Bab 27- What you give you get back

Romance Completed 28135

Tepat jam 5, selesai perbincangan mereka. Minggu depan mereka akan melihat lokasi tempat projek mereka.

"So, that's it. See you tomorrow Shukri and Miss Rosa" kata Adam.

"Ya, bro. See you tomorrow. Jom Maya" kata Shukri

Adam melihat mereka keluar dari bilik mereka. Sememangnya dia sentiasa menantikan saat-saat dia bersama Maya lagi.

Maya dan Shukri sampai di rumah Maya. Maya mengajak dia makan malam bersama di rumah malam ini.

"Siapa masak ni?" soal Shukri.

"Mayalah. Siapa lagi?" kata Datuk Ehsan.

"Sempat dia, balik kerja terus masak. Sedap saya tengok Uncle" kata Shukri.

"Dah makanlah, kalau Abang puji, sejuk lah makanan Maya ni, abang baca doa" arah Maya kepada Asyraff.

Setelah mereka semua sudah menikmati makan malam. Datuk Ehsan dan Shukri bercerita di luar. Dilihat Maya sedang mengajar ketiga-tiga anaknya.

"Boleh anak Maya adapt persekitaran dekat sini, Uncle?" tanya Shukri.

"Boleh. Mereka ni macam mama mereka juga. Senang menerima. Errr, Shukri boleh tolong Uncle tak?" tanya Datuk Ehsan.

"Apa dia Uncle, insha Allah saya bantu" kata Shukri.

"Tolong cari jalan pertemukan mereka dengan papa mereka" kata Datuk Ehsan.

Shukri terkejut dengan permintaan tersebut terus melihat ke arah kembar. Ya, dia faham perasaan Datuk. Sampai bila mereka tidak mengenali papa mereka.

"Saya akan usahakan Datuk. Saya faham perasaan Datuk, tapi Maya.. Macam mana?" kata Shukri

"Kita tak perlu bagitahu, biar kita berdua sahaja yang tahu. Boleh kan Shukri?" kata Datuk.

"Boleh Datuk. You have my words" kata Shukri.
*****************

Keesokannya, Maya dan Shukri seperti biasa ke pejabat milik Adam. Mereka masuk ke bilik meeting dan kelihatan Linda dan Adam menunggu mereka.

Perbincangan dilakukan seperti biasa dan mereka professional dengan kerja mereka.
Tiba di waktu rehat, tiba-tiba Linda bersuara,

"So, Cik Rosa, best ke kelmarin dengan Encik Adam. Yalah, saya kan tak masuk kerja" kata Linda

"Lindaa...." Adam menegur Linda. Takut mereka bertikam lidah.

"Tak ada yang menarik Cik Linda. Setakat Encik Adam, baik saya bercinta dengan Shukri. Bukan hak orang. Buat apa nak ambil hak orang" kata Maya, melawan.

Shukri tahu kata-kata dari Maya bukan bererti dia menyukainya namun sekadar untuk membalas kata-kata Linda

Adam pula terasa sakit hati apabila nama Shukri disebut Maya.

Sedangkan Maya sedang merancang untuk memanaskan lagi hati Linda "kau tunggu Linda.. sekijap lagi, naik angin lah kau tu, kijap ye" getus hati Maya.

Setelah berehat seketika. Mereka berbincang lagi, secara tiba-tiba Maya mendekati Adam dan berlakon ingin terjatuh. Tiba-tiba Adam menyambutnya. Dirangkulnya badan Maya dalam dakapan dan tangan Maya melingkari leher Adam.

"Cik Rosa tak apa -apa?" kata Adam, jantungnya berdegup sangat kencang.

"Owh, tak apa Encik Adam, mungkin saya tersilap langkah tadi" kata Maya manja.

"Err, Encik boleh tolong saya nak berdiri" lama sekali rangkulan Adam itu.

"Err.. maaf Cik Rosa" kata Adam.

"Woiii betina.. Kau apasal arr, buat-buat jatuh. Kau ingat aku tak nampak ke ?" jerit Linda.

"Linda... dia tak sengaja. See, this carpet make her" kata Adam, takut Maya diapa-apakan.

"Betina tak guna, aku punya juga kau nak. Kurang ajar" Linda mendekati Maya dan ingin menampar Maya.

Namun tangan Linda ditahan oleh Maya, "well, Encik Adam ini boleh tahan juga orangnya ye, Badan tough, i like.. Jangan lah marah Cik Linda. Belum lagi suami u kan. So, saya pun boleh buat apa sahaja" kata Maya.

"Like yesterday, when you flirt with my ex husband. So, what you give you get back" bisik Maya.

Linda terkejut dengan keberanian Maya hari ini. Dia bukan lagi budak..

"Don't you dare take Adam from me" jerit Linda

"Maya , Linda.. Dah lah tu. Penat lah saya tengok korang ni. Maya tak sengaja kan. Saya pun tengok dia nak terjatuh" kata Shukri

"Fine... tapi, kau jangan ingat aku senang-senang bagi Adam dekat kau" jerit Linda lalu keluar dari bilik tersebut.

"Okaylah, i nak balik. See you next week Encik Adam, dan terima kasih sambut saya tadi" kata Maya dengan senyuman sinisnya.

Shukri dan Adam bersalaman, sempat Adam berkata, "Shukri, sorry pasal tadi. Bagitahu Maya. Aku minta maaf bagi pihak Linda"

"It's okay bro. See you next week" kata Shukri.

Adam mengingat kembali adegan dia dan Maya. Hampir dia ingin mencium Maya sebentar tadi. Namun, jeritan Linda menyedarkan dia.

"My bunny" tersenyum dia mengingat Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience