Bab 20- Good and Bad

Romance Completed 28135

Sememangnya Maya menghiraukan apa juga amaran Linda diberikan kerana dirasakan ketika ini dia gembira dengan Adam. Adam melayaninya seperti permaisuri di rumah.

Pada suatu hari, Maya berasa tidak sihat. Muntah-muntah. Dia pergi ke klinik tanpa memberitahu suaminya. Dan akhirnya, apa yang diharapkan menjelma. Dia disahkan mengandung tiga minggu. Patutlah dia tidak sihat. Terus dia menghubungi kedua ibu bapanya memberitahu berita gembira. Sememangnya Datin dan Datuk sangat gembira dengan berita tersebut.

Maya terus menuju ke syarikat kepunyaan Adam. Ya, berita ini akan dberitahu sekarang kepada Adam kerana dia sudah tidak sabar lagi. Namun, ketika dia masuk, ada Linda di situ. Ya, Adam ada memberitahu bahawa Linda kerja dengannya kerana mereka rakan kongsi. Seperti dia dan Shukri sekarang.

"Maaf, Linda. Did you see my husband?" tanya Maya.

"Owh, err.. Adam dekat toilet kut" terang Linda.

"Maya pun nak pergi toilet lah, okay?"

Maya sudah masuk ke bilik itu dan kelihatan Adam dan Linda tiada di bilik. Maya menunggu mereka kerana Maya merasakan berita ni wajib ditahu oleh suaminya sekarang.

Maya hanya diam di dalam bilik. Masuk Adam dan Linda di dalam bilik itu.

"Eh bunny, bila sampai?" tanya Adam.

"Baru je tadi, abang sebenarnya...." Maya ingin memberitahu namun Adam seperti sibuk.

"Maaf Maya, abang dengan Linda sibuk sekarang, sebab ada tender baru and kami kena fight, kan Linda?" terang Adam.

"Ye..betul" kata Linda.

Tiba-tiba Adam kehilangan pendrivenya. dia bertanya kepada Linda, "Linda, mana pendrive atas meja ni?" tanya Adam ..

"I don't know Adam, tadi ada je dekat situ" kata Linda.

"Errr.. abang... kenapa?" tanya Maya risau

"Pendrive abang hilang bunny, boleh tolong cari tak?" kata Adam.

Mereka bertiga mencari pendrive tersebut. Muka Adam dan Linda sungguh tertekan ketika ini.

"Wait, kijap. Maya... i bukan nak tuduh u, tapi u ada dekat bilik ne tadi kan?" soal Linda .

"Yes..." kata Maya.

Adam ketika itu tanpa berfikir panjang terus meluruh ke arah Maya dan mengambil beg tangannya. Diselongkar semua barang kepunyaan Maya di dalam begnya. Dalam, didapati pendrive nya berada dalam beg Maya.

"Apa ni Maya Rosa?" tanya Adam. ketika tu tiada sudah Bunny kedengaran. Nama penuh disebutnya.

"No, i can explain. Tadi Maya masuk sini terus Linda ada dengan Maya. Maya pergi toilet..."tidak sempat Maya menerangkan, Adam juga menjerit depan mata Maya. Terkejut Maya.

"Shut up Maya, berhenti tuduh Linda. Dia ada dengan abang dari tadi. Melainkan Maya je dekat sini dari tadi. How dare you? Aku ingatkan kau tak buat kerja macam ni" kasar Adam.

"I forget Adam, kita kan bertanding tender dengan musuh bapa kita, Datuk Ehsan" tambah Linda menjadi batu api.

"Linda, can you please get out, aku nak ajar budak ni" kata Adam.

Linda keluar dari bilik dia. Dan Adam mendekati Maya, Maya takut melihat Adam seperti ini.

"So, bapa kau hantar kau nak curi all my project?" tanya Adam.

"Apa abang cakap ni, Maya datang sini sebab..."belum sempat Maya menghabiskan ayatnya.

"Kau punya keluarga memang dari dulu sampai sekarang main taktik kotor. Patutlah Linda nasihatkan aku, hati-hati khawin dengan kau, kau tahu sebab apa aku tak dengar sebab aku cintakan kau. Tapi, dengan taktik kau macam ni. Makin kuatlah firasat aku mengatakan. Bapa kau dan kau sekarang nak jatuhkan aku. Kan budak?" jerit Adam.

Maya terlalu sakit hati dengan semua ini, "Encik Syed Adam, jangan hina bapa saya, kau boleh hina saya tapi jangan bapa saya"jerit Maya.

"Kau ingat bapa kau tu baik sangat ke ahh? Kalau aku tahu dari dulu macam ni, menyesal aku kahwin dengan kau lah. Baik aku kahwin dengan Linda, kau tu dah lah budak, tak matang, langsung tak sesuai dengan aku. Aku pun tak ingin nak pandang wajah anak musuh aku ni. Marah Adam, segala kata-katanya dihamburkan di hadapan Maya.

Maya terdengar perkara itu sangat marah dan berkata, "Saya ada perasaan, dan saya penat dengan semua ini. Just stop! Ceraikan saya"

"Boleh dengan senang hati, tapi.. aku akan pastikan kau sekeluarga tanggung akibatnya" kata Adam sambil menarik Maya sehingga ke pintu luar. Adam kemudiannya memasukkan Maya secara paksa di dalan kereta dan menuju ke rumah Maya.

Sesampainya di rumah, Datuk dan Datin menyambut Adam dengan wajah yang manis. Namun, tidak pada Adam .

"Owh korang senyum-senyum sebab rancangan kau semua berjaya lah. Nah, ambil balik kau punya kambing hitam ni" kata Adam baling Maya ke arah Datin dan Datuk.

"Kau dah kenapa , Adam?" kata Datuk.

"Kau hantar anak kau kan, suruh ambil data dari syarikat aku supaya kau boleh menang tender esok?" jerit Adam.

"Apa kau cakap ni Adam?" marah Datuk Ehsan.

"Dengar ye Datuk, saya dah tak sanggup nak tinggal sebumbung dengan budak ni, sama macam perangai bapa dia. Jahat, licik. Tahniah saya ucapkan kepada Datuk sebab berjaya buat saya hampir jatuh di kaki anak Datuk. Tapi, sekarang tidak lagi. Kita akan jadi musuh semula."Jerit Adam, dengan dendam yang dahulu sudah tercetus kembali.

"Dengan bersaksikan Datuk Ehsan yang terhormat, aku ceraikan Maya Rosa dengan talak satu" kata Adam terus pergi meninggalkan keluarga itu.

Maya sudah duduk terjelepok di lantai. Pada usia muda dia kahwin, usia muda jugalah dia diceraikan. Dia terus mengusap perutnya..

"Mama bapa, apa salah Maya?" tangis Maya.

Datuk dan Datin terus pergi ke arah anaknya. Memujuk anaknya.

"Abang... apa salah anak kita abang" tangis Datin.

Secara tiba-tiba Datuk diserang sakit jantung. Kedengaran jeritan Datin dan Maya bergema di satu rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience