Bab 21-Move on

Romance Completed 28135

Datuk tersedar di hospital ditemani Maya dan Datin Mariam.

"Abang, abang dah sedar?" kata Datin Mariam.

"Anak kita mana Yam?" tanya Datuk Ehsan.

Maya pergi meluruh ke arah bapanya.

"Maya, maafkan bapa, sayang. Bapa ingatkan kamu akan bahagia dengan Adam. Bapa silap sayang. Bapa silap" kata Datuk Ehsan.

"Biarlah bapa, Maya pernah bahagia dan kini tidak lagi" kata Maya.

"Macam mana dengan kandungan Maya?" tanya Datin.

"Mama bapa, Maya harap kita bertiga rahsiakan pasal ni, dan Maya minta izin dengan bapa dan mama untuk pergi ke luar negara, nak sambung belajar. Dan buktikan kepada Syed Adam, orang yang dia panggil budak ini, akan menyesal. Maya akan berjanji akan kembalikan balik maruah keluarga kita" kata Maya.

"Bapa izinkan Maya, bapa izinkan" kata Datuk Ehsan.

"Nanti, tiba masanya, Maya akan ambil syarikat bapa. Dan, buktikan syarikat kita bukan main taktik kotor. Maya akan kembali di syarikat itu, bapa" kata Maya.

Datin Mariam sudah menangis namun ada betulnya kata Maya, dia perlu memulihkan kembali maruah keluarganya.

"Maya tahukan, talak yang diucap Adam tak sah?" kata Datin.

"Tahu mama, tapi.. sekarang Maya tak nak fikir pasal dia dah" kata Maya.

"So, which country do you want to go?" kata Datuk.
*********************

Lapangan Terbangan KLIA

"Maya jaga diri, nanti kalau dah masa nak beranak, mama dengan bapa akan ke sana" pesan mamanya

"Baik ma" kata Maya.

"Kalau Maya ada apa-apa perlukan sana, bagitahu bapa. Belajar rajin-rajin ya nak" pesan bapanya.

Kelihatan Shukri juga menghantarnya di KLIA, sempat Maya menitipkan pesanan kepada Shukri.

"Saya harap Abang Shukri rahsiakan pasal kehamilan saya dengan Adam. Dia dengan saya dah tak ada apa-apa. Tolong jaga syarikat dan tolong jaga mama bapa saya. Saya pastik akan kembali di syarikat bapa, boleh kan?" pesan Maya.

"Baik Maya, abang akan jaga apa yang Maya suruh. Maya call abang tau, abang risau, jaga anak buah abang dalam perut ni dan Maya jaga diri. Abang tahu Maya kuat" pesan Shukri.

"Kita akan jumpa enam tahun akan datang, doakan Maya" pesan Maya kepada mama bapanya dan Shukri.

Maya akan pergi ke United Kingdom untuk meneruskan pelajarannya.

Shukri berkata dalam hati, "Maya, abang akan tunggu Maya. Jaga diri sayang." dia memang jatuh cinta dengan Maya dari dulu dan kini peluangnya untuk membuatkan Maha jatuh cinta dengan nya.

Maya pergi meninggalkan keluarganya dan Shukri.
....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience