Bab 22- Anak dan Pulang

Romance Completed 28149

6 tahun di bumi UK.

Akhirnya, segenggam Master diperolehi di tangan Maya. Segala penat lelah dia selama ni dibalas dengan kemanisan kejayaannya. Bapa dan mamanya turut hadir dalam majlis konvokesyennya.

Anak? Maya dikurniakan tiga anak kembar. Triplets, bak kata mama dan bapanya dan kini umur mereka mencecah 6 tahun. Dua lelaki dan seorang perempuan . Anaknya sulung bernama, Syed Asyraff, anak kedua bernama Syed Aziq, dan anak terakhirnya perempuan bernama Maya Lily. Ketika dia belajar, mamanya yang menjaga mereka bertiga. Nasib dia dikurniakan anak yang tidak menyusahkan. Abang Shukri juga selalu membuat panggilan kepada Maya untuk bertanya mengenai kesihatannya.

Malam itu, ketika mengemaskan barang, masuk Datin Mariam dan bertanya, "are you ready to go home sayang?"

"100 percent ready, Ma" kata Maya.

"Maya mama tengok semakin cantik sayang, matang, you look like woman, and bukan Maya yang comel lagi." kata mamanya.

"Mama rindu Maya yang dulu ke?" kata Maya.

"Tak sayang. Cuma, anak mama cepat membesar" kata mamanya.

"Mana triplets tu?" tanya Maya.

"Tu main dengan atuk dia. Tahulah bapa kamu tu, dengan cucu, terus tak layan dah mama ni." kata mamanya.

"Biasalah mama. Anyway, sampai Malaysia esok, Maya rehat dulu, lusanya Maya masuk pejabat ye" kata Maya.

"Lajunya, rehat dulu sayang" kata mamanya.

"No ma, saya tak sabar nak kerja" kata Maya kepada mamanya.
*****************

Akhirnya mereka sekeluarga sampai ke bumi Malaysia. Bagi Maya, banyak yang berubah sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

"Adam?" nama lelaki itu sudah dipadam dari ingatannya. Kini, dia menaggangap Adam musuh ketatnya terutama sekali dalam perniagaan. Bapanya ada memberitahu bahawa tender selalu dapat kepada syarikat Adam. Namun, kini tidak lagi. Dia akan lawan tender tersebut dan menurut bapanya ada perebutan tender terbaharu dalam masa terdekat.

Maya mengambil bagasi keluarganya sementara mama bapanya sudah berjumpa dengan Shukri, ya, Shukri yang mengambil dia sekeluarga di lapangan terbang.

Shukri ternampak keluarga Datuk Ehsan, dia melambai ke arah Datuk dan mendapatkannya terus menyalam kedua-dua tangan orang tua tersebut.

"Apa khabar Datuk, Datin?" basa-basi Shukri.

"Sihat, ni anak Maya, triplets introduce yourself to Uncle" arah Datuk Ehsan.

"Saya Asyraf... Saya Aziq... dan Saya Lily" terang ketiga-tiga anak tersebut.

Shukri tersenyum melihat anak Maya, namun muka kesemua anaknya mengikuti muka Adam. Itu dia tidak boleh nafikan.

"Hai triplets, Saya Uncle Shukri, where's your mum?" tanya Shukri. Sebenarnya dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Maya. Bagaimana dia sekarang.

"Hai Abang Shukri" kata Maya.

Shukri berpusing ke arah suara berkenaan dan terkejut dengan kecantikkan Maya dan Maya ketika itu memakai baju yang sesuai dengan perwatakannya. Tiada lagi watak comel nya , kini Maya seperti wanita dengan rambut perang coklat dan digulung besar. Shukri terkesima..

"Muka saya ada apa-apa ke Abang Shukri?" tanya Maya.

"Ni Maya ke? Abang tak percaya. You look so beautiful and stunning" kata Shukri.

"Dah-dah. Simpan stok puji Maya. Jom balik" ajak Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience