Cinta tak kesampaian mengisahkan tentang Ainan yang jatuh cinta pada rakan sekerjanya, Ridhwan. Namun status Ainan sebagai isteri orang membuatkan dia terpaksa memendam perasaan. Pergolakan rumahtangga Ainan yang telah lama berlaku membuatkan Ainan semakin tertekan. Segala kegembiraan dilemparkan, namun hampir setiap malam dia menangisi nasibnya. Sikap Aazad yang sering acuh tak acuh dengan perasaan Ainan semakin mendera emosinya. Keculasan Aazad mengenai nafkah juga semakin menekan mental Ainan. Sikap ambil berat Ridhwan sedikit sebanyak menghiburkan hati Ainan. Semakin hari mereka semakin rapat. Suatu hari, Ridhwan meluahkan perasaannya melalui aplikasi Whatsapp. Tanpa sedar, air mata Ainan mengalir kerana dia juga mempunyai rasa yang sama. Namun mengenangkan status dirinya, Ainan hanya memendam perasaan. Keputusan Ridhwan untuk dipindahkan ke Terengganu, membuatkan Ainan kecewa. "Menyintai kau, satu anugerah. Jika mampu untuk aku memiliki, akulah paling bahagia. Namun aku sedar, antara kita tak mungkin bersatu." - Ridhwan "Kau hadir memberi kegembiraan. Mencuit hati kecilku. Namun aku sedar siapa diri ku." - Ainan. "Aku kecapi kebahagiaan yang aku dambarkan sejak aku mengenali kau. Memiliki mu sebagai suri hatiku, sesuatu yang tidak pernah aku impikan. Cemburu ku sering menguasai diri. Maafkan aku kerana gagal membahagiakan kau." - Aazad.
Update 06 December 2024
2021-04-28 1 Replies
best novel ni bru jer hbis bca. jln cerita yg menarik. mcm realiti khdupan yg sbnar.. pnuh dgn dugaan hdup hanan. happy ending wlpun sedih.harapnya aazad tdk lari dr tgjwb .pikul status sbgai suami yg sptutnya .jgn abaikn hanan. trsiksa luar dlm hanan dgn sikap suami. moga bgia milik mereka.tahniah fazilah rahman n tq
2020-11-24 1 Replies
ending yg menyedihkan..di sbb kn cinta..x rela berpisah
2020-11-24 1 Replies
story yg menarik..semoga bahagia milik mereka...huarghh sedih sis..apa pun tahniah sis..semoga sis terus berjaya dalam penulisan..