Bab 24- Buku bertemu Ruas

Romance Completed 28135

Pagi ini, Maya bersemangat untuk perebutan tender pagi ni. Dia bersedia dengan segala kemungkinan. Termasuklah akan berjumpa dengan bekas suaminya.

Dia memakai pakaian skrit paras lutut, blazzer hitam, dan rambut dikemaskan sikit. Mekapnya juga dikemaskan dan disemburkan minyak wangi di kedua lehernya. Dia bersedia. Pagi ni dia akan pergi bersama Shukri. Maya turun bersarapan dengan mama bapanya dan anak-anaknya.

"Sayang, hati-hati pergi sekolah tau. Nanti atuk hantar. Okay?, now kiss ibu" pesan Maya.

"Maya, good luck for today" kata bapanya.

"Okay pa" kata Maya.
*****************
Bilik mesyuarat syarikat xxxxx

"Adam, i thinks kita akan dapat tender tu, berapa kali dah syarikat Datuk Ehsan kalah dengan kita" terang Linda.

"Ya, Linda. Tulah saya tak berapa nak kisah sangat tender ni, kita buat alah kadar je" kata Adam.

"Hai Linda, Adam, apa kahbar?"
Kata Datuk Adnan.

"Baik Datuk" kata Adam Linda serentak.

"So, ready for today?"tanya Datuk Adnan.

"Always. Sentiasa"kata Linda.

"Dengar-dengar hari ni Datuk Ehsan tak dapat datang, dia hantar wakil" terang Datuk Adnan.

"Mesti Shukri lah tu, easy" kata Linda.

"Ahh, Adam dengan Linda ni bila nak kahwin? Jangan lupa ajak Uncle tau." kata Datuk Adnan.

"Mungkin hujung tahun ni, Uncle. Kan sayang?" kata Linda bagi pihak Adam. Adam hanya mengiakan kata-kata Linda.

"Datuk.. Encik Shukri dan wakilnya ada di luar" kata secretary Datuk Adnan.

"Owh. Okay, jemput mereka masuk" kata Datuk Adnan.

Adam ketika itu sedang menulis sesuatu dan begitu juga Linda ralit melihat telefon dan mereka tidak sedar Maya dan Shukri sudah duduk di hadapan mereka.

"So, who's this lady?" tanya Datuk Adnan.

"Lady?" getus hati Adam.

Linda dan Adam serentak melihat gadis yang dimaksudkan dan terkejut mereka di hadapan mereka itu ialah Maya Rosa.

"Maaf lupa nak kenalkan, hai Datuk , saya Rosa. Anak Datuk Ehsan, bapa tak dapat datang, saya wakil dia" kata Maya sambil menyalam Datuk Adnan.

"Wahh, i never knew Ehsan ada anak, cantik lagi tu" kata Datuk Adnan.

Adam melihat bekas isteri dihadapannya. Gila. Dia gila sekarang. Ingin dia cium sepuas hatinya. Setelah enam tahun tidak bertemu, bekas isterinya memang bukan seperti dahulu lagi, dia semakin cantik. Dia bukan budak lagi, dia kini menjadi wanita. Adam melihat Maya ketika itu pandai bergaya, rambutnya yang perang itu, dan bibirnya yang seksi. Hatinya berdebar dan ikutkan hati dia angkat Maya di situ. Namun dia ingat, dia bekas isterinya. Lafaz cerai sudah pun dilafazkan.

Linda melihat Maya dengan tidak senang hati, "budak tak guna, berani dia muncul balik" kata Linda.

Manakala Shukri melihat Adam hanya merenung tajam Maya di hadapannya, "mesti kau menyesal ceraikan dia kan? Dam" getus hati Shukri.

Manakala Maya tidak senang direnung Adam dari tadi. "Dah kenapa seorang tu, renung-renung aku. Aku cucuk mata tu kang" kata Maya dalam hati.

"So, Rosa. kenapa baru sekarang Uncle jumpa Rosa?" tanya Datuk Adnan.

"Well, saya sambung study dekat oversea Datuk" terang Rosa.

"Owh yeke. Lawa kamu Rosa, tengoklah Adam itu sampai tak terkelip mata tengok kamu"kata Datuk Adnan.

Adam malu ditegur begitu, ya. betul dia sedang merenung Maya.

"Rasanya mungkin saya ni mengingatkan dia pada seseorang kut, Datuk. Tak begitu Encik Adam?" kata Maya sambil berlawan mata dengan Adam.

Adam menyedari dia bukan lagi Maya yang comel, keanak-anakkan. Dia kini Rosa, wanita dewasa.

"Mungkin juga, Cik Rosa" lawan Adam. Aksi melawan mata masih lagi berlangsung tanpa mereka sedari.

"Baiklah kita teruskan perbincangan tender kita. Hari ini tender akan diserahkan kepada syarikat yang layak" kata Datuk Adnan.

Adam dan Linda terlebih dahulu membentang di hadapan Datuk. Namun, tidak disangka yang Maya seorang yang pandai berbahas mengenai kekurangan kertas kerja mereka. Terdiam Adam dan Linda akibat kepandaian Maya. Apabila Maya dan Shukri membentang, tiada ruang untuk Adam dan Linda melawan, semuanya berjaya ditangkis oleh Maya.

"Wow, impressive Cik Rosa, awak sama macam bapa awak" kata Datuk Adnan.

"Well, ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi kan? Datuk" kata Maya.

"Baiklah, kita makan dahulu ye. Lepas ni, saya akan umumkan siapa yang dapat tender" kata Datuk Adnan.

Mereka telah dihidangkan makanan di atas meja. Makan lah mereka dalam bilik tersebut. Adam sangat cemburu apabila Shukri yang mengelap mulut Maya tadi. Ikutkan keadaan, ditumbuknya Shukri.

"So, Rosa. Awak ada pengalaman kerja di pejabat kah sebelum ini, Uncle berminat nak kenal dengan kamu lah" kata Datuk Adnan.

"Ada, sebenarnya Datuk. Saya pernah buat intern di sebuah syarikat itu, saya dapat tugas sebagai tea lady dan cleaner je" kata Maya.

"What?? Gadis secantik kamu dapat tea lady dan cleaner je? Kejam nya syarikat tu, dia tak tahu ke awak anak Datuk Ehsan?" kata Datuk Adnan.

"Dulu, saya tak lawa sangat Datuk. Dekat intern tu pun kena layan macam budak-budak. Tapi, tak pe.. Saya okay je, Datuk. For me, itulah pengalaman kali pertama yang saya tak lupakan. Kalau saya jumpa bos syarikat itu lagi, saya nak ucapkan terima kasih sebab dia ajar saya menjadi orang bawahan" terang Maya sambil matanya merenung Adam. Kini, dia sangat berani dan tidak lagi macam dulu.

" Rugilah bos punya syarikat tu kalau dia tahu Maya dah cantik sekarang, apatah lagi anak Datuk Ehsan" kata Datuk Adnan.

"Ye, rugi besar Datuk, sangat rugi, Cik Rosa. Why not awak jumpa kembali bos syarikat awak tu, awak kata nak ucapkan terima kasih" kata Adam secara tiba-tiba.

"Owh... tak kuasa nak jumpa dia. Ntah-ntah dia dah tua sekarang, tak ingat saya lagi kut. Yalah, lama dah, enam tahun yang lalu, Encik Adam." balas Maya.

Datuk Adnan merasakan ada yang tidak kena Rosa dengan Adam ketika itu.

"Adam dengan Rosa pernah berjumpa ke sebelum ni?" tanya Datuk Adnan.

Linda dan Shukri yang dari tadi diam terkejut dengan pertanyaan Datuk Adnan.

"Saya rasa saya tak pernah berjumpa dengan Encik Adam ni, kali pertama saya jumpa dia" jawab Maya.

Adam ketika itu terasa hati dengan kata-kata Maya. Ya, dia sudah melupakan segalanya.

"Owhh ... okay" Datuk Adnan.

"Baiklah, mengikut keputusan saya, projek ni besar dan skala yang juga besar. Jadi, saya minta syarikat Adam dan Rosa bergabung, boleh ?" kata Datuk Adnan.

Terkejut mereka berempat dengan keputusan Datuk Adnan.

"Saya rasa tiada masalah dari pihak syarikat kami, Datuk" kata Maya.

"Saya juga tiada masalah" kata Linda secara tiba-tiba. Dia rasa tercabar dengan Maya dihadapannya.

Adam terkejut dengan keputusan Linda.

"Linda, i think we need to discuss first" kata Adam. Bukan apa, takut hatinya tidak dapat mengawal perasaannya terhadap Maya.

"No Adam, i think this is a good plan." terang Linda sedangkan hatinya sakit dengan kreabliti Maya sebentar tadi. Dia kalah dengan Maya.

"Baik, kalau tak ada halangan, we start our work with shake hands , shall we?" arah Datuk Adnan.

Maya bersalaman dengan Linda dan berkata, " Nice to work with you, Miss Linda" . Linda acuh tak acuh menyambut salaman dari Maya.

Bila di tempat Adam, Adam terlebih dahulu menghulurkan tangan, namun tidak disambut oleh Maya, "Maaf, kita bukan muhrim".

Malu Adam dengan apabila diperlakukan sebegitu. Air mukanya jatuh. Maya dilihatnya semakin garang dan apatah lagi potongan badannya yang semakin mengiurkan dia. Dia semakin berisi.

"Maaf Cik Rosa, so kita akan kerap berjumpa lah kan selepas ni" kata Adam.

"You wish" kata Maya, sombong.

Linda dan Shukri melihat mereka berdua. Namun, tidak pada Datuk Adnan. Dia harus mencari tahu apa hubungan Rosa dan Adam sebelum ini. Kerana dilihat Rosa dan Adam seakan menyimpan sesuatu. Mata orang tuanya tidak pernah salah. Dia perlu berjumpa dengan Datuk Ehsan, sahabat baiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience