Bab 8- Perbincangan

Romance Completed 28135

Isnin kembali, Maya bekerja demgan lebih bersemangat. Namun, jam menunjukkan lebih 11 pagi, bosnya dilihat masih belum sampai ke pejabat.

Tepat jam 12, sewaktu Maya rehat di tempat biasa, tangga kecemasan bersama bekalnya. Hari ini, mamanya masakkan nasi lemak dan membawanya lebih kerana sudah menjadi kebiasaan. Kak Nad akan menemainya di situ.

Kedengaran pintu dikuak dari dalam.

"Kak Nad!!!" teriak Maya comel. Tapi..... terhenti teriakan Maya dan terdiri dia melihat siapa di situ.

"Kak Nad? Ohhh Nad ye.. Hehehhe.. Kak Nad tak da, Abang Syed ada" kata Syed.

"Maya buat apa?" tanya Syed melihat Maya.

"Saya nak makan Encik Syed, tengah tunggu Kak Nad, saya ada bawa lebih. Errr.. Encik Syed ada nampak Kak Nad tak?" tanya Maya.

"Owh.. Nad, dia ada kerja sikit. Tak pelah, saya temankan awak makan, Boleh?" tanya Syed.

"Boleh.. jemput lah Encik Syed," jemput Maya.

Mereka makan bekalan tersebut. Syed merasakan Maya terlalu comel dengan bekal warna merah jambu.

"Sedap. Siapa masak?" tanya Syed.

"Mama, sedap kan?, tengok lah siapa masak. Hehehehhe" aksi comel Maya

"Okay, terima kasih. Lepas ni, masuk bilik saya" kata Syed mengarah.

"Encik ni pelik lah, tadi baik je, sekarang mengarah je" gumam Maya.

Syed terus meninggalkan Maya. Maya mengemas apa yang patut terus masuk ke bilik bosnya.

Kelihatan Syed di sofa dan Syed berkata, "Duduk, Cik Maya Rosa binti Datuk Ehsan"

Maya terus ke sofa dan duduk, lalu menanggalkan topinya di kepala.

"We make it professional, can we. Sebab kita ada perbincangan dan ia sangat serius!" kata Syed Adam.

Maya yang tadinya duduk bongok terus duduk secara tegak. Terkejut dia dengan nada suara yang digunakan oleh Syed ketika ini. Masuk Nad dengan beberapa dokumen dan air kopi di dulang. Syed hanya memerhati Maya di hadapannya. Dan Maya membalas renungannya.

"Encik Syed, Cik Maya. Saya keluar dulu" pinta Nad.

"Now, see the envelope" arah Syed.

Maya meneliti kandungannya dan terkejut.

"What is going on, Encik Syed Adam Ismail?, apa semua ini?" kata Maya membaling surat di dalam envelope tadi.

Well, you better ask your father about this.
**********************

"Aku jumpa kau dekat cafe ***, bahaya kita jumpa dekat syarikat kau, anak aku tahu"-Datuk Ehsan.

"As you wish, Datuk"- Syed Adam.

Syed sampai di cafe yang dimaksudkan. Kelihatan Datuk Ehsan dan Datin berada di sana.

"Datin, Datuk" Syed menyalam tangan kedua-dua orang tua itu.

"Sorry, i'm take your time Adam. But, we have to discuss. about my daughter, Maya Rosa" kata Datuk Ehsan. Kelihatan muka Datin muram apabila mereka berkata mengenai anaknya.

"You know what Adam, i'm getting older. We getting older. Aku nak pasangkan anak aku dengan kau, untuk jaga dia" kata Datuk Ehsan.

"Are you sure, not because we are enemy, i 'm hard to believe" kata Adam.

"Nope Adam, lagipun.. Bapa kau dengan aku buka sesiapa. Kawan lama juga. Kalau bapa kau hidup lagi, dia pun akan pasangkan kau dengan anak aku" kata Datuk.

"How about Maya? Will she accept this?" kata Adam.

"Nah, bagi je envelope ni dengan dia. I will guarantee, she will accept that" kata Datuk.

Datin tiba-tiba menangis mendengar perbincangan mereka berdua.

*Abang.... abang tak sayang Maya? kenapa buat anak kita macam tu abang?" tanya Datin Mariam.

"Abang sayang dialah, abang buat macam ni, Yam. Percayakan abang" kata Datuk Ehsan.

"Jaga dia Adam... she all i get" kata Datuk Ehsan.

**************

"Kita khawin, Maya.. but, bersyarat. Aku akan pastikan papa kau rasa menyesal sebab hantar anak dia ke sini" kata Syed Adam.

"Apa semua ini Encik? Saya tak nak kahwin. Saya belum nak ke arah itu, saya masih muda. saya....." termenangis Maya di situ.

"Aku tahu kau tak nak, tapi Datuk yang nak. Saya tak boleh buat apa, kalau kau tahu semua ini, kenapa kau pun masuk ke rancangan bapa kau untuk datang ke sini?" kata Syed.

"Aku tahu kau pun dalam rancangan bapa kau, kau ingat aku akan serah diri aku sewenang-wenangnya ke ?" tegas Syed.

"I know Datuk Ehsan. He will do anything untuk hancurkan syarikat aku, so terpaksa lah aku terima kasih. I ' m being prepared with all of this, Maya" kata Syed.

"Saya tak tahu semua ini Syed Adam. Saya tak tahu apa rancangan awak dan apa rancangan bapa saya. Saya tersepit dengan awak berdua" jerit Maya.

"Whenever it this, we married. By hook or crook. Or you want to see syarikat bapa awak lingkup? Pilih lah" ugut Syed.

Envelop tadi tu sebenarnya menunjukkan merosotnya nilai syarikat bapanya. Dalam hatinya, "kenapa bapa tak bagitahu Maya?"

Demi bapanya, demi mamanya. Dia terpaksa mengorbankan dirinya..

Maya mengelap air matanya dan berkata, " apa syaratnya?"..........

***********

Maya pulang ke rumah, ketika itu dia terus ke biliknya. Mama dan bapanya hanya diam di ruang tamu. Mamanya melihat Maya tadi tahu semuanya sudah dibincang.

"Abang... jangan buat Maya macam tu, saya yang kandungkan dia sembilan bulan bang." pujuk Datin.

"Yam, percaya. Abang buat demi anak kita. Bayangkan kalau kita takda, siapa nak jaga dia Yam?" kata Datuk.

"Saya takut dengan budak Adam tu tak jaga dia abang" kata Datin.

"I believe his, Yam. Abang yakin Adam dapat jaga dia" kata Datuk.

Maya di bilik membersihkan diri, dan solat memohon hidayah. Selepas solat, Maya mengeluarkan syarat-syarat Syed Adam tadi.

Syarat-Syarat di antara Syed Adam Ismail dan Maya Rosa Ehsan.

1. Hanya segelintir sahaja mengetahui perkhawinan kita.
2. Harus tinggal bersama Syed Adam Ismail.
3. Tidak memperkenalkan diri sebagai isteri dan sebaliknya.

Maya membaca syarat tersebut dan terus mendapat idea.

"Syed Adam, kau belum tahu siapa Maya Rosa. Kau ada syarat. Aku pun ada"

Maya merangka syarat-syarat untuk Syed Adam patuhi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience