"AINAN, Encik Mat panggil." Berkerut dahi Ainan. Ditinggalkan kerja yang dilakukan, lalu melangkah masuk ke dalam stor.
"Haaa... dah buat salah. Lepas tu tak nak mengaku." Terkebil-kebil Ainan mendengar tuduhan dari Encik Mat.
"Apa salah saya?" Ainan mula tak puas hati. Dia yakin dia tak buat apa-apa kesalahan. Malah Liza sendiri tidak pernah menegurnya. Encik Mat ketawa melihat reaksi Ainan.
"Saya gurau jelah. Meh sini kejap. Nak minta isi borang penilaian prestasi ni." Wajah Ainan berubah cemberut. Boleh pula Encik Mat kenakan dia.
"Untuk apa ni?" Ainan menyoal sebaik melihat borang penilaian pretasi di hadapannya.
"Saya nak confirm kan kamu. Nak promote naik assistant supervisor." Ainan tercengang. Baru semalam Mr Law memberi tawaran. Tak sangka hari ni dia perlu mengisi borang penilaian pretasi.
"Prestasi awak bagus. Ramai yang rekemen awak. Jadi saya harap awak guna peluang ni sebaik mungkin." Encik Mat menutur kata. Ainan hanya terdiam mengangguk.
Namun dalam hati, Ainan memanjatkan seribu rasa kesyukurannya kehadrat Illahi. Walau dia tidak pernah mengimpikan jawatan itu, dia tetap menyahut cabaran. Dia akan cuba yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anak-anaknya.
"Buat baik-baik tau." Pesan Encik Mat sebelum Ainan melangkah keluar sebaik saja selesai mengisi borang penilaiannya.
"Kenapa Encik Mat panggil kau?" Zizah menyoal apabila Ainan melintasinya.
"Suruh isi borang pernilaian untuk sahkan jawatan," jawab Ainan sambil tersenyum. Namun raut wajah Zizah jelas memunjukkan bahawa dia meluat.
"Baru kerja dua bulan dah confirm. Pelik aku. Orang lain kerja tiga bulan baru confirm. Kau pula special." Ainan terkedu mendengar kata-kata Zizah.
Entah dimana silapnya, Zizah seringkali mencari kesalahan Ainan. Tanpa rasa bersalah, Zizah melanggar bahu Ainan. Semakin terkedu Ainan dengan tingkahlaku Zizah.
'Apa salah aku?' gumam Ainan. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke bahagian Stationary. Kerja yang tertangguh tadi perlu disambung semula. Tanpa sedar, terbit mutiara jernih di hujung mata Ainan.
"Kak, kau kenapa?" soal Alan terkejut melihat mata Ainan yang berair. Terpinga Ainan dengan sergahan Alan. Mujurlah tak melatah.
"Takde apa. Akak okey je. Kenapa?" Ainan ukir senyum.
"Eleh... kau tak payah nak membongak kak. Tu mata merah berair nak menangis, kan? Kak Zizah buat kau lagi eh?" Teka Alan. Dia tahu memang Zizah sakit hati dengan Ainan.
"Menyampah aku dengan Ainan tu. Takde orang lain ke Kak Liza kau bak ambil. Ada ambil pompuan tak semenggah ni." Berkerut dahi Alan mendengar bebelan Zizah.
Tak ada apa pun yang tak kena dengan Ainan. Elok je Ainan buat kerja. Tak payah kena kerah, bagi je tau apa yang patut kena buat. Sekali tu jelah. Lepas tu, takde dah nak kena ingatkan selalu. Kadang-kadang tu tengok, elok je kemas dan bersih dekat kaunter ni. Jadi, dimana salah Ainan?
"Apalah yang akak dengki sangat dengan Kak Ainan tu. Dia tak kacau akak pun." Tembak Alan. Malas melayan kerenah Zizah.
"Mana ada aku dengki. Eh... tak kuasalah aku nak dengki. Gaji aku lagi besar kot dari dia." Alan ketawa.
"Dah tahu macam tu, sibuk cari salah dia kenapa? Takut?" Alan mengusik. Dia tahu tentang Zizah. Zizah cuma berpendidikan setakat darjah enam. Namun dengan usaha dan kesungguhan dia, dia berjaya berada ditahap sekarang.
"Malaslah aku nak cakap dengan kau. Ada je kau nak backup Ainan tu. Dah kena mandrem ke?" Merah padam telinga Alan mendengar tuduhan Zizah.
"Hey kak... mulut tu jaga sikit tau. Aku cilikan nanti. Dah tua-tua tapi mulut puaka!" Alan melepaskan kemarahannya. Zizah mencebik sebelum berlalu pergi.
Alan teringat peristiwa dua hari lepas. Semakin hari, semakin jelas dan ketara Zizah tidak menyenangi Ainan.
"Betul tak ada apa Lan. Akak nak sambung kerja. Kejap lagi nak pergi rehat. Nanti tak siap pula kerja akak." Ainan terus meninggalkan Alan untuk menyambung semula kerjanya.
Petang itu Ainan rehat bersama Liza. Aazad tidak dapat menemaninya kerana bekerja shift malam. Baru sebentar tadi Aazad menghubunginya sebaik saja dia menghantar Whatsapp kepada Aazad.
"Abang nak pergi kerja dah ni. Makan tau nanti. Maaf abang tak dapat teman Ainan rehat hari ni."
Hanya itu yang diperkatakan sebelum talian ditamatkan. Usai makan, Ainan menghubungi Syazana sekadar bertanya khabar anak-anaknya.
"Laki kau tak teman kau hari ni?" soal Liza sebaik saja selesai makan. Ainan tersenyum seraya menggeleng.
"Tak kak. Dia kerja malam hari ni. Tak sempat nak teman. Pukul tujuh dah masuk kerja. Nanti lambat pula sampai kalau teman saya. Petang kan jalan jammed." Liza hanya mengangguk faham mendengar penjelasan Ainan.
"Kau kerja elok-elok tau. Aku tahu kau boleh buat." Ainan terdiam seketika mendengar bicara Liza.
"Kak, saya takutlah. Macam mana kalau saya tak boleh buat?" Ainan mula hilang keyakinan diri. Liza yang sedang menyedut tea ais memandang Ainan.
"Apa pula cakap macam tu. Belum cuba lagi mana nak tahu. Tapi aku yakin kau mesti boleh." Liza memberi kata semangat. Dia dah lama perhatikan cara Ainan bekerja. Cukup teliti.
Cara Ainan berkomunikasi dengan pelanggan juga sangat berhemah. Jadi dia tak nampak dimana kekurangan Ainan.
"Kalau saya ada buat salah, akak tegur ye," pinta Ainan. Dia sebenarnya takut untuk menggalas tanggungjawab yang agak besar.
"Hei... janganlah sedih macam ni. Kenalah happy. Takpe nanti aku ajar kau. Kau jangan risau." Ainan kembali tersenyum. Dia sangat menyenangi Liza. Walaupun Liza digelar mak tiri oleh rakan kerjanya, Liza tidaklah terlalu teruk pada pandangan mata Ainan.
Share this novel