Bab 42- Ke rumah lama

Romance Completed 28145

Selepas seminggu kejadian itu berlaku, hubungan Maya dan Adam sedikit rapat berbanding dahulu Setiap kali lunch, Adam akan datang ke pejabat dengan harapan dia dapat makan dengan isterinya. Entah, kenapa Maya rasakan Adam sudah mengingatinya, kenangan mereka namun apabila ditanya Adam cuba berkata, "seperti deja vu, macam pernah buat". Namun, Maya tidak berputus asa.
*********
"Errr... Abang, esok boleh tak abang ikut Bunny ke suatu tempat?" kata Maya di bilik mereka, ketika itu anak-anak juga sudah tidur.

"Nak ke mana?" tanya Adam, sambil tangannya mengetatkan pelukan di badan Maya.

"Tempat yang boleh mengingatkan Abang tentang kita" kata Maya.

"Okay, tapi malam ni.. Abang nak" kata Adam.

"Nak apa?" soal Maya.

"Hushhhhhh..." Adam mendiamkan dia dengan ciuman sambil tangan membuat kerja.
**************
Pagi itu, Maya menyediakan beberapa helai pakaian anaknya. Mereka akan tinggal bersama Shukri beberapa malam.

"Asyraff, jaga adik-adik tau! Jangan susahkan Uncle Shukri dengan Aunty Karla" pesan Maya kepada anak sulungnya manakala Aziq dan Lily di belakang menganggukkan kepalanya.

Di ruang tamu, rancak berbual pasangan sehati sejiwa Karla dan Shukri. Maya turun bersama beg ketiga-tiga kembar tersebut. Maya duduk di sebelah Adam.

"So, abang Shukri bila nak kahwin ni?" soal Maya.

"Insha Allah, hujung bulan ni. Dah balik kampung Karla pun, kan baby?" kata Shukri.

"Biy, janganlah panggil baby depan mereka, malu" Karla sudah menutup mukanya yang merah.

Adam dan Maya ketawa melihat pasangan di hadapan mereka yang tersipu malu.

"Baguslah tu Shukri, dulu kau nakkan Maya. Tak dapat. Yelah, bini aku kan. Sekarang, tengok kau dah dapat "baby" kau tu" kata Adam.

Maya agak sedikit terkejut dengan kata-kata Adam. Adakah Adam sudah mengingati semula. Hanya dia yang sedar akan percakapan Adam. Shukri pula sudah ketawa dengan lawak Adam.

"She's my baby now, i guess?" soal Shukri sambil merenung Maya.

"Errr... Uncle, maaf bertanya. Kenapa Uncle panggil Aunty Karla baby. Umur dia masih muda ke?" cetus pertanyaan Lily.

Terketawa Adam, Maya, dan Shukri dengan pertanyaan Lily. Asyraff dan Aziq sudah geleng kepala dengan pertanyaan dari adik bongsu mereka.

"Apalah Lily ni. Kan kita panggil Aunty Karla. Mesti dia dah tua" kata Asyraff.

"Lagipunkan, Uncle Shukri kan kawan dengan Aunty Karla, memang dah tua lah tu" tambah Aziq.

Maya dan Adam hanya tersenyum melihat keletah anak-anak mereka.
*******
Setelah kembar dibawa oleh Uncle dan Aunty mereka. Adam dan Maya pula meninggalkan rumah tersebut.

"It's better i drive" kata Maya.

"Okay, no prob maam" kata Adam.

Mula-mula Maya membawa Adam ke tempat dia ditahan oleh Linda. Maya menceritakan segalanya, sampai menangis Maya kerana mengingati tempat mereka berpisah tanpa bersua muka terlebih dahulu. Adam hanya memeluk Maya sewaktu Maya menceritakan semuanya.

"It must be hard for you, Bunny. And i'm so sorry for that" kata Adam.

Kemudian, Maya meluncurkan keretanya ke penthouse kepunyaan Adam. Selepas lif terbuka, Adam dan Maya masuk ke dalam.

"Rumah siapa ni?" kata Adam.

"Ini rumah Abang, sebelum Abang ke luar negara dengan Linda. Abang suruh Maya dan anak-anak tinggal dekat sini" jelas Maya.

"It's that us?" tanya Adam sambil menunjuk ke arah gambar pernikahan mereka.

"Ya. Itu kita. Kita dulu hanya bernikah je. Sebab abang tak nak semua orang tahu" kata Maya.

"Dan sebelum kita kahwin dulu, masing-masing kita ada syarat" kata Maya.

"Syarat apa?" soal Adam.

"Syarat untuk Married" balas Maya.

"Syarat dia ialah......?" tanya Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience