Bab 12- Home Sweet Home

Romance Completed 28135

Maya bangun apabila terdengar suara azan berkumandang. Dia cepat-cepat lari ke arah biliknya untuk menunaikan solat Subuh. Maya terus mendapatkan tuala dan menuju ke bilik air.

Sedang dia memberus gigi, tiba-tiba ada pelukan dari belakang melingkari pinggangnya.

"Mama, ada pencuri" jerit Maya.

Adam cepat-cepat menutup mulut Maya, takut didengar oleh kedua ibu bapanya.

"Sayalah Adam, suami awak. Apa? Lupa.. Puan Maya dah bersuami" kata Adam.

Maya terkejut, " ya, dia sudah berkhawin". Maya meneruskan gosokan giginya. Adam melepaskan pelukan dan turut serta dalam acara memberus gigi.

"Why you sleep at Mak Yam room last night?" Kata Adam sambil mencuci muka.

"Eerrrr.... entahlah. saya pun tak tahu" kata Maya, dia tiada alasan yang kukuh sebenarnya.

"Abang maafkan Maya, tapi dengan syarat mulai sekarang, panggil saya Abang. Faham?!" arah Adam.

"Senang. Okay!" kata Maya.

"Adam.. ehh sory sory abang.. boleh keluar tak? Saya nak mandi" kata Maya.

"Nope, kita haruslah menjimatkan penggunaan air. Marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk menjimatkan air" kata Adam sambil tersengih .

"Are you crazy? Go out from here. Remember, syarat saya nombor dua. Jangan paksa saya" kata Maya.

Adam terus memuncungkan mulutnya sambil jari telunjuknya kiri dan kanan bertemu, "tapi, bunny. Seruan kerajaan itu penting, kita kena jimatkan air" kata Adam.

"Saya mandi tak bazir air, Encik Syed Adam. Now, go. Nanti terbabas kita solat Subuh. Saya mandi dulu" arah Maya sambil menolak Adam keluar dari bilik mandi.

"Bunny, seruan kerajaan macam mana?" kata Adam sambil depan mukanya ditutup pintu.

"Sabar Adam, sabar...... ini rumah dia, tunggu rumah kau, hehehehhe" ketawa jahat bergema di hati Adam.

Adam meminjam bilik mandi tetamu untuk membersihkan diri. Selepas Adam mebersihkan diri, Adam masuk ke bilik Maya dan kelihatan Maya sudah bersedia dengan telekung dan sejadah untuk dua orang. Pertama kalinya dia akan menjadi imam.

Selepas sembahyang Subuh, Adam membacakan doa dan selepas mengaminkan doa. Adam berpusing untuk bersalaman dengan Maya. Maya terpaksa menyambut tangan Adam dan menciumnya. Adam terus mencium dahi Maya, kedua pipinya, dan ingin terus menerkam bibir Maya namun, Maya menghalang mulut Adam dan berkata, "Jangan paksa saya cakap... ingat syarat nombor dua. ye bang..." ugut Maya.

Adam sudahpun menarik muka dan terus mengemaskan sejadahnya. Selepas itu, Adam menarik tangan Maya dan mencabut telekung Maya dengan berhati-hati. "Bunny.. pack your things, okay?, hari ni kita pergi rumah abang" kata Adam.

Saat itu tekak Maya terasa kering. Di rumah ini, boleh lah dia mengelak. Rumah Adam? masak-masak.

"Remember, i follow your syarat, but your must follow mine also, okay bunny?" kata Adam.

"Jauh tak rumah awak.. ehh abang?" soal Maya.

"Rumah abang dengan rumah mak bapa Maya tak jauh, lebih kurang sejam dua jam jugalah" terang Adam.

"Tak jauh abang cakap. Jauh lah... Abang tak boleh ke tinggal dekat sini, kesian mak bapa Maya" pujuk Maya dengan gaya keanak-anakkannya.

"Alololo, jangan risaulah. Abang janji dua minggu sekali, kita tidur sini" kata Adam

"Betul ni?" kata Maya.

"Betul, Bunny"kata Adam.

"Okay, kena pinky promise dulu" kata Maya sambil menghulurkan jari kelingking untuk ditaut bersama jari kepunyaan Adam.

"Apa kebenda lah ni bunny, abang bukan budak kecil tau, ada cara orang dewasa buat promise tau" kata Adam.

"Ada ke? Tak pernah dengar pun" kata Maya berfikir.

"Ada", Adam berdiri terus mencapai kepala Maya dan dikucup sekijap bibir Maya.

"Okay, macam tulah orang dewasa buat promise. Hehehehhe" kata Adam sambil kakinya menapak ke luar bilik.

"Syed Adam Ismail!!!!!!!!!" jerit Maya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience