Bab 34-Berhasil kah usahanya?

Romance Completed 28149

Shukri tahu kini Adam sudah berjaya di brainwash oleh Linda. Adam tidak mengetahui Maya ialah isterinya. Sememangnya betul apa yang dikatakan Adam empat tahun yang lalu.

"Aku pernah nampak Linda buat research pasal brainwash ni, dan aku percaya dia nak brainwash aku untuk lupakan Maya." kata Adam.

"Brainwash ialah istilah untuk seseorang percaya akan sesuatu yang tidak benar dan melupakannya" itulah terang Shukri kepada Maya.

Kini, Maya dan Shukri perlu merangka sesuatu untuk membuatkan Adam ingat kepada mereka.

Namun, bagaimana? Shukri buntu memikirkannya.
*********
Maya melihat gambar nikah mereka berdua. Adakah masih ada perasaan cinta Adam kepada dirinya?. Maya takut kehilangan Adam. Dia tidak mahu kehilangan Adam lagi.

Keesokannya paginya, Hari Sabtu. Cuti, Maya dan anak-anak mengambil peluang untuk berjalan-jalan sekitar bandar.

Di kedai buku, di saat kembar memilih buku untuk dibaca. Maya berada di bahagian buku islamik. Tiba-tiba dia terdengar bahu seseorang.

"Maaf , saya tak sengaja" kata Maya sambil melihat siapakah di hadapannya. Terkejut dia yang dia langgar ialah....

"Maya Rosa.. kita jumpa lagi ye" kata Adam.

"ya. Encik Syed Adam. Maaf pasal tadi, saya tak sengaja" kata Maya.

Adam melihat Maya dari atas sampai ke bawah, walaupun penampilannya tidaklah seberapa namun, wajahnya yang cantik itu sentiasa menjadi perhatian Adam.

"Mama... mama. We find the book" kata kembar serentak. Terpusing Adam dan Maya melihat kembar tersebut.

Ketiga-tiga kembar tersebut terkejut dengan siapa mamanya bercakap.

"Papa.. papa..." meluruh ketiga-tiga kembar ke arah Adam. Maya tidak tahu bagaimana menerangkan keadaan ni kepada anak-anaknya dia.

"Papa, we miss you" kata Asyraff, Aziq dan Lily sudah pun menangis di paha milik Adam.

Adam melutut dan memeluk ketiga-tiga anak tersebut..

"Papa miss you too" kata Adam.

Maya terkejut dengan kata-kata Adam. Adakah Adam sudah mengingati semuanya?.

"Papa, promise. Do not leave us again, kesian mama asyik-asyik mimpi papa" terang Lily.

Adam mengusap rambut Lily, Aziq dan Asyraff masih memeluk Adam.

"Okay, why not you buy a book. Let papa treat you, Okay?" kata Adam.

Kembar tiga tu berlari kegembiraan.

"Cik Maya Rosa. Maaf pasal tadi, Saya cuma kesian tengok anak-anak awak. Mereka rindu papa mereka tu. Lagipun, awak pernah kata muka saya seakan suami awak kan?" terang Adam.

Sakit hatinya mendengar jawapan Adam. Bukan kerana dia sudah ingat namun.. dia cuma kesian. Bagaimana Maya harus mengatakan bahawa dia memang bapa kepada anak-anaknya.
************
Maya sampai di rumah lewat ketika itu. Teringat tangisan anaknya apabila Adam tidak mengikuti mereka untuk tinggal bersama. Maya juga turut mengalirkan air mata. Nasib Adam pandai memujuk dan berkata, dia banyak kerja. Namun, sempat kembar itu mengajak Adam ke.majlis hari jadi mereka esok.

Adam di rumah asyik memikirkan perkara yang baharu sahaja berlaku dan bertanya.

"Mana suami Cik Maya erk? Kenapa bila aku peluk anak-anak dia aku rasa tenang? Kenapa bila anak-anak dia menangis aku pula tak tenang, yang penting aku tak sabar nak jumpa kembar tu lagi, ke aku perlu siasat?" kata Adam.

Adam terus mengambil telefon menghubungi seseorang....

"Hello... ye. aku ni. Boleh tolong aku tak. Siapa Cik Maya Rosa? Suami dia kerja apa? Anak dia sekolah kat mana?" tanya Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience