Bab 13- Rumah Sang Suami

Romance Completed 28135

Sarapan pagi itu dihiasi dengan gelak ketawa dari mama, bapa, dan Adam. Maya cemberut mukanya apabila kejadian tadi menghantui dirinya. First kissnya sudah diambil orang. Orang apanya, suaminya.

Tiba-tiba dia tersentak tangannya digenggam oleh suaminya. Dia menarik tangannya.

"Do you still angry bunny?" bisik Adam di telinga Maya

"Ya, saya cakap pinky promise, yang abang cium saya kenapa?" bisik Maya marah.

"Eh... cara abang promise macam tulah" kata Adam, masih berbisik.

*Habis, kalau abang promise dengan orang lain, abang cium dorang lah" kata Maya, masih juga berbisik.

"Eh, taklah. Dengan orang lain, abang tak suka berjanji, Tapi dengan bunny abang suka berjanji. Boleh lah abang cium setiap kali abang buat perjanjian" sengih Adam.

"Hemm hemm. bisik apa tu Adam? Sampai anak bapa merah muka" kata Datuk Ehsan.

"Eh, tak adalah pa. Maya ni, dia tanya.. kalau nak baby, kena minta izin bapa dengan mama tak?" usik Adam.

"Hahahahha. Maya, sekarang ni, semua keizinan dari Adam, tapi baguslah Maya dah fikirkan pasal tu, tak lama lagi timang cucu lah kita" kata Datin Mariam gembira.

Maya sudah terjegil matanya melihat Adam, pahanya menjadi sasaran cubitan berbisa Maya.

"Aduhhhhhhh, sakit" kata Adam.

"Sakit? Apa yang sakit?" kata Datuk Ehsan.

"Tak ada pa. Ada semut api gigit" alasan Adam.

"Ahh, Adam. nak honeymoon dekat mana?" tanya Datin Mariam.

"Tak tahu lagi ma. Tengok lah dekat mana, lagipun Adam ambil cuti sekijap je ni, takut terjejas intern Maya dekat syarikat Adam" gusar Adam.

"Tak pe, nanti-nanti boleh honeymoon. Habiskan dulu pelajaran, lepas tu baru planning, apa nak buat" kata Datuk.

"Ahh Adam, Maya masih lagi ke jadi cleaner?" tanya Datin Mariam.

"Masih, jadi cleaner di hati saya, membersihkan rindu yang bersarang. Cia..cia.. cia.." kata Adam.

Maya sudah malu dengan perbuatan Adam. Adam yang dikenali sebelum ini bukanlah Adam yang sekarang. Pandailah pula buat lawak. Apa lagi kedua ibu bapanya , gelak sakan dengan gurauan Adam.

"Anyway, pa ma. Adam dan Maya akan bertolak selepas sarapan ni ye, bukan apa. Takut jem" kata Adam, sedangkan dalam hatinya tak sabar nak peluk budak sebelahnya ini.

"Baik Adam, bapa faham" kata Datuk Ehsan.
******************
Adam memasukkan tiga buah beg bagasi besar dalam keretanya. Maya menggengam patungnya. Mulai sekarang dia akan tinggal bersama Adam. Dia memeluk kedua mama dan bapanya.

"Maya, jadi isteri kena sediakan semuanya, faham!" kata Datin Mariam.

"Baik ma. Ma doakan Maya ya" kata Maya sambil memeluk dan menyalam mama dan bapa nya.

"Jaga diri ye, mama dan bapa" kata Maya sambil menangis.

"Ye nak, Adam.. anak mama ni manja, dia masak pun belum pass lagi, tolong ajar dia, didik dia ye Adam, anak mama ni banyak kurangnya" pesan Datin Mariam.

"Baik ma. Jangan risau, Adam akan didik Maya" kata Adam.

Adam bersalaman dengan kedua mama dan bapa mertuanya. Sempat bapanya memberikan pesanan.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih Adam, maafkan bapa dengan segala permusuhan kita selama ini" kata Datuk Ehsan.

"Saya pun minta maaf bapa. Dah anggap bapa yang bukan-bukan, kami jalan dulu" kata Adam.

Maya memasuki kereta, melambaikan tangan ke arah kedua ibu bapanya.
*******************

Setelah dua jam di jalan raya. Akhirnya mereka sampai ke rumah Adam. Kondominium di tengah kota.

Adam mengheret beg Maya ke lif berdekatan. Dan menekan butang lif paling atas.

"Bunny, i live at penthouse. So, my home will be your home too. Our home. So, bunny nak decorate macam mana, it's up to you" terang Adam

Lif sampai ke tingkat atas dan terus sampai ke pent house milik Adam. Simple macam bilik pejabatnya. Maya meneliti ruang tamu milik Adam dan melihat gambar nikahnya semalam sudah digantungkan di dinding.

"Cepat Abang buat kerja?" kata Maya sambil menunjukkan gmabar tersebut.

"Well, Abang kan?" kata Adam.

"Come, i show you the whole house" kata Adam sambil menyerahkan tangannya untuk digengam Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience