Bab 7- Makan Malam

Romance Completed 28135

Maya telah diberikan cuti selama dua hari. Sememangnya, kalau yang melibatkan pekerjaan yang berkaitan dengan syarikat, mereka akan diberikan cuti selama dua hari, tambah sabtu ahad. Empat harilah cutinya.

Maya berehat membalas kepenatannya selama seminggu persiapan jamuan syarikat dan bersyukur akhirnya semuanya selesai. Maya mengira berapa bulan lagi dia akan berada di syarikat Syed. Tinggal lagi empat bulan untuk dia intern di sana. Semoga urusannya dipermudahkan.

Mamanya masuk ke dalam bilik anak gadisnya, "Maya.... malam esok kita ke hotel ****, sebab ada jemputan makan malam"

"Alah ma, malaslah" kata Maya.

"Jangan lah macam tu sayang, lagipun kamu kena berkenalan dengan semua rakan kongsi bapa" kata Mama.

"Hemm okay, nak pakai baju apa ?" kata Maya.

"Okay... kijap ye" kata mamanya keluar masuk dan menunjukkan pakaiannya pada malam ini.

Dress high cut warna biru. "Lawanya mama" kata Maya.

"Lagi lawa kalau Maya pakai malam ni" kata mamamnya.

"Okay ma. Malam ni Maya pakai". kata Maya.

*********

Malam di hotel *****

Maya masuk bersama mama dan bapanya. Bapanya dengan bangga memperkenalkan anaknya, bakal mewarisi syarikatnya kelak.
Semua terpegun dengan Maya dan umur Maya. Sememangnya sesuai menjadi anak kepada Datuk Ehsan.

Maya meminta izin untuk ke tandas, ketika perjalanannya ke tandas, tangannya di tarik oleh seseorang. Terkejut dia dengan perlakuan tersebut dan yang menariknya.

"Encik Syed?" tanya Maya.

"Yes... waw.. pekerja saya ada dekat sini lah" kata Syed sambil merenung pemakaian Maya malam itu, berbeza dengan Maya yang berkerja dengannya.

"Kenapa Encik tarik-tarik saya? Dahlah saya nak ke tandas Encik, please?" kata Maya.

Entah kenapa perlakuannya menarik Maya tadi, mungkin terkejut.

"Sorry Maya" kata Encik Syed melepaskan tangan Maya. Maya ke tandas dan terus Maya kembali ke tempat duduknya dan tidak disangka dia duduk di meja bulat bersama Syed.

"Ahhh, Adam. Sorang je ke?" basa-basi Datin.

"Ye Datin. Belum ada pasangan lagi. Mungkin anak Datin ke?" kata Syed sambil merenung Maya di sebelahnya.

"Kamu Adam, tak ada orang lain. Anak aku juga kau nak. Kau jangan harap aku nak terima kau sebagai menantu." kata Datuk Ehsan.

"Why not Datuk, bayangkan kalau kita bergabung. Makin hebat syarikat kita" cadang Syed.

Tiba-tiba Datuk Ehsan tertarik dengan cadangan Adam. Namun, di simpannya di hati.

"Abang ni... Maya ni budak lagi abang. Umur baru 20. Kan sayang?" kata Datin.

"Ye ma." sambil merenung ke arah pentas
Sakit hatinya apabila namanya disebut-sebut apatah lagi Syed yang sentiasa merenungnya.

Mama dan bapanya sedang berbual dan Maya serta Syed diam di meja.

"Anyway, you look beautiful tonight" bisik Syed di telinga Maya.

"Biasa je , Encik Syed" kata Maya.

"Opppsss.. don't call me Encik Syed. kita bukan di pejabat. Call Adam je" kata Syed.

"Yalah Adam Pemadam" kata Maya.

"Adam Pemadam. Hahahahha, Maya... Maya, saya gigit awak ni tau!" kata Adam.

"Buat apa nak gigit saya? Gigit makanan lah" kata Maya

Dan malam itu, Syed dan Maya bergurau senda sambil disaksikan oleh Datuk Ehsan dengan merangka pelbagai rancangan.

Datuk Ehsan menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit milik Adam.

"Isnin ni, aku nak jumpa kau. Bincang pasal kau dengan anak aku" - Datuk Ehsan.

"Boleh Datuk, dialu-alukan"- Adam

Datuk Ehsan dan Adam menghantar renungan yang mereka berdua sahaja faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience