Bab 9- Tekad Maya.

Romance Completed 28135

Pagi itu, Maya bersarapan dengan mama dan bapanya. Bapanya mula bertanya kepada Maya perihal perkhawinannya.

"Maya setuju pa. Demi bapa dan mama, cuma doakan Maya menjadi isteri yang baik dan solehah." kata Maya.

"Belajar dari Adam, macam mana nak belajar selok-belok uruskan syarikat. Okay Maya?" kata bapanya.

"Baik Pa" kata Maya sambil melihat mamanya yang sedih.

"Ma, this is my choice. Don't worry" kata Maya.

"Maya... mama bukan apa sayang. Kamu masih muda" kata mamanya.

"It's okay ma. Maya pergi dulu" kata Maya sambil membawa bekalnya.

"Apa yang abang buat sampai anak kita setuju?" kata Datin Mariam.

"Abang tipu anak kita yang syarikat kita dah lingkup" balas Datuk Ehsan.

"Abang... bukan itu cara dia abang." sedih Datin Mariam.

"Kalau abang tak buat macam tu, Maya tak akan khawin dengan Adam" balas Datuk Ehsan.

Maya sudah sampai di tempat kerjanya. Pertama dia akan membuat perhitungan dengan Syed Adam.

Maya terus meluruh masuk ke bilik bakal suaminya. Syed Adam terkejut dengan rempuhan tersebut.

"Saya nak jumpa awak. Sekarang Adam !" bentak Maya.

Tiada lagi Encik dipanggilnya. Syed melihat Maya.

"Alright. Wait a second, Nad. Please do not disturb me at my room right now. I have an urgent discussion with Miss Maya" kata Syed.

Maya terus menuju ke sofa di bilik Syed Adam.

"So, what it is, my future wife?" soal Syed.

"Kalau awak pun ada syarat, saya pun ada syarat. Encik Syed Adam" kata Maya sambil menunjukkan senyuman sinisnya.

"What?" tanya Syed.

Maya menyerahkan kertas tersebut:

Syarat Maya Rosa kepada Syed Adam.

1. Lepas khawin, tidur bilik asing.
2. Saya tidak akan dihalang jika ingin melanjutkan pelajaran.
3. Jangan dekat dengan saya , jarak haruslah semeter.
4. Jangan paksa apa yang saya tak suka.
5. Jangan halang saya jumpa kedua ibu bapa saya.
6. Lepas kahwin, kita mengamalkan kehidupan masing-masing.

Terkejut Syed Adam membaca kandungan syarat tersebut.

"sangat tak adil. Syarat saya cuba 3 dan awak 6" kata Syed Adam.

"biar adil, 3 syarat saya dan 3 syarat awak. Kalau saya jadi awak syarat 1,3, dan 6 saya cancel" luah Syed sambil tersenyum.

Maya membaca syarat 1,3, dan 6 terus berkata, "gatal! takkan saya nak tidur sebilik dengan awak?" kata Maya.

"Eh, dah namanya suami isteri. Takkan nak tidur bilik asing" bentak Syed.

"Totally crazy, fine! Saya cancel 1,3, dan 6. Lebih cepat habis perbincangan, lebih cepat saya buat kerja. Dah sign lah" kata Maya.

"Not so fast my bunny. Kita kena ada saksi" kata Syed terus memanggil Nad masuk ke dalam bilik.

"Nad, remember, this is a secret between us. You, me, and my sweet pie Maya.

Dengan sign mereka bertiga, maka jadilah perkahwinan antara Maya dan Adam lebih kurang sebulan lagi. Dan Maya bertekad tidak akan membenarkan Adam menghampirinya.

Adam melihat Maya dengan senyuman kambingnya. "Tak sabar nak kerjakan budak comel ini" bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience