Bab 29- Terkandas

Romance Completed 28145

Selepas 5 jam memandu ke tapak projek mereka. Akhirnya Maya sampai ke sana. Shukri selepas ni akan menyusul katanya kerana ada urusan hendak diselesaikan.

Kelihatan Adam sudah sampai ke sana, Maya menapak ke tempat Adam. Maya hari ini memakai slack hitam dipadankan dengan kasut tumit tinggi beserta baju berlengan putih panjang ditack in ke dalam. Adam merenung Maya sehingga tidak sedar Maya sudah sampai di hadapannya

"Encik Adam... hellooo" Maya melambaikan tangannya di hadapan Adam.

"Sorry, err... Shukri mana?" tanya Adam.

"Dia ada hal, mungkin dia akan sampai juga lah nanti, err Linda mana? soal Maya kembali.

"Dia ada hal kut, dah jom kita jumpa Encik Sufian" ajak Adam.
***************

"Shukri, kita nak ke mana?" kata Linda.

"Owh, Datuk Adnan ada kerja nak suruh kita buat Linda" kata Shukri.

"Okay" kata Linda.

Shukri sebenarnya masuk dalam rancangan Datuk Ehsan dan Datuk Adnan untuk menyatukan kembali Maya dan Adam. Mereka ada dua hari untuk rancangan mereka berjalan lancar.
****************
"Bagus Encik Sufian, i couldn't agree more, so how long all this will be finish," tanya Maya.

"Errr... around 7 months or 1 year" kata Encik Sufian.

"Okay, so, Mr Adam. you don't have any question to Mr Sufian?" tanya Maya atau lebih tepat agar Adam tidak terus-menerus memandangnya.

"Err... nope, all questions had been asked by you, Miss Rosa" kata Adam.
***********

Tepat jam 6 baru habis perbincangan mereka. Adam mengajak Maya makan dengan menaiki kereta milik Adam. Kereta milik Maya ditinggalkan di tapak pembinaan tadi. Itupun setelah puas dipaksa oleh Adam.

Setelah mereka habis makan. Adam dan Maya masuk ke kereta untuk pergi semula ke tempat kereta Maya. Sampai di sana, mereka berpisah. Namun, tidak disangka kereta Maya mengalami kerosakan.

"Err, macam mana ni....?" gusar Maya.

"Terpaksa lah kita cari hotel bermalam dekat sini" cadang Adam.

"Encik Adam, tak boleh memandu ke,kita ganti-ganti" cadang Maya.

"Maya.. we can not do that, bahaya.. jangan terburu-buru. Lagipun, kita tidur bilik asing juga kan. Bukannya kita buat apa pun, i'm not a bad person" kata Adam

"No, saya risaukan an....,"Maya menyedari dia hampir cakap.

"An... siapa An...?" soal Adam.

"Tak adalah, dah jom lah. Cari hotel" kata Maya menutup kesilapannya tadi.

Mereka pun mencari hotel dan akhirnya mereka jumpa. Dan ketika mereka mendaftar, hanya Maya yang membuat tempahan untuk bilik.

"So, saya naik dulu. Jumpa esok, Encik Adam" kata Maya. Maya masuk ke dalam lif meninggalkan Adam. Sebenarnya dari tadi dia menahan untuk membuang air kecil. Dia terus masuk ke tandas bilik hotelnya tanpa dia mengunci pintu.

Setelah dia keluar, terkejut dia melihat Adam berada di biliknya.

"Adam...... what the hell you doing here? Get out now!" arah Maya.

Adam mendekatinya, "Lain kali kunci pintu Bunny, now.. there's only you and me" bisik Adam.
*****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience