Bab 38- Bunny

Romance Completed 28135

Hari itu Maya pulang awal dari kebiasaannya. Bukan apa, hari ni dia akan memasak. Semoga dari makanan, Adam akan mengingati dia. Hari ni dia akan masak Tom Yam Ayam dan sayur kailan. Juadah pertama mereka setelah bergelar suami isteri. Tu pun, Adam yang masakkannya. Hari ni, dia pula yang akan memasaknya. Setelah menukar pakaian, Maya tidak memakai tudung, rasanya Adam akan balik pada jam 5 petang.

Sememangnya Maya takut buka tudungnya di hadapan Adam. Bukan apa, dia tidak selesa. Lagipun, Adam kini bukan lagi Adam suaminya. Hanya sekadar Adam.

Dia bekerja di dapur. Rambutnya yang panjang diikat tinggi dan disanggulnya. Dia memasak sambil bernyanyi lagu Sheila On 7, Dan.

"Dan...."

"Dan bila esok, datang kembali"

"Seperti sedia kala di mana kau bisa bercanda...

c/o
"Lupakan lah saja diriku, bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala.

Selepas habis menyanyi lagu, Maya ingin mengambil garam untuk menambah perisa ke dalam tom yam ayamnya namun terkejut bila Adam merenungnya di pintu dapur. Terjatuh senduk yang dipegang.

"Owh, Adam... err, bila balik?" tanya Maya. Menutup gugupnya.

"Baru je, sempatlah tadi dengar orang buat konsert" kata Adam sambil mendekat. Maya terperangkap apabila Adam mengepung dia dengan tangannya.

"So, macam ni rupa awak ye kalau tak pakai tudung?" kata Adam sambil melepaskan sanggul tingginya. Terjatuh lah rambut Maya menutup mukanya. Adam membuka rambutnya dari menutup muka Maya.

Alamak.. Maya teringat dia tidak memakai tudung.. Dia meraba-raba rambutnya. Adam mengenggam tangan Maya menghentikan perlakuannya.

"You are so beautiful, Maya. Now i know why i fall in love with you. Boleh tak lain kali jangan pakai tudung.. You hair... so nice" kata Adam.

"Err.. Adam, please... Stop" rayu Maya.

Adam mendengar suara Maya tiba-tiba tergoda dengan suara rayuan Maya. Tiba-tiba dia mencium leher gebu kepunyaan Maya. Entah kenapa Adam merasakan dia selesa membuat begitu.

"Adam.. stop, remember.. Karla!" jerit Maya sedikit.

Adam menghentikan perbuatannya dan dia meraup mukanya. Lalu, dia merenung tajam Maya.

"Maya... or should i call you Bunny? hemm" kata Adam.

Maya tersentak dengan panggilan itu. Cuma, dia tahu panggilan itu bukan seperti dahulu.

Adam mendekati Maya semula dan berbisik.

"You have six months to make me in love with you again Bunny, i dare you and i give you a chance to prove it to me. Shukri dah cerita semuanya. Kalau misal kata dalam masa 6 bulan, kita tak jatuh cinta. So, i say. Hubungan kita sampai sini sahaja" bisik Adam di telinga Maya.

"Mama papa" jerit kembar.

"Hai triplets. Jom makan, mama dah masak itu" Adam memimpin tangan kembarnya ke meja makan. Sempat Adam memandang ke arah Maya.

"It's now or never Maya" getus hati Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience