rupanya ada perkara lain yang bermain difikirannya.

Jika ikutkan hati, mahu saja dipeluk Ainan supaya hati wanita itu tenteram. Supaya wanita itu lebih tenang. Tapi dia tahu, perkara itu bakal mengundang padah.

"Hey... janganlah diam je." Ridhwan cuba mencari anak mata Ainan. Namun dia tercengang dengan apa yang dilihatnya.

"Hey... kenapa ni?" Ridhwan spontan mengesat air mata Ainan. Terkedu Ainan di situ.

"You, I datang sini jumpa you bukan nak tengok you menangis tau. I nak tengok you senyum." Ridhwan mencuit lembut hidung Ainan.

"You ni. Janganlah usik hidung I. Kang makin kemek pula hidung ni." Ridhwan ketawa mendengar seloroh Ainan.

Tenang hatinya melihat Ainan tersenyum.

"I akan selalu rindukan senyuman you." Ainan tatap wajah Ridhwan.

"Boleh je you selalu tengok I senyum, kan?" Entah mengapa hati Ainan berasa tidak enak. Wajah mendung Ridhwan pula menimbulkan tanda tanya.

"I dah minta transfer balik kampung."

Bagai hali lintar menyambar jantung Ainan saat mendengar kata-kata Ridhwan. Terhenyak dia seketika.

"You nak tinggalkan I?" Ridhwan tersenyum kelat. Bukan niatnya untuk meninggalkan Ainan.

"I takde niat nak tinggalkan you. Sebab tu I melamar you. You ikut I ye?" Ridhwan cuba memujuk.

Ainan geleng kepala. Mana mungkin perkara itu berlaku selagi dia bergelar isteri orang.

"Transfer request I dah approved. Lagi berapa hari je I akan bertolak balik kampung." Sekali lagi Ainan terhenyak. Hatinya dipagut rasa pilu.

Mengapa bahagia yang dirasainya hanya seketika? Ainan kecewa.

"Sampai hati you nak tinggalkan I. Senyap-senyap je you buat keputusan." Sungguh Ainan kecewa.

Ridhwan buntu. Sebenarnya bukan itu keputusannya. Tapi harapan seorang ibu yang tak mampu ditolak. Apatah lagi dengan keadaan kesihatannya yang kurang memberansangkan.

"Maaf Ainan. I terpaksa. Bukan niat I nak buat you kecewa. Kalau boleh, memang I nak hidup dengan you. Tapi you sendiri tak mampu nak buat keputusan. I ni apa?" Ridhwan melepaskan rasa di hati.

Ainan hanya diam membisu. Ya... dia bersalah. Bersalah kerana menyintai Ridhwan sedangkan dia sudah pun bersuami.

"I minta maaf kerana hadir dalam hidup you. I doakan you sentiasa diberi kesihatan yang baik. I doakan you jumpa seorang wanita yang mampu membahagiakan you." Ainan terus berlalu pergi meninggalkan Ridhwan.

Ridhwan terkaku. Tidak menduga itu yang didengari dari Ainan. Ingin dikejar, namun kakinya berat untuk melangkah. Sudahnya dia hanya mampu memandang Ainan pergi meninggalkannya.

'Maafkan aku, Ainan. Menyintai kau, satu anugerah. Jika mampu untuk aku memiliki, akulah yang paling bahagia. Namun aku sedar, antara kita tak mungkin bersatu.'

Sebaik saja bayangan Ainan hilang dari pandangannya, Ridhwan terus berlalu pergi.

Tanpa mereka sedari, ada yang memerhati dengan hati yang terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience