Bab 37- Adam dan Shukri

Romance Completed 28135

"Bunny, sini" kata Adam.

"Abang, tunggu... Maya penat ni" kata Maya. Maya mengejar Adam dan akhirnya Maya dapat memeluk Adam

"Abang, rindu dengan abang. Sangat" kata Maya.

"Abang pun, listen Bunny. Make sure yang Bunny ingatkan pasal kita semua ye. Kenangan kita dan semua" bisik Adam

"Awak.. awak.." kata seseorang
*******
Dia terbangun meraup wajahnya. Maya bermimpi lagi.

"Awak okay tak? Saya dengar awak meracau tadi" tanya Adam risau.

Maya melihat Adam. Dia terus memeluk Adam. Adam terkejut namun hanya membiarkan perlakuan Maya. Entah kenapa dia rasa tenang dengan pelukan ni.

"Just give me a second to hug you, please" tangis Maya. Adam hanya diam seperti patung. Setelah Maya reda, Maya terus berdiri dan mengelap air matanya.

"Thanks Adam" kata Maya.

"No prob, anyway. Hari ni saya ingat saya nak jumpa Shukri lah. Banyak benda nak cerita dengan dia. Lama tak jumpa dia" kata Adam, matanya ceria.

Maya bersiap dengan telekung di badannya. Setiap Subuh, inilah rutinya dan kembarnya untuk solat bersama. Asyraff yang selalu menjadi imam kerana datuknya mengajarnya untuk menjadi imam. Ketika Asyraff iqamah, masuk Adam di bilik anak mereka.

"Papa boleh join tak?" kata Adam. Dia melihat tadi Maya sudah bersiap memakai telekung dan terus keluar dari biliknya. Dia turut mendengar suara Asyraff iqamah sebentar tadi.

Bercahaya muka mereka berempat, inilah yang mereka harapkan. Bersama semula. Adam menjadi imam kepada isterinya dan anak-anaknya.

Setelah solat, doa dibacakan dan kembar menyalam tangan kepunyaan papanya. Maya pura-pura sibuk melipat telekung.

"Okay, triplets. Go shower, turun makan ye" arah Maya. Kembar terus mandi ke bilik masing-masing. Adam masih menunggu Maya siap melipat sejadahnya.

"Err.... i think you forget something, Maya" kata Adam.

Maya pelik melihat tingkah laku Adam, "Lupa apa?" kata Maya.

"Awak lupa nak salam saya" kata Adam. Adam terus mendekati Maya dan menghulurkan tangannya. Maya terus menyalam dan mencium tangannya.

"Macam tulah" sengih Adam.
**********
Pagi ni Adam bersama Maya menuju ke tempat kerja. Anak-anak dihantar oleh Pak Mat. Disebabkan Maya terlupa membawa kereta. Terpaksa Adam yang menghantarnya lagipun Adam akan berjumpa dengan Shukri, yang dikatakan teman kecilnya.

Sesampainya mereka di bilik Maya. Maya terus menghubungi Shukri untuk masuk ke biliknya.

"Bro, i miss u" kata Adam terus memeluk Shukri.

"Bro, kau dah ingat ke?" kata Shukri.

"Bro, kan kita kawan sewaktu kecil lagi. Linda sekali, tapi sayang. Linda dah meninggal bro. Dia meninggal sebab kanser. Sekarang hanya ada kau dan aku je" kata Adam.

Tahulah Shukri, Adam hanya mengingat dia sebagai teman kecilnya. Shukri terkejut atas perkhabaran bahawa Linda sudah meninggal.

"Errr... bro, banyak benda aku nak tanya ne.. Jom keluar makan jap. Mungkin Maya tak selesa kita dekat sini" cadang Shukri.

"Okay, jom" ajak Shukri. Maya hanya menghantar pandangan kepada mereka berdua.
******

"So, macam mana kau boleh berkerja dengan anak Datuk Ehsan?" tanya Adam.

Semua diceritakan Shukri dan tidak ketinggalan bagaimana dia boleh berkahwin dengan Maya. Semua, ketika dia menyelamatkan Maya dari Linda. Tiada yang tertinggal, dengan harapan bahawa Adam mengingat kesemuanya.

"Shukri, kalau betul lah apa yang kau cerita, kenapa aku langsung tak rasa aku pernah jatuh cinta dengan Maya?" tanya Adam.

"Tu aku tak tahu Adam" getus Shukri.

"Aku sayang dan cinta sangat ke pada Maya tu?" kata Adam.

"Sangat Adam.... sangat. Tolong bagi diri kau dan dia peluang" kata Shukri.

"Anyway, you always call her, Bunny" tambah Shukri lagi.

"Bunny?" Adam berkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience