Bab 35- Sambutan Hari Jadi Triplets

Romance Completed 28149

Maya sudah menyiapkan kek untuk mereka bertiga. Sambutan hari jadi diadakan di rumah bapa dan mamanya. Pihak catering menyediakan segala jenis makanan. Shukri gembira melihat telatah kembar tersebut yang gembira pada saat ni namun, Shukri teringat kata-kata Aziq kepadanya.

"Uncle, papa datang hari ni, tak sabarnya" kata Aziq. Shukri hanya mengiakan kata-kata Aziq.

Semua pekerja syarikat telah dijemput oleh Maya dan Shukri untuk memeriahkan lagi suasana. Tiba-tiba datang seseorang membuat kembar tersebut berlari kepadanya.

"Adam?" soal Shukri.

"Uncle, tengok Papa datang kan?" kata Aziq.. Mereka bertiga sangat gembira. Shukri meninggalkan Adam dan kembarnya dan pergi mendapatkan Maya lalu bertanya kepada Maya bagaimana Adam berada di sini. Maya menceritakan perjumpaan dia dan Adam semalam.

Ketika di acara meniup lilin dan menyanyikan lagu hari jadi, Adam dan Maya berada bersama kembar mereka. Shukri terus mengeluarkan telefonnya dan menangkap peristiwa tersebut.

"Uncle, Aunty. Seandainya Uncle dan Aunty masih hidup. Mungkin inilah saat yang ditunggu" getus hati Shukri. Walaupun Shukri tahu, Adam buat itu sebab terpaksa.

Adam sangat gembira melihat kembar gembira. Begitu juga hati yang suka melihat Maya tersenyum namun ada perkara yang perlu diselesaikan dia dan Maya kerana dia baru tahu maklumat yang penting sebentar tadi.
*******

"Hello Encik Syed Adam, i got what do you want" kata individu di sana.

"I sent that file to you" tambahnya lagi.

Adam membuka file dan ya.....

Maya Rosa binti Datuk Ehsan, berkhawin, anak tiga. Suami , Syed Adam Ismail.

Terkejut Adam membaca namanya..
***********
Malam melabuhkan tirainya. Segala sudah dikemaskan. Tetamu sudah pulang dan tinggal lah Adam, Maya, dan Shukri. Kembar juga sudah tidur itupun setelah Adam menghantar kembarnya ke dalam bilik dan menjaga sehingga mereka tidur.

"Can we have words, Cik Maya" kata Adam kepada Maya

"Or should i call you Puan Maya ?" kata Adam lagi

"Apa dia Encik Syed Adam?" kata Maya, Shukri juga berada di situ. Risau dia dengan Adam.

"Kenapa korang dua tipu aku dekat pejabat hari tu?" kata Adam.

"Tipu apa?" kata Maya.

"Hehehhe... apa korang ingat aku ni lembab ke? " kata Adam.

"Apa ni Adam, cuba bagitahu?" kata Shukri. Dia tidak suka nada yang Adam gunakan kepada Maya.

"Maya isteri aku kan?" kata Adam.

Maya dan Shukri terkejut dan muka mereka ceria apabila Adam sudah mengingati semuanya.

"Bro, kau dah ingat ke ?" kata Shukri.

"Macam nilah Maya dan Shukri, biar aku jelaskan... aku dengan Karla akan kahwin tak lama lagi, jadi takkan aku nak duakan Karla kan. Aku sayang Karla. Jadi, aku nak hak aku sebagai papa kepada anak-anak aku" luah Adam.

Maya mendengar kata-kata Adam. Dia sedih dan sakit hati. Air matanya mengalir. Ya, mungkin jodohnya dengan Adam sampai di sini sahaja. Adam sudah benar-benar lupakan dia. Shukri melihat Maya menangis.

"Adam, aku sebagai abang dia ada permintaan." kata Shukri.

"Apa dia?" kata Adam.

"Sebelum kau ceraikan dia, selagi kau belum kahwin dengan Karla. Kau kena tinggal dengan Maya. Tinggal sebumbung dengan dia. Tu sahaja permintaan aku." kata Shukri.

Maya terkejut mendengar kata-kata Shukri.

"Boleh. tak ada masalah" kata Adam.

Maya lagi terkejut dengan persetujuan Adam.

Maya di situ bingung dengan apa yang berlaku.

"Aku balik dulu. Esok, suruh Maya dan anak-anak aku tinggal dengan aku. Mereka ada masa enam bulan, nanti aku suruh driver aku ambil dorang" terang Adam.

Adam pergi meninggalkan mereka dan Maya terduduk menangis.

"Kenapa Abang Shukri buat macam tu, Maya terima kalau dia dah tak nak dengan Maya" kata Maya.

"No Maya, Abang dah janji dengan Adam. Abang kena pastikan yang Adam ingat balik Maya" kata Shukri.
********

Di rumah banglo Adam.

"Aku mesti sediakan bilik untuk anak-anak aku" kata Adam. Dia tidak sabar menyambutnya anaknya di sini.

Tetapi, dia teringat tangisan Maya sebentar tadi.. kenapa hatinya seperti dihiris-hiris melihat Maya menangis. Dia ingin memeluk Maya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience