AINAN Pov
Ridhwan...
Terima kasih kerana pernah hadir membahagiakan walau seketika. Sayangnya hubungan kita, hubungan terlarang. Mana mungkin engkau dan aku bersatu.
Aku selesa begini. Selesa kita hanya sekadar berkawan. Aku rindu kau. Rindu sangat. Tapi sayangnya, rindu ini hanya mampu aku sampaikan di angin lalu.
Aku doakan engkau diberi kesihatan yang baik dan bertemu dengan wanita yang baik.
Aazad...
Menjadi sebahagian dari hidupmu bukanlah sesuatu yang pernah aku impikan. Tapi, kau hadir seakan membawa sinar kebahagiaan. Walau bahagia itu tidak seperti yang aku harapkan.
Walau beribu dugaan dan rintangan dalam kehidupan kita, aku tempuh demi rasa cinta dan sayang yang tak pernah padam.
Maafkan aku kerana aku bukan isteri yang sempurna. Maafkan aku kerana pernah menyayangi insan lagi selain kau. Percayalah, bukan itu yang aku harapkan.
Andai saja kau mengerti apa yang berada di dalam hatiku. Maafkan aku atas segala dosa-dosaku. Andai jodoh kita masih panjang, kita pasti bertemu.
Aku hela nafas panjang. Sudah tiga hari aku di sini, sendirian tanpa mereka yang aku sayangi. Di sini aku sendiri menenangkan fikiran.
"Ye, aku curang. Tapi securang aku, tak sampai ke bilik. Ye, dia pegang tangan aku. Cuit hidung aku. Sekurang-kurangnya dia tak cium aku."
"Sampai hati Ainan curang dengan abang. Abang tak sangka Ainan tergamak buat abang macam ni." Aku tenung wajah Aazad dalam. Jelas terpancar kekecewaan di wajahnya apabila mendengar pengakuan ku.
"Ainan fikir abang boleh percaya? Entah apa yang Ainan buat belakang abang. Abang tak pernah tahu!" bentak Aazad.
"Takpe kalau abang tak percaya. Talak ada pada abang, abang berhak cari kebahagiaan abang sendiri. Mungkin ada yang telah menunggu. Ainan minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum Ainan selama ni." Aku tarik nafas dalam.
Itulah kali terakhir aku melihat Aazad. Sebulan lepas tu, aku tekad untuk menyendiri. Aku perlu pergi jauh buat seketika. Hari ini, aku di sini.
Di sinilah Aazad sedaya upaya memujukku satu masa dulu. Di sini jugalah pertama kali Aazad mengasari aku. Aku juga tidak menyangka Aazad akan mengasari aku buat kesekian kalinya.
Entahlah... walau aku fikir untuk bawa diri untuk melupakan Aazad tapi aku ke sini bersama kenangan Aazad.
Ya Allah, mengapa sukar untuk melupakan? Aazad menghilang tanpa jejak. Aku ditinggalkan tanpa sebarang kata. Digantung tak bertali. Adakah ini hukuman yang Allah berikan kepada ku?
Mentari mula melabuhkan tirai. Aku segera bangun untuk kembali ke bilik penginapan ku. Mungkin ada hikmahnya apa yang berlaku.
Jika tidak, pasti aku tidak mengetahui betapa aku menyintai Aazad. Ye... aku menyintainya lebih dari segalanya. Sebulan tanpa Aazad, aku ibarat mayat hidup. sebulan tanpa Aazad, hidup aku benar-benar tidak lengkap.
Perginya Ridhwan tidak mampu meninggalkan kesan sedalam ini. Tapi perginya Aazad, membawa pergi seluruh jiwa dan raga ku.
'Ya Allah, walau dimana jua suami ku berada. Kau lindungilah dia. Peliharalah dia. Semoga saja kami akan bertemu semula.'
Malam melebarkan sayap. Aku hanya mampu berdiri dibalkoni apartment sambil menyaksikan kegelapan malam sambil ditemani bayu laut.
Memandangkan aku menginap ditingkat bawah, dari kejauhan aku dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki yang ralit memerhatikan aku.
Dari susuk tubuh itu, aku melihat seakan susuk tubuh Aazad. Namun sedikit kurus jika nak dibandingkan dengan Aazad yang sedikit berisi. Andai saja mataku dapat menembusi gelap malam, pasti aku dapat melihat wajahnya.
Aku menghela nafas panjang. Adakah aku terlalu rindukannya.
'Abang... Ainan rindu.' Hati ku merintih hiba dan tanpa ku duga aku mula teresak dibalkoni itu. Aku memeluk lutut.
"Ainan..." suara itu. Adakah aku bermimpi.
"Ainan jangan menangis sayang." Aku semakin hiba. Aku rindukan Aazad. Sumpah aku rindukan dia. Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan Aazad. Berilah aku peluang untuk bersamanya kembali.
"Ainan..."
Ya Allah... kenapa Ya Allah. Kenapa sehebat ini rinduku padanya.
Aku pejam rapat mata ku. Aku tak ingin bangkit dari lena. Biar mimpi ini menjadi pengubat rindu ku padanya.
"Ainan... tengok abang sini sayang. Ainan tak sudi pandang abang lagi?" Aku terkesima. Aku segera mengangkat wajah ku.
Ya Allah... benarkah apa yang aku lihat? Benarkah apa yang aku nampak? Bermimpikah aku? Jika ini mimpi, aku tak ingin terjaga.
Aku bangun merapati Aazad yang berdiri diluar balkoni. Aku pegang setiap inci wajahnya. Wajah yang aku rindu. Aku menangis hiba.
"Ainan mimpi ke?" Aku inginkan kepastian.
"Tak sayang. Sayang tak mimpi. Ni abang." Terus aku buka pintu balkoni lalu memeluk erat tubuh Aazad.
"Ampunkan Ainan, abang. Tolong jangan pergi tinggalkan Ainan. Ainan tak boleh bila abang takde. Ainan perlukan abang." Aku menangis hiba. Pelukan aku eratkan. Sungguh aku tak ingin melepaskan.
"Shhhh... jangan menangis lagi sayang. Abang minta maaf. Abang juga salah kerana abaikan tanggungjawab abang pada Ainan dan anak-anak. Abang pun rindukan Ainan. Sepanjang kita berjauhan, abang selalu tanya khabar Ainan dari Sya. Sya yang bagitahu abang, Ainan kat sini."
Aku terdiam. Tidak menduga di sini aku bertemu kembali dengan Aazad. Suami yang aku sayangi. Suami yang aku cintai.
"Sudi tak Ainan terima abang kembali?" Semakin laju air mataku mendengar permintaan Aazad.
"Abang jangan tinggalkan Ainan lagi. Ainan tak sanggup dah." Aazad ketawa lucu.
"Abang tak pernah tinggalkan Ainan. Abang selalu perhatikan Ainan dari jauh. Abang sayangkan Ainan sepenuh hati abang. Abang juga bersalah pada Ainan. Maafkan abang. Kita mula hidup baru ye." Aku angguk perlahan.
Allah makbulkan doa aku. Allah temukan aku kembali dengan suami aku. Tiada apa yang lebih membahagiakan aku ketika itu.
Sebulan berjauhan membuatkan aku sedar akan perasaan aku yang sebenarnya.
Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana makbulkan doa hamba Mu ini. Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat kami.
~T A M A T~
Bukan mudah untuk melepaskan. Benarlah cinta itu buta. Walau telah berkali-kali tersakiti, masih juga mengharap sinar bahagia. Doa tidak pernah putus. Tamat sudah aku yang kau lukai. Terima kasih buat pembaca semua. Jangan lupa vote dan tinggalkan komen anda.
Share this novel