Bab 18- New Rival

Romance Completed 28149

Setelah 6 bulan menghabiskan semuanya, akhirnya Maya dapat mengenggam sebuah diploma dalam perniagaan. Lepas ni, cadangnya dia akan bekerja di syarikat bapanya. Ini pun sudah puas dipujuknya Adam. Adam mahu isterinya itu bekerja dengannya. Jadi PA nya.

Maya dan Adam ingin bersanding namun setiap kali ingin membuat majlis persandingan, ada saja hal yang tidak dapat dielakkan. Kini, Maya bekerja dengan bapanya.
************

Suatu hari, ketika Maya dijemput ke majlis makan malam mewakili syarikat bapanya. Dia bersiap di rumah sambil disaksikan oleh Adam.

"Nak je abang kenalkan Maya sebagai isteri abang, cantik sangat ni. Tak payah pergilah Bunny. Please... Kita dinner dekat rumah je ye" pujuk Adam.

"Tak boleh abang, Maya kena wakilkan bapa juga. Lagipun, abang pun ada sekali kan?" pujuk Maya.

"Memang ada sekali tapi..... kita duduk jauh, lepas tu, mesti budak Shukri tu pergi tempat bunny" aduh Adam.

"Tak delah abang, lagipun Shukri dengan Maya rakan sekerja. Tak nak Maya dengan si Shukri tu. Maya nak dengan Adam" terang Maya

"Betul ni??" tanya Adam.

"Betul" kata Maya.
************

Sampai mereka di hotel ****, Adam memerhati isterinya dari jauh. Kelihatan Shukri juga berada di samping Maya. Digenggam-genggam penumbuknya tanda tidak puas hati.

Maya berasa tidak selesa apabila Shukri sentiasa berada dekat dengannya. Dia ingin meminta tolong suaminya namun suaminya tiada di tempat duduk.

"Owh, Shukri, kau tak menyempat err?" tanya Adam mendekatkan dirinya kepada Maya. Maya bersyukur suaminya berada dekat dengan dia. Sememangnya dia tidak selesa dengan Shukri. Dia rasakan Shukri terlalu mendesak Maya.

"Eh, Adam... apa pula, aku cuma nak jaga Maya, maklum lah dia ni cantik sangat. Maaf ye Maya, kalau tak selesa" kata Shukri. Maya hanya melemparkan senyuman kepada Shukri.

"Hai Adam, Shukri" suara seorang perempuan menyapa mereka bertiga.

Maya melihat gadis dihadapannya. Sangat cantik, tinggi, persis model.

"Oh my Linda...., bila sampai?" tanya Shukri.

"Baru je tadi, akhirnya setelah berapa tahun di luar negara, i balik dekat sini"ulas Linda.

"So, how about your studies there?" tanya Adam

"Good, well. Anyway, siapa budak ni?" tanya Linda merenung Maya. Sangat kecil dan seakan budak-budak.

"Err.. saya Maya, anak Datuk Ehsan" ramah Maya sambil ingin bersalam dengan Linda. Namun, dia tidak mempedulikan salaman Maya terus menuju ke arah Adam.

"Adam, i miss u boo" kata Linda.

Maya terkejut dengan perlakuan Linda. Tapi, apa kan daya syarat mereka masih lagi diingat Maya, dia tidak boleh memperkenalkan dirinya sebagai isteri.

"I think we should have a seat, right?, Jom" Maya berpisah dengan Adam, Maya dengan Shukri dan Linda bersama Adam.

"Mesti Maya pelik kan, okay saya ceritakan. Sebenarnya saya, Linda, dan Adam rakan sepermainan sewaktu kami kecil sampailah dewasa, Linda itu suka dengan Adam sangat. Dengar cerita, kalau Linda balik ke sini, mereka akan berkahwin. Itu janji Linda sebelum dia bertolak ke luar negara. Tengok mereka, serasikan? Satu cantik, hebat satu lagi hansem, bijak" terang Shukri panjang.

Maya melihat Adam dan Linda berbual sakan. Sememangnya dia cemburu dengan semua ini. Tiba-tiba dia merasa rendah diri. Betul kata Shukri, mereka sepadan. Dia. Hanya budak. Umur sahaja baru memasuki 21 tahun.

Maya hanya diam sepanjang makan malam berlangsung. Maya dahulu pulang ke rumah. Jam menunjukkan lebih 12 tengah malam, Maya menunggu Adam balik ke rumah.

Masuk pesanan ringkas dalam telefonnya

"Bunny, tidur dulu tau. Abang makan dengan Shukri dan Linda. Esok Abang cerita. I love u bunny"- Adam.

Maya harus bersikap matang. Dia harus memikirkan mengenai suaminya. Mungkin mereka kawan baik. Jadi, Maya tidak harusnya berasa cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience