Bab 15- First night?

Romance Completed 28135

Setelah habis makan dan mencuci piring. Maya dan Adam terus mengemas barang Maya dan diletakkan di wardrobe. Apabila tiba di bahagian pakaian kecilnya, cepat -cepat Maya menyuruh Adam keluar dari wardrobe tersebut.

"Abang, please lah keluar. Maya malu lah" kata Maya.

"Nak malu apa, kita kan dah suami dan isteri." kata Adam sambil tersengih.

"Abang please lah.. abang sayang Maya tak, cinta Maya tak. Kalau sayang cinta, please keluar" rayu Maya. Tahap malunya sudah sampai ke tahap tinggi.

" Hahahaha. okaylah bunny" kata Adam. Adam keluar dari wardrobe tersebut. Maya meneruskan pekerjaannya. Setelah selesai semua, Maya berbaring di sofa yang ada di wardrobe tersebut untuk berehat dan tidak disangka dia tertidur.

Adam masuk ke wardrobe nya sambil melihat Maya tertidur. Adam terus mengangkat bininya yang kecil itu menuju ke katil.

Adam membaringkan Maya dan mengambil patung kegemaran Maya dan meletakkan di lengan Maya untuk dipeluknya. Adam mengusap rambut Maya yang jatuh di mukanya. Dan merapatkan Maya di dadanya dan memeluknya. Adam turut tertidur sekijap bersama Maya.
***********
Malam itu, mereka hanya makan ala kadar sahaja. Kerana masing-masing menjaga badan.

Tadi lepas bangun, sempat Adam dimarah Maya kerana kononnya Adam mengambil kesempatan. Namun, Adam dengan muka selambanya mengangkat Maya ke bilik mandi untuk mengambil wuduk untuk solat Zohor.

Selepas makan, Maya dan Adam menonton televisien bersama. Cerita Titanic menjadi pilihan Adam. Apabila sampai ke babak yang tidak sepatutnya, Maya terus menukar rancangan ke astro Cartoon Network. 616.

"Bunny, kenapa tukar?" bentak Adam.

"Maya tak sesuai tengok cerita tu abang" kata Maya.

"Apa pula tak sesuai. Maya kena belajar" kata Adam.

"Abang gila ke apa?" tanya Maya. Terus Adam merampas alat kawalan jauh dan babak yang sepatutnya ditonton Maya habis. Kini, adegan menyelamatkan diri. Adam terus berkata, " tengok tu, dah habis dah babak itu"

"Baguslah, sekurang-kurangnya Maya belajar menyelamatkan diri pula, hahahahha" balas Maya.

Adam dalam hati, " kurang asam punya budak. Aku baru nak romantik-romantik dengan dia. Tak pe, esok aku potong channel kartun tu, biar dia tak dapat tengok. Hehehhe" kata Adam dengan rancangan jahatnya.

****waktu tidur*****

"Bunny, can i get that tonight. Please" rayu Adam.

"No. Tak boleh" kata Maya.

Mereka kini berada di katil. Menghadap antara satu sama lain.

"Bunny.... please..." rayu Adam sambil menjalankan kerja tangannya di badan Maya. Diusapnya belakang Maya.

Maya hanya diam walaupun hatinya mendebar hebat. Dia takut dia hanyut. Namun, ada masalahnya yang menyebabkan dia tidak mahu memberinya kepada Adam.

Adam terpaksa melakukan perkara gila. Dia terus berada di atas Maya, dan mencium leher Maya. Maya yang ketika itu kegelian cuba menahan Adam.

"Abang. listen.... Maya datang period" terang Maya.

Terhenti perbuatan Adam, "What??? Bila? ke bunny tipu abang?" bentak Adam.

"Baru tadi, waktu Maya berus gigi" sengih Maya.

Adam terus turun dari badan Maya dan terus menyelimutkan kepalanya. Memang bukan rezekinya malam ni. Adam berkata dalam hati, "dahlah semalam tak dapat, tengok Titanic pun tak dapat feel, baru nak senang-senang dia pula.period"

Maya melihat keadaan Adam dalam.selimut terus memasukkan kepalanya dalam selimut juga. Dia rasa bersalah dengan Adam.

"Abang.. i'm sorry. Maya janji lepas period, i'm trying to do. Okay?" pujuk Maya.

Adam terus memandang Maya. "it's okay bunny. Abang tak paksa pun. Jangan rasa bersalah. Dah, jom tidur. Abang peluk Maya tau. Boleh kan?" izin Adam.

"Okay, boleh" Maya memberikan keizinan. Adam memeluknya dan Maya juga membalas. Tidak dilupa patung kepunyaan Maya di tengah-tengah mereka.

Mereka pun tidur......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience