Bab 36-Tinggal di Rumah Adam

Romance Completed 28149

"Mama, betul ke hari ni kita tinggal di rumah papa?" kata Lily. Berapa kali anaknya bertanya inginkan kepastian.

"Ya, sayang" kata Maya.

"Yeay... tak sabar keluarga kita jadi macam dulu lagi kan?" kata Asyraff.

"Ya abang. Kesian dekat kita kan. Asyik2 kalau kita nak buat persembahan untuk sekolah kita papa mesti tak ada. Yang ada mama dengan Uncle je, harap tahun ni papa datang lah kan, mama?" kata Aziq.

Ya, apa yang dikatakan Aziq sangat betul. Namun, Maya tahu dia kuat. Maya menurunkan mereka apabila sampai ke sekolah..

"Jaga diri baik-baik sayang" kata Maya.

Kemudian, dia pergi ke pejabat. Sampainya di pejabat, Shukri masuk ke biliknya.

"Are you ready for today Maya?" kata Shukri.

"I don't know Abang... but, when you say inilah peluang. Insha Allah, Maya akan cuba lakukan. Maya ada enam.bulan untuk ingatkan balik Abang Adam tentang Maya dan anak-anaknya" luah Maya.

"Ya Maya, abang sentiasa doakan Maya" kata Shukri.

"Err... abang, boleh tak Maya nak tanya?" kata Maya.

"Kalau Abang Adam dah balik, mana Linda?" tanya Maya.

Ya, Shukri juga pelik kenapa Linda tak balik Malaysia. Hanya seorang sahaja yang tahu perihal Adam sekarang, Karla. Dia harus berjumpa dengan gadis itu, mungkin dia tahu sedikit perihal Linda.
***********
Malam ni, Maya dan anak-anak nya bertolak ke rumah Adam. Ya, drivernya yang mengambil mereka. Pak Mat.

Sesampainya mereka di rumah banglo itu, kembar terus memeluk ke arah papanya. Manakala Maya melihat ruangan ruang tamu tersebut. Ada gambar dia, Linda, dan Shukri sewaktu kecil. Namun, sayang. Mungkin, Adam tidak tahu bahawa Shukri ialah temannya sewaktu kecil.

"Anak-anak papa, pergi mandi dulu ye" Adam berkata.

"Okay papa" sahut kembar ketiga-tiga tersebut. Adam mendekati Maya yang dari tadi ralit memerhatikan gambar sewaktu dia kecil bersama dua lagi rakan. Dia kenal yang perempuan Linda. Tapi, yang lelaki dia tidak kenal.

"Actually, this boy is Shukri" kata Maya.

"Whatt?? Awak biar betul. Shukri? Abang awak tu?" kata Adam.

Maya menggangukkan kepalanya. Kelihatan Adam ceria mendengar bahawa budak lelaki itu Shukri.

"If you want to know, Maya. Kami bertiga sangat rapat dari kecil. Saya, Linda, dan Shukri. Tapi, tulah. Saya dan Linda pergi ke luar negara dan Shukri tertinggal di sini. Linda sahaja keluarga yang saya ada sekarang. Papa dia dengan Papa saya sangat rapat. Sebenarnya, saya nak kahwin dah dengan Linda. Tapi, Linda meninggal disebabkan oleh kanser" terang Adam.

Terkejut Maya apabila mendapat tahu yang sebenarnya Linda sudah meninggal dunia. Kini, dia harus memberitahu Shukri mengenai perkara ini.

"Dan awak, Maya. Macam mana kita boleh berkenal? Dan macam mana kita boleh berkahwin?" Tulah soalan yang sebenarnya dia mahu tahu.

"Panjang ceritanya. Tapi, take it easy. Saya ada enam bulan sebelum awak ceraikan saya, kan?" kata Maya, berkaca matanya mendengar apabila menyebut perkataan cerai.

"Yalah, saya harap lepas ni awak tak halang saya jumpa anak-anak saya. Dan, Karla juga saya akan biasakan dengan anak-anak saya" luah Adam.

Hati Maya berkata, " ya, dia kini bersama Karla"

"Okaylah Adam, saya naik dulu. Nak kemas baju anak-anak" kata Maya sambil mendaki anak tangga. Adam mengikutinya dari belakang.

Masuk sahaja di bilik Asyraff dan Aziq, Maya terkesima. Ya, Adam sudah menyediakan segalanya. Maya bersyukur walaupun kasih sayang terhadapnya tiada namun apa yang penting kasih sayang Adam kepada anaknya.

Maya melipat baju anaknya dan Adam juga turut membantu Maya. Begitu juga pakaian milik Lily. Semuanya sudah selesai. Adam yang menidurkan anak-anaknya. Maya hanya melihat. Ya, dia bersyukur dengan semua ini.

Setelah anak mereka tidur. Maya menapak ke ruang tamu. Hari ni dirasakan sedikit penat. Dia berbaring di sofa namun belum sampai kepalanya mencecah sofa dia ditegur oleh Adam.

"Maya, jom tidur" ajak Adam.

Maya terkejut, "Err.... awak tidur lah dulu. Sebenarnya saya ada kerja nak buat, saya rehat kijap" kata Maya. Ya, dia gugup sebenarnya.. Adam ada mengatakan sebentar tadi yang dia akan tidur bersama Adam.

"Ke awak takut, jangan risaulah. Saya tak buat apa-apalah. Lagipun, saya kenalah jaga diri sebab saya akan khawin dengan Karla tak lama lagi" terang Adam.

Maya berbelah bagi tapi terpaksa juga mengikuti Adam sehingga ke biliknya.

"Errr, kita tidur je ye dekat katil. Kita letak bantal sebagai pemisah. Okay?" kata Adam.

Maya hanya mengganguk kepalanya tanda setuju. Maya mengemaskan barang miliknya terlebih dahulu. Setelah selesai, dia melihat Adam sudahpun tidur.

Maya terus memanjangkan kakinya ke sofa untuk berbaring. Sebenarnya dia masih lagi takut-takut untuk tidur bersama Adam walaupun dia merindui Adam.. Maya melihat sekali lagi gambar pernikahan mereka.

Sambil air mata mengalir di pipi, Maya kesat menggunakan tudung yang dia pakai.

"I just miss u Abang. Abang ada dekat sini. Tapi, abang bukan abang" kata Maya dan akhirnya dia tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience