Bab 17- Intern dah habis

Romance Completed 28149

Hari ini merupakan hari terakhir mereka intern. Ada jamuan diadakan di syarikat untuk mereka berdua. Maya dan Misha diberikan peluang untuk memberikan ucapan penghargaan kepada syarikat.

Bila tiba waktu Maya, renungan Adam kepada tidak berkutik. Nad menegur bosnya kerana Maya gugup di atas pentas.
"Bos, kawal sikit. Kesian isteri bos itu. Dari tadi aa...a...a.." tegur Nad.

Adam sudah tersenyum, "isn't my wife is so cute?" tanya Adam kepada Nad.

"Ye. Bos, dari surat permohonan lagi kan, saya dah cakap. dia cantik. Bos tak percaya" kata Nad.

Setelah selesai jamuan, Maya menunggu di bustop kerana menurut Adam mereka akan pulang ke rumah ibu bapanya malam ni. Cuti 3 minggu dan kemudian bermula lah kehidupan mereka sebagai pelajar.

Adam memberhentikan keretanya di bustop dan Maya menaiki kereta tersebut. "I am gonna miss my pantry and tingkat empat" kata Maya.

"Aik, Bunny rindu itu je, Abang ni?" tanya Adam.

"Abang jahat, adakah tawarkan Maya jadi tea lady dan cleaner?" soal Maya.

"Abang tak nak bunny rapat dengan pekerja lelaki sana. Lagipun, Bunny kalau pakai office attire, boleh buat abang sakit jantung tau" kata Adam.

"Yelah tu" kata Maya.

Mereka sampai di rumah kedua ibu bapanya. Maya dan Adam menyalam tangan kedua ibu bapanya.

"Tahniah Maya, habis dah intern" kata mamanya.

"Tahniah anak bapa, so cuti tiga minggu kan. Jom pergi syarikat bapa" terang bapanya.

"No problem pa, tapi bagi Maya cuti dulu ye. Nanti ada masa Maya pergi office bapa" terang Maya.

"So, habis ni tinggal satu sem lagi lah kan, terus Maya nak sambung belajar ke atau kerja dengan bapa?" tanya bapanya lagi.

"Kalau itu, Maya kena tanya Abang Adam dulu pa, macam mana?" kata Maya sambil melihat ke arah Adam.

"Terpulang dengan sayang. Nak belajar ataupun nak kerja dengan papa. Jangan kerja dengan abang, nanti abang kerjakan Maya. hehehehhe" kata Adam.

"Sempat pula kamu ye Adam"usik Datin Mariam.
**********
Malam.

"Bunny, nak kerja atau nak sambung belajar?" tanya Adam.

"Kalau ikut Maya, Maya nak kerja setahun dua baru sambung belajar" luah Maya.

"Okay.. boleh Bunny." kata Adam.

Dia mengemaskan pelukannya dengan Maya. "Bunny.. pernah naik kapal terbang tak?" soal Adam tiba-tiba.

"Pernah lah. Apa pula tak pernah, tapi kan semenjak belajar ni, Maya jarang keluar. Belajar je kerja Maya" adu Maya.

"Kesian...nak naik kapal terbang tak?" soal Adam lagi.

"Nak..nak.." comel Maya.

"Jom, abang bawa Maya terbang"bisik Adam di telinga.

Mengertilah Maya bukan terbang itu dimaksudkan, ini terbang lain.

"Pandai betul kan abang ini" kata Maya.

"Syhhhh...... pilot Adam is ready on service" bisik Adam lagi.
***********************

Pagi itu, Adam bersiap ke pejabat miliknya. Maya ditinggalkan di rumah mama dan bapanya. Sebenarnya saja Maya tidak memberitahu bahawa hari ini dia akan masuk ke pejabat bapanya. Dan juga, pada hari ini mereka akan bermesyuarat bersama.

Adam sudah berangkat ke pejabat. Manakala Maya juga akan berangkat ke pejabat bapanya.

Ketika sampai ke pejabat bapanya. Maya terus berjumpa dengan bapanya.

"Welcome Maya Rosa, satu-satunya waris bapa dalam syarikat ini" terang bapanya.

"Sebenarnya bapa nak berterus terang dengan kamu, syarikat bapa tak pernah muflis pun, itu cuma alasan untuk kamu khawini Adam, maafkan bapa, nak" terang Datuk.

"Well, actually.. Adam dah bagitahu semuanya. Maya faham kenapa bapa buat semua ini, dahlah.. Maya pun cintakan suami Maya itu" kata bapa.

"Dah, jom bapa kenalkan dengan semua staf di sini" kata Datuk Ehsan mengiringi Maya.

Tepat jam 10, Maya akan bermesyuarat dengan syarikat lain bersama syarikat suaminya. Cuma, suaminya tidak mengetahui bahawa dia yang akan mempengerusikan mesyuarat ini. Kelihatan syarikat Encik Shukri dan suaminya sudah masuk di bilik mesyuarat.

"Now, Maya. it's time to make a move" pesan Maya dalam hatinya.
*************

Adam dan Shukri berbual-bual sementara menunggu Datuk Ehsan masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Dam, aku dengar anak Datuk Ehsan lawa. Umur 20, aku ni umur 29 tahun. Uish sesuai. Ni yang nak kena tackel bapa dia ni" kata Shukri.

"Kurang asam punya budak, bini aku juga yang kau nak"getus hati Adam.

Masuk seseorang ke bilik mesyuarat menyebabkan kedua-dua lelaki itu berdiri.

Maya masuk dengan yakinnya, "why this gentleman stand up, please take a seat" ulas Maya.

Shukri sudah tersengih melihat Maya manakala Adam terkejut melihat Maya.

"Anyway, it's pleasure to see the man who work with my father. My name is Maya Rosa" terang Maya.

Adam menyambung dalam hati, "and i'm wife to Syed Adam, damn.. menyesal pula aku pergi buat syarat tak guna itu, kena cancel ini syarat, nanti aku bincang dengan Maya" getus hati Adam.

"Adam.. adam... kau mengelamun apa, cepatlah kenalkan diri kau, Cik Maya dah tunggu tu" kata Shukri.

"Saya Syed Adam. that's all" itu sahaja kata Adam, hatinya masih sakit dengan syarat yang dia buat sendiri.

Maya mulai menerangkan mesyuarat mereka pada hari ini. Adam hanya melihat Maya dengan baju officenya. Jantung berdegup kencang melihat potongan badan Maya ketika itu. Dia tidak fokus dengan penerangan Maya berikan. Keyakinan isterinya itu dia cukup kagumi.

Namun, dia sakit hati dengan lelaki di sebelahnya.. tak habis habis dengan Cik Maya Cik Maya...kurang asam punya Shukri. Bini aku tu! Bini aku!!! bentak dalam hati Adam.

Mereka menghabiskan mesyuarat pada jam 12 tengah hari. Shukri mengajak Maya dan Adam untuk lunch bersama namun ditolak oleh mereka berdua. Kemudian, setelah Shukri meninggalkan bilik tersebut. Ketika Maya juga ingin meninggalkan bilik tersebut. Tangan Maya ditarik oleh suaminya dan Adam cepat-cepat mengunci pintu bilik tersebut. Adam mengangkatnya dan meletakkannya di meja di bilik tersebut.

"I think we need to cancel our syarat, bunny" terang Adam tak puas hati.

"Why?" tanya Maya.

"Sebab, susah ... banyak nak masuk line dengan Maya.. Abang tak sanggup" adu Adam.

"Boleh, tapi kita kena bersanding abang, supaya semua orang tahu" kata Maya.

"Baik, on my list. Sebagai denda tak minta izin abang nak pergi kerja...."kata Adam. Adam mengangkat Maya di sofa berdekatan.
*****************
"Adam Maya, buat apa lama-lama dekat bilik mesyuarat tu, bapa tengok Shukri dah lama balik" terang Datuk.

"Tak de bapa, kita orang kemas-kemaskan sikit bilik itu, bersepah" terang Maya.

"Ye pa, kita orang angkat je langsir ,tu fuhhh banyak nyamuk di sebalik langsir. Tahu lah kan, nyamuk suka tempat gelap-gelap ni" terang Adam.

"Yelah, terima kasih. Adam bawa balik Maya ye, bapa nak pergi jumpa pekerja bapa" kata Datuk Ehsan meninggalkan mereka.

Sebelum itu, sempat Datuk Ehsan berkata, "Lagi satu Adam, sapu ubat dekat leher Maya tu, teruk sangat kena gigit nyamuk, hehehhehe" usik Datuk Ehsan.

Maya dan Adam sudah termalu namun tidak semalu Maya. Maya terus mencubit paha Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience