Bab 4 - Kesabaran

Romance Completed 28149

Maya menilik dirinya di cermin. Pakaiannya hari ini ialah t-shirt dan seluar jeans dipadankan dengan topi. Semalam, Maya mencari pakaian yang sesuai dipakainya. Setelah ditanya kepada ibunya. Ibunya mengatakan bahawa, pakaian sebegini sesuai digunakan.

Maya kelihatan seakan budak apabila mukanya tidak disolek seperti semalam. Mukanya yang comel, putih gebu itu cuma dicalit gincu sedikit.

Maya turun untuk bersarapan. Kelihatan bapa dan mamanya sedang bersarapan. "Maya, mama tengok kamu ini comel lah. Tapi, tak pa sayang. Anak mama ni kuat kan?" pujuk mamanya.

"Aku, kalau jumpa budak Adam itu, aku tumbuk dia. Boleh-boleh dia bagi anak aku kerja macam tu" luah bapanya yang masih belum puas hati

"Bapa dan mama, it's okay. Maya suka cabaran. Ini akan menguatkan Maya lagi, kan?" aksi comel Maya kelihatan.

Mama dan bapanya hanya tersenyum. Siapa sahaja berada dengan Maya, akan sejuk hatinya dengan perangai comel nya.

"Maya, jangan lupa. Apa yang Adam itu buat, lapor dengan bapa" kata bapanya.

"Abang ni, macam mana dia nak lapor kalau kerja dia bukan dengan bos dia, cukup-cukuplah abang. biarkan Maya berkerja" pujuk isterinya. Dia tahu suaminya dan Adam itu seteru terhebat. Projek yang mega hanya berada di syarikat mereka sahaja kerana berkaliber.

"Baiklah, new plans. Goda dia!, jadikan dia suami kamu. Faham?" cadang bapanya.

"Abang ni dah gila ke? Anak kita baru 20" isterinya terkejut dengan permintaan suaminya

Maya hanya diam melihat kedua ibu bapa bertekak membincangkan itu dan ini. Maya terus menyalam tangan kedua ibu bapanya dan terus menuju ke syarikat Syed Adam.

Sesampainya Maya di sana, setelah punch card. Maya terus memulakan pekerjaannya dengan membersihkan apa yang patut. Tepat jam 8 pagi, Maya menghantar kopi dan sarapan pagi ke dalam bilik bosnya.

Maya mengetuk pintu dan kedengaran laungan masuk oleh Syed.

"Selamat pagi, Encik Syed . Ini kopi dan sarapan pagi" kata Maya.

Syed terpegun melihat penampilan Maya pagi itu. Biarpun ringkas, namun mukanya yang sungguh comel itu mendebarkan hati Syed.

"Hem... letak situ" kata Syed.

Maya keluar dari bilik tersebut. Tepat jam 10 pagi, semua staf ada mesyuarat. Lebih tepat, membincangkan mengenai sambutan jubli emas syarikat tersebut. Maya menyediakan minuman kepada semua staf dan termasuk rakan intern nya. Maya hanya duduk di suatu sudut bersama pekerja cleaner yang lain.

"Baiklah, untuk menghidang makanan dan jamuan. Saya harap Cik Maya kita bersedia dan pastikan semuanya teratur dan awak akan jadi ketua jamuan pada malam itu" arah Syed.

Dalam hati Maya, " baru dua hari bekerja, dia dah suruh aku buat kerja berat. Gila punya bos. Tak pe. Sabar Maya, sabar... dia ingat kau ni cepat mengalah. Kau tunggu lah Syed"

"Baik Encik Syed" kata Maya.

Selepas mesyuarat selesai, Maya mencuci semua gelas yang digunakan. Tepat jam 12 tengah hari, waktu rehat. Maya membuka bekalnya dan memilih tempat tangga kecemasan sebagai tempatnya duduk makan.

"Sorang je ke ?" Maya terkejut dengan teguran itu.

Maya menoleh melihat siapa yang menegurnya, Nad pembantu Encik Syed menegurnya.

"Ye Kak Nad. Marilah kak, join sekali. Saya ada bawa lebih ni" ajak Maya.

"Tak pelah Maya, Maya makan tw. Akak sebenarnya kesian dengan Maya. Bos kita tu macam benci sangat dengan Maya. Kesian Maya. Sedangkan pergaduhan ini antara bos dengan ayah Maya" aduh Nad.

"Entahlah kak, kadangkala saya yang tersepit. Tak pelah akak, selagi saya buat kerja baik-baik, saya tak akan sesekali malukan bapa saya, saya pun kena jaga nama baik bapa saya" aduh Maya.

"Walaupun umur Maya, 20 tahun. Tapi Maya matang. Untung mama dan ayah Maya tau!" kata Nad.

"Hehehhe.. Terima kasih kak. Saya nak jadi macam bapa saya. Tak gentar, tak takut. Dan wajib suatu hari nanti saya yang akan mewarisi syarikat bapa kan?" kata Maya.

"Ye betul tu. Akak percaya, Maya akan jadi orang yang hebat" puji Nad.

Perbualan mereka berdua didengari oleh Syed disebalik pintu dan Syed tersenyum mendengar suara Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience