Bab 41- Rancangan Shukri yang gila

Romance Completed 28149

Malam itu Maya melihat dirinya di cermin, teringat rancangan Shukri yang gila tapi mungkin berkesan.

Baju tidur yang dipakainya dibeli tadi. Satin merah paras paha. Mekap sikit di mukanya agar tidak kelihatan pucat. Minyak wangi disembur sedikit di leher dan pergelangan tangannya.

Teringat perbualannya di pejabat bersama Shukri tadi.
************
Maya, who's know Adam terpikat dengan Maya, macam dulu-dulu zaman bercinta?

"Gila ke abang Shukri? Ntah dari mana je abang belajar semua ni?" getus Maya.

"Abang buat research lah. Apa ingat, orang bujang macam abang ni tak layak ke? Walaupun hatiku sunyi sepi tanpa seseorang menemani tapi Abang kena juga belajar benda-benda tu. Apa kata orang tu, hangat selepas berumah tangga" kata Shukri.

"Banyak lah abang sana.. tapi, yalah. Maya sentiasa doakan abang jumpa seseorang" kata Maya.

"Dan abang akan sentiasa doakan Maya dengan Adam. Macam dulu-dulu balik. Kalau tak, tak tenang hidup abang ni. Abang kena pastikan Maya happy dulu baru abang boleh happy" kata Shukri.
***********
Maya sudah bersedia. Apa yang nak jadi, jadilah... Dia keluar dari tandas biliknya.. Adam yang berbaring melihat Ipad terbangun melihat penampilan Maya malam itu.

Maya melepaskan rambutnya dan berkata,
"So, i accept your challenge. I will make you fall in love with me like yesterday".

Maya mendekati Adam di katil dan memanjat badan Adam.

"Let the night begins" bisik Maya.
************
Maya bangun pagi itu, itupun selepas Adam berbisik di telinga nya. Naik geli dia.

"Stop disturb me, i'm tired" kata Maya.

"No Bunny.... anak-anak dah tunggu nak solat Subuh" bisik Adam..

"Okay. Abang pergi mandi dulu" kata Maya, dia penat semalam.

"No... Abang dah mandi, Bunny tu" kata Adam.

"Bunny penat lah abang" kata Maya.

"Kalau macam itu, biarlah Abang mandikan Bunny" cepat dia mengangkat Maya ke tandas kerana Adam yakin anak-anaknya sudah menunggu untuk solat Subuh.

Selepas solat Subuh. Maya terus menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anaknya. Adam masih memeluk pinggangnya. Entah kenapa pagi itu, Adam tidak boleh berjauh darinya.. Semenjak bangun dari tidur lagi.

"Abang, kalau anak-anak nampak macam mana?" kata Maya.

"Biarlah. Entahlah Bunny, rasa macam deja vu je semalam tu... macam kita pernah buat. hehehehhe" kata Adam.

"Memang lh pernah buat, kalau tak. Tak keluarlah tiga anak awak tu" kata Maya.
********
Mereka bersarapan bersama pagi tu. Sempat Maya menghantar pesanan ringkas kepada Shukri mengenai keberjayaan rancangan gila Shukri itu.

"See, what i said. Anyway, semalam Abang makan malam dengan Karla. Hehehhhe"-Shukri.

"Wahh, happy for you. Patutlah sekarang ni Adam tak kisah dah dengan Karla. Abang dah sambar rupanya"-Maya.

"Dia dulu sambar Maya, jadi Abang pula lah sambar Karla. Dia dah tahu cerita korang, dan akan cuba buat yang terbaik untuk korang berdua"-Shukri.

"Okay, kirim salam dengan dia, tak sabar nak dapat kakak ipar "- Maya.

"Sabarlah. Baru kenal hati ni. Maya, abang ada rancangan, apa kata Maya bawa Adam pergi rumah lama dia. Mana tahu dia ingat. Pasal kembar jangan risau, biar Abang dengan Karla jaga. Untuk persediaan anak ramai nanti. Hehehhe"-Shukri

"Bagus juga rancangan abang ini. Harap Adam ingatlah. Betul ni, jaga anak Maya tau!, sayang abang.."- Maya.

Shukri menutup henfon. Semoga dengan membawa Adam ke rumah asalnya akan mengingatkan Adam kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience