Bab 2- Intern Begins

Romance Completed 28149

Skirt dan blazzer hitam dipadankan. Rambut Maya yang ikal mayang diikat menjadi sanggul ala-ala pramugari. Hari pertamanya memulakan intern. Teringat pesan bapanya semalam, " kau pakai lawa-lawa sikit, Maya. Kalau boleh kau pikat hati dia, ingat! kau ke sana untuk tahu semuanya dan hantar segalanya dekat aku." pesan bapanya.

Sebelum tidur, Maya sempat membuat sedikit pencarian mengenai bosnya kelak.

Nama penuh: Syed Adam Ismail.
Umur: 30 tahun
Status : Bujang.
Pekerjaan : Pengarah Syarikat xxxx

"Gila, tua .Umur aku baru 20 tahun, beza kami 10 tahun" kata hati Maya. Sedikit lagi latar belakang Syed Adam ialah beliau anak yatim piatu. Getus hati Maya, "kesian , patutlah sampai sekarang bujang. Mungkin workaholic person".

Pagi ini Maya agak sedikit gugup. Takut, Gelisah. Semuanya bercampur baur dalam satu perasaan. Maya sampai di syarikat itu sekitar jam 7:50 pagi. Terdapat seorang lagi bersamanya intern, Misha namanya.

Tepat jam 8 pagi, pembantu Nad pergi mendapatkan kedua internnya. Namun yang peliknya, Maya disuruh tunggu dalam bilik bos manakala Misha sudah berada di bahagian permasaran.

Maya meneliti bilik bosnya ini, Simple but nice getus hati Maya. Kedengaran pintu dikuak dari luar. Maya cepat-cepat berdiri. Kelihatan Adam dan Nad masuk ke bilik.

"Encik Syed, ini Maya Rosa, our intern Maya, this is our bos, Encik Syed" Nad memperkenalkan mereka berdua. Syed dengan pandangan helangnya meneliti pemakaian Maya ketika itu. " Boleh tahan anak musuh aku ini, stok isteri" gumam hati Syed.

Manakala Maya hanya memacakkan kakinya ibarat terlekat di lantai.

"Encik Syed, i m leaving now" izin Nad.

"So, Maya... come sit down" basa -basi Syed.

"Baik Encik Syed", duduk Maya.

Syed membuka file di hadapannya terus bertanya kepada Maya, "So, Maya Rosa. Kenapa tak intern dekat syarikat papa awak? Ke papa awak hantar awak ke sini untuk musnahkan syarikat saya?"

Terkejut Maya dengan pertanyaan tersebut namun tidak melatah.

"So, Encik tahulah saya anak Datuk Ehsan?" tanya Maya.

Syed dengan senyuman sinisnya, "Of course, Datuk Ehsan? Siapa tak.kenal kan?"

Maya dengan beraninya menjawab, " You know what, Encik Syed. I didn't even care what's going on between you and my father. Saya datang sini nak intern, nak cari pengalaman"

Syed dengan pandangnnya melihat muka Maya. Sedikit merah.

"Baiklah, tapi pekerja kami dah penuh. Cuma, ada satu pekerjaan lagi yang kosong, awak sanggup tak?" kata Syed.

"Seperti yang saya katakan, saya nak cari pengalaman." cabar Maya.

"Good. Sebelum saya bagitahu kerja apa, please sign here" kata Syed.

Maya tanpa membaca terlebih dahulu terus sign kerana marah kepada lelaki di hadapannya.

"So, what's next?" kata Maya.

"Congrats and welcome to Syarikat xxx , tea lady and cleaner" kata Syed sinis.

Terbulat mata Maya mendengar pekerjaan yang akan dia lakukan selama 6 bulan
" Tea lady and cleaner? Dang! "

"Lain kali baca sebelum sign, Cik Maya. Surat ni bagitahu kalau awak cuba-cuba menolak pekerjaan ini, awak akan disaman" terang Syed.

Maya tahu dia tidak boleh buat apa-apa. Tapi, dia bertekad. Dia akan tunjukkan kehebatan siapa Maya Rosa.

Maya Rosa melemparkan senyuman manis kepada Encik Syed. "Baik Encik Syed, saya menurut arahan"

Maya bingkas bangun dan keluar mendapatkan Nad untuk membantunya.

Syed tergamam dengan tindakan Maya sebentar tadi dan senyuman itu mengingatkannya kepada seseorang.

Maya berjaya mendapatkan Nad dan Nad terkejut dengan jawatan yang diberikan oleh Encik Syed.

"Baiklah Maya, kalau itu yang Encik Syed minta awak lakukan, sini saya ajar awak" kata Nad.

"Terima kasih Kak Nad" aksi comel Maya kepada Nad.

"saya tahu awak anak Datuk Ehsan, tapi awak kena ingat. Kita kerja biar dari bawah, Supaya kita merasa semua pekerjaan" kata Nad memberikan semangat kepada Maya. Dilihatnya Maya seorang budak yang baik.

"Baiklah, jom kita mula kerja" kata Nad kepada Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience