Bab 35

Romance Series 12288

EMOSI Ainan semakin stabil. Tambahan pula Ridhwan sentiasa peka dengan setiap perubahan emosi Ainan. Ada saja cara membuatkan Ainan kembali tersenyum.

Dua minggu Aazad shif malam. Selama hampir dua minggu itu jugalah Ainan pergi dan balik kerja sendiri.

Ainan hanyut dibuai perasaan. Rasa sayangnya kepada Ridhwan semakin menebal.

Adakah Ridhwan menyintainya juga?

Ainan tiada jawapan. Apa yang Ainan tahu, dia tak mahu kehilangan Ridhwan.

"Kau isteri orang. Kau jangan nak macam-macam."

Ainan mengeluh apabila teringatkan amaran Syazana. Hanya Syazana mengetahui tentang Ridhwan.

Malam ni I datang jumpa you. Okey?
-Ridhwan-

Ainan tersenyum apabila membaca Whatsapp kiriman Ridhwan. Sungguh dia terasa bahagia.

Sebaik membalas Whatsapp, Ainan terus menyambung semula kerjanya. Dalam stor dikemas. Fail-fail disusun semula. Segala dokumen dan borang yang belum difailkan, dimasukkan ke dalam fail.

Saat jarum jam berganjak ke angka satu, Ainan segera keluar untuk makan tengah hari. Perutnya yang berkeroncong dari tadi benar-benar tidak mahu beri kerjasama lebih lama.

Namun apabila melihat Aazad yang telah sedia menanti di depan kedai, Ainan tersenyum kelat.

"Abang Whatsapp tapi Ainan tak jawab. Ainan break pukul berapa?" Tanpa menjawab soalan Aazad, Ainan segera membuka aplikasi Whatsapp. Sepuluh mesej dari Aazad. Ainan hanya mengeluh.

"Maaf. Ainan sibuk siapkan kerja. Jomlah. Ainan lapar sangat." Aazad tersenyum apabila tiada lagi jawapan sepatah dari Ainan.

Tangannya segera melingkar di pinggang Ainan. Namun Ainan hanya bersahaja. Selalunya akan dibalas semula.

"Rindu." Itu yang terucap dari bibir Aazad sebaik saja air yang dipesan berada di depan mereka. Ainan angkat kening.

"Ainan tak rindu abang?" Aazad memandang Ainan penuh pengharapan.

Lebih dua minggu dia terseksa dengan keadaan mereka. Tiada lagi alunan rindu di bibir Ainan. Tiada lagi ungkapan cinta yang selalu didengarnya.

"Abang sayang Ainan tak?"

Tiada reaksi. Aazad masih leka dengan gadgetnya.

"Abang dengar tak ni? Abang sayang Ainan tak?" Ainan melindungi pandangan Aazad dari terus memerhati gadget.

"Ainan, jangan kacau abang boleh tak?" Ainan mengeluh sebelum kembali semula ke tempat duduknya.

"Ainan rindu abang. Ainan nak manja-manja je. Takpe. Lepas ni Ainan takkan kacau abang lagi dah."

Aazad melepaskan keluhan berat. Kini tiada lagi Ainan yang sering mengganggunya. Malah ketika cuti, Ainan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak.

"Abang rindu Ainan. Sunyi rasa hidup abang tanpa suara Ainan." Aazad meluahkan rasa.

"Bukannya Ainan tak bercakap langsung." Jawab Ainan selamba sambil menjamah nasi campur.

"Tak sama. Ainan dah tak manja macam dulu." Ainan melepaskan sudu dan garpu dari pegangan tangannya.

"Abang nak macam mana? Ainan tak ganggu abang. Abang bebas buat apa je yang abang nak. Lagipun selama ni pernah ke abang peduli pasal Ainan? Pernah ke abang peduli pasal anak-anak?" Aazad terdiam.

Ainan pula mati selera untuk makan walau perutnya benar-benar lapar kerana tidak bersarapan pagi tadi.

"Ainan..." Suara Aazad seakan tersekat dikerongkong.

"Abang tak pernah peduli apa Ainan rasa. Jadi perlu ke Ainan peduli apa abang rasa?"

Terpukul.

Itulah yang Aazad rasakan. Dia benar-benar terpukul dengan kata-kata Ainan.

"Abang cuma peduli pasal game abang. Jadi kenapa nak kisah Ainan rindu abang atau tidak? Lebih baik abang rindukan game abang tu dari abang rindukan Ainan."

Aazad terdiam. Mati kata. Dia tak punya apa untuk dihujahkan. Belum pernah mereka bermasam muka selama tempoh ini. Belum pernah Ainan keraskan hatinya begini. Biasanya Ainan pasti akan bersifat manja seperti tiada apa yang berlaku.

"Abang ingat Ainan ni patung yang takde perasaan ke? Tunggul kayu?" Ainan menyedut minumannya sambil menunggu reaksi dari Aazad.

Namun Aazad hanya diam membatu. Tiada sebarang tanda ingin bersuara. Ainan segera bangkit menuju ke kaunter pembayaran.

Aazad terpinga-pinga melihat reaksi Ainan. Segera dia mendapatkan Ainan.

"Abang bayar." Ainan masukkan semula duit yang dikeluarkan dan terus berlalu keluar meninggalkan Aazad.

Berlari Aazad mendapatkan Ainan.

"Ainan..." Aazad menarik lengan Ainan. Berpusing Ainan dibuatnya. Mujur tak jatuh tergolek.

"Ainan dah tak sayang abang ke?" Ainan melepaskan keluhan berat mendengar pertanyaan Aazad.

"Sayang? Apa makna sayang?" Ainan menyoal kembali. Aazad buntu.

"Please Ainan. Jangan buat abang macam ni." Terjungkit kening Ainan mendengar permintaan Aazad.

"Apa Ainan buat?" Suara Ainan sedikit meninggi.

"Ainan,tak buat apa pun. Ainan cuma bertindak mengikut kemahuan abang. Sekarang lepaskan tangan Ainan. Ainan nak masuk kerja." Aazad tidak mengendahkan permintaan Ainan. Sebaliknya dia menarik tangan Ainan untuk menuju ke tingkat atas.

Sepanjang jalan, Ainan hanya mendiamkan diri. Aazad masih lagi memegang tangannya. Sampai saja di depan kedai, Aazad mengucup umbun-umbun Ainan.

"Abang sayang Ainan. Abang percayakan Ainan. Abang bagi sepenuh kepercayaan abang pada Ainan. Abang balik dulu. Jaga diri baik-baik."

Aazad terus melepaskan tangan Ainan sebelum berlalu pergi. Ainan pula masih kaku di situ. Memerhati langkah Aazad sehingga hilang dari pandangannya. Ainan menahan sendu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience