Bab 6- Jamuan

Romance Completed 28145

Selang sebulan berada di syarikat Encik Syed. Dia semakin cekap melakukan pekerjaannya dan Maya menyukai pekerjaannya sekarang. Bapanya tidak lagi mendesaknya seperti dahulu. Dia kini tenang, mungkin bapanya sibuk mendaoatkan tender baharu di syarikatnya.

Bosnya juga semakin sibuk kebelakangan ini. Selain sambutan jubli emas syarikatnya, bosnya juga kerap outstation. Hampir sebulan juga dia tidak pernah berselisih dengan bosnya. Kerjanya sebagai tea lady juga diserahkan kepada Nad, pembantu Encik Syed. Kini, Maya hanya bekerja sebagai cleaner sahaja. Mungkin Syed takut Maya akan menjadi mata-mata bapanya.

Esoknya, jamuan yang ditunggu-tunggu. Maya hanya memakai pakaian ringkas kerana kerjanya bersama orang catering. Awal Maya sampai di ballroom milik syarikat Encik Syed. Kelihatan para pekerja dan semua tetamu VVIP hadir. Tidak lupa juga, bapanya juga dijemput ke majlis tersebut. Maya hanya menundukkan wajahnya. Tidak mahu dia dikenali oleh bapanya. Namun, semuanya teelambat.

"Anak mama..... kerja ke?" tegur mamanya.

"Ya ma, hari ni Maya dekat bahagian makanan." kata Maya lalu melihat bapanya mendekati Maya.

"Kesian anak aku, budak Adam inilah..." kata bapanya sambil mengenggam penumbuknya.

"Mama bapa tak pe, Maya suka kerja macam ni, Maya nak jadi macam mama, kerja dari bawah" kata Maya sambil tersenyum

"That's ny daughter" kata mamanya.

"Datok Ehsan, Datin Mariam, bila sampai?" tegur seseorang.. dan ya, bosnya yang menegur.

"Baru je tadi ,Adam. Nak tengok anak aunty ni" tegur Datin.

"Kau dah kenapa bagi anak aku kerja macam tu... apa kau ingat anak aku n tak da maruah ke?" tegur Datuk Ehsan.

"Abang... sabar, Maya pun happy dengan kerjanya. Anyway, Adam janganlah dera anak Aunty tu, kesian dia" kata Datin.

"Hehehhe... maaf Datin Datuk. Syarikat kami tidak memilih kasih. Lagipun, saya rasa layak Maya berada di posisi ini, sebelum terlambat. Tahniah Datuk atas projek yang Datuk dapat." kata Syed.

Datuk Ehsan dengan mata helangnya melihat Adam, " Kau ni Adam, kalau tak pasal dekat jamuan ini, dah lama rasanya aku tumbuk kau. Disebabkan kau anak kawan baik aku. Aku tak sanggup nak buat. Kau buat anak aku macam itu.. kau ni" kata Datuk Ehsan.

"Abang, dahlah tu... Maya, Adam kami ke sana tau. Maya kerja elok-elok tau. Sayang anak Mama. Proud of you, sayang" kata Datin sambil mengenggam tangan Datuk Ehsan untuk membawanya jauh dari Adam.

Maya hanya melihat bosnya dan bapanya bertikam lidah. Maya tiada masa ingin tahu apa yang menyebabkan mereka berdua ni bergaduh. Kelihatan bosnya mendekati Maya.

"Kau... selagi majlis ni belum selesai, jangan gatal-gatal nak balik awal, tahulah parents kau ada dekat sana" pesan Syed.

"Baik Encik Syed, jangan risau. Saya akan balik dengan budak-budak catering ni" kata Maya, malas dengan melayan bosnya.

Syed sebenarnya rindu dengan Maya, apakan tidak. Hampir sebulan tidak bersua muka dengan orang yang boleh membuat hatinya berdegup. Apabila Syed terlihat Maya tadi, ternampak pula seterunya. Terpaksalah...

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengacara majlis dan seterusnya kata-kata aluan daripada Encik Syed selaku pengarah syarikat. Hampir jam 10 malam, bapa dan mamanya sudahpun pulang dan mereka ada mengajak anaknya pulang sekali namun teringat pesanan bosnya.

"Tak pelah ma pa, pulang dulu. Nanti suruh Pak Abu ambil Maya tau" kata Maya.

Jam 11 malam barulah majilis selesai. Maya membantu pekerja catering mengangkat semua barang di lori. Sedikit bekalan diberikan kepada Maya.

"Syukur.... ada juga buat aku makan nanti sambil-sambil tunggu Pak Abu" getus hati Maya.

Maya bersila di bustop sambil makan bekalan yang diberikan oleh pekerja tadi. Baru dia ingat, dia belum makan malam lagi. Dia makan dengan berselera.

"Buat apa?" tegur seseorang.

"O mak kau ayam masak merah" terkejut Maya ditegur begitu. Maya mengangkat mukanya dan kelihatan Encik Syed di hadapannya.

"Tengah makan Encik, Encik tak balik lagi ke?" tanya Maya.

"Nak balik lah ni. Anyway, tahniah sebab kau berjaya menjadi ketua jamuan malam ni" kata Syed.

"Sama-sama Encik." balas Maya.

Maya masih meneruskan suapannya kerana dia tidak kuasa nak melayan bosnya malam itu. Manakala Syed pula masih merenungnya membuatkan Maya tidak selesa.

"Encik. Muka saya ni ada apa-apa ke?" tanya Maya.

Malu Syed ditegur begitu. Apakan tidak, Syed merenung Maya tidak berkutik.

"Tak lah. Aku tengok kau sebab muka kau macam bapa kau" kata Syed.

"Dah memang saya anak Datuk Ehsan, memang muka Datuk Ehsan lah" balas Maya.

Syed ketawa kuat dengan lawak Maya. Maya buat pertama kalinya melihat senyuman bosnya yang hansem itu. Ada lesung pipit di kedua belah pipinya.

Kelihatan Pak Abu sampai si bustop. Pak Abu terus keluar mendapatkan Maya.

"Maaf Cik Maya, Pak Abu lambat" tegur Pak Abu.

Maya mengemas-gemas bekalannya dan berkata, " Tak apa. Pak Abu, nasib ada kawan Maya, kenalkan ini bos Maya, Bos, ini pemandu kesayangan Maya. Pak Abu" kata Maya.

Syes terus menyalam dan mencium tangan Pak Abu. Maya sedikit teesentuh dengan perlakuan itu.

"Terima kasih nak, jaga Cik Maya ini" kata Pak Abu.

"Sama-sama Pak.Cik" kata Syed.

Maya dan Pak Abu meninggalkannya. Dan Syed pergi ke keretanya. Sememangnya hati risau melihat Maya keseorangan dia bustop tadi. Itulah menyebabkan dia ke sana untuk melihat Maya. Comel dia melihat Maya makan bekalan dan bersila sambil mulutnya penuh dengan makanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience