Bab 17

Romance Series 12288

RIDHWAN agak kepenatan selepas memastikan semua department dikemas dengan rapi. Bukan mudah nak handle pekerja yang tak fasih berbahasa melayu. Inggeris pun tak faham.

"Suruh buat benda senang pun tak boleh ke? Berapa kali nak kena terangkan? Susun ikut brand. Bukan suka-suka je letak sana sini." Panas hati bila barang yang sepatutnya disusun mengikut jenama, disusun ikut sesuka hati.

"Sorry. Saya betulkan balik." Maka berkejarlah promoter dari Bangladesh itu menyusun semula barang jualan seperti yang diminta oleh Ridhwan.

"Jangan hot temper sangat Wan. Kawal-kawal sikit baran tu." Ridhwan berpaling melihat siapa yang menegurnya.

"Tak adalah Cik Zu. Dah cakap elok-elok kot. Bukannya tak cakap. Dah terangkan. Itu pun tak faham lagi. Datang sini dah lama, masih tak faham lagi bahasa melayu ke? Kalau Cik Zu kena pun, Cik Zu panas hati." Ridhwan meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Tak boleh macam tu Wan. Dorang datang sini nak bekerja. Bukan senang nak belajar bahasa lain. Sedangkan kita sendiri nak bercakap bahasa inggeris pun terkebil-kebil. Itu kira baiklah dorang berusaha juga nak cakap. Fahamlah juga apa kita cakap." Ridhwan terdiam. Apa yang dikatakan oleh Zuraidah ada juga betulnya.

"Jom masuk pejabat kejap. Saya ada hal nak cakap sikit." Ridhwan akur.

Dia mengambil tempat di depan Zuraidah. Menanti apa yang ingin dikatakan oleh pembantu pengurus cawangannya itu.

"Macam ni, saya nak transfer awak ke outlet baru. Bulan depan soft opening  seminggu lepas tu baru buat grand opening. Awak okey tak?" Ridhwan terdiam seketika.

"Hmm... dekat mana?" soal Ridhwan sebelum membuat pertimbangan.

"Dekat PJ. Kalau okey, minggu depan nak minta awak ke sana terus." Cik Zuraidah mengharapkan persetujuan Ridhwan.

"Nantilah saya fikir dulu. Pape nanti saya roger." Ridhwan tayang senyum lalu minta diri untuk menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.

Sampai saja ke bahagian yang bermasalah tadi, dia tersenyum puas. Segera dia memanggil promoternya.

"Ha... macam nilah bagus. Lepas ni check balik gendola lain. Saya nak semua macam ni. Susun ikut brand. Price label pastikan complete. Saya tak nak ada barang mix." Ridhwan berlalu pula ke department lain.

Puas dengan kerja yang dilakukan oleh pekerjanya, Ridhwan masuk pula ke dalam stor. Waktu rehatnya sudah hampir. Perutnya juga sudah berdondang sayang minta diisi.

Tepat jam satu tengah hari, Ridhwan segera thumb out dan melangkah menuju ke kedai makan yang berhampiran.

Nasi, ayam masak merah, sayur goreng dan sambal belacan sudah cukup untuk membuka seleranya.

'Nasib badan. Kalau ada bini best jugak. Boleh minta bini masakan. Bawa bekal hari-hari pun aku sanggup. Tapi nak buat macam mana, jodoh belum sampai.' Ridhwan melayan perasaannya sendiri.

Usia dah menjangkau tiga puluhan namun, teman wanita pun tak ada. Apalah nasib. Nak kata tak hensem, hensemlah juga. Hahaha. Tapi semua ketentuan Allah. Allah bagi dia peluang berbakti kepada ibunya.

Ibu...
Mengenangkan wanita itu, hatinya dipagut rasa rindu. Rindu yang tak mampu diungkap.

"Wan bila nak balik? Mak rindu. Abang kamu ni kejap-kejap mengamuk. Baliklah nak. Nasihatkan abang kamu ni."

Termenung dia bila mengenangkan permintaan ibunya. Tak sabar nak balik hujung minggu ni. Tiket penerbangan juga telah ditempah. Harap ibunya gembira dengan kepulangannya nanti.

??????

AINAN sudah hampir sebulan bekerja. Setiap kali Aazad bekesempatan untuk makan tengah hari bersama Ainan, dia akan bergegas menuju ke tempat Ainan bekerja. Ainan senang hati dengan sikap Aazad.

Tengah hari tu Ainan keseorangan. Aazad tidak dapat menemaninya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

Maaf sayang. Abang tak dapat makan sama hari ni. Jaga diri. Jangan nakal-nakal ye. Love you.
~Aazad

Akhirnya di sini Ainan. Sendirian makan tengah hari. Mujur saja Syazana ada membekalkan makanan kepadanya ketika menghantar Safwan dan Umairah pagi tadi.

Nasi goreng kampung itu dikais-kaisnya. Entah mengapa hilang pula selera makannya. Tapi kalau tak makan, bimbang dia diserang gastrik. Nak tak nak, dia paksa diri untuk menjamah makanan itu.

"Oit... menung apa tu?" Lamunan Ainan terganggu dek teguran dari penyelianya. Tersengih dia memandang wanita keturanan mamak itu.

"Takde apa kak." Ainan ukir senyum. Liza memerhatikan sekeliling.

"Laki kau tak teman kau makan ke hari ni?" Wajah Ainan kembali muram. Senyuman kelat diukir.

"Tak kak. Dia sibuk. Ada kerja nak kena siapkan." Liza ambil tempat disebelah Ainan sambil membuka nasi bungkusnya.

"Aku suka tengok kau. Rajin laki kau teman kau makan. Dulu laki aku pun macam tu. Tapi sejak aku pergi balik kerja sendiri, jarang dah dia datang. Lama-lama tak datang langsung." Terasa kesat nasi yang ditelannya.

"Biasa je kak. Dia pun sibuk. Ada masa tu yang teman. Kalau tak, takde juga. Lama mana dia boleh temankan pun saya tak tahu." Ainan ukir senyum paksa.

"Kau kerja elok-elok tau. Dekat sini kalau kau kerja bagus. Senang naik pangkat. Aku tengok kau kerja semua bagus. Aku takde masalah pun kerja dengan kau." Liza menyuarakan apa yang terbuku dihatinya.

Selama sebulan Ainan bekerja di situ, Ainan tidak pernah bawa masalah. Cuma dua hari lepas, Ainan keluar rehat kemudian tidak masuk semula kerana demam.

Memang dia nampak potensi dalam diri Ainan. Mengenangkan seorang pembantu penyelia akan dipindahkan kecawangan lain, Liza merasakan Ainan adalah calon yang sesuai untuk mengantikan Zizah.

"Anak-anak kau sihat?" Liza sekadar berbasa basi. Dia jarang berbual dengan Ainan. Ainan lebih suka menyendiri. Ada sesekali dia melihat Ainan bergurau senda dengan seorang lagi cashier.

Seingat Liza, Alan pernah beritahu yang adakalanya Ainan melatah. Cuma latah Ainan tidaklah teruk mana. Bila betul-betul terkejut je.

"Akak dah lama ke kerja sini?" soal Ainan penasaran. Liza senyum.

"Aku kerja dengan company ni dah sepuluh tahun. Kereta yang aku pakai sekarang ni pun, aku beli lepas tiga tahun aku kerja." Liza tersenyum sendiri. Ainan turut tersenyum.

"Lama ye akak kerja sini. Tapi kenapa akak tak naik pangkat?" Entah mengapa celupar betul mulut Ainan bertanya. Liza ketawa.

"Aku tak nak sebab aku tak pandai komputer. Lagipun, aku malas nak pening-pening kepala. Tu yang sampai sekarang aku jadi supervisor je." Liza ketawa.

"Tak pandai boleh belajar kak. Nanti lama-lama, mesti akak pandai." Ainan meyakinkan Liza. Liza tersenyum memandang Ainan. Ada sesuatu yang istimewa tentang Ainan. Liza berasa senang sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience