Bab 16- Back to work.

Romance Completed 28149

Setelah seminggu mereka bercuti, mereka kembali bekerja, namun tiada siapa yang tahu, mereka ialah suami isteri. Seperti yang termaktub pada perjanjian mereka.

Pagi itu, ketika Adam melihat Maya hanya memakai baju dan seluar jeans beserta topinya, Adam memuji kecantikkan Maya walaupun sederhana.

"Abang guarantee, Maya akan lebih cantik kalau dah meningkat dewasa" kata Adam sambil.mengusap pipi Maya.

Maya dan Adam menaiki satu kereta ke tempat kerja namun, terpaksa Adam memberhentikan keretanya jauh sedikit agar memberi mereka masa untuk tidak sama masuk ke pejabat.

Adam seperti biasa dan Maya menjalankan tugasnya juga seperti biasa. Tidak terasa tinggal sebulan lagi, dia intern dan seterusnya menyambung lagi satu sem sebelum berjaya menghabiskan pelajarannya.

Ketika waktu rehat, seperti biasa Maya rehat di tempat biasa, tangga kecemasan. Maya membuka bekalnya yang dia buat bersama Adam pagi tadi. Roti Bakar. Itulah bekal Maya. Maya makan dengan penuh bersyukur. Namun, pintu dikuak dari dalam. Kelihatan Kak Nad disebalik pintu.

"Maya... kak Nad rindu kamu, anyway, congrats ye" kata Nad sambil memeluk Maya.

"Terima kasih Kak. Anyway, Kak seorang je kan yang tahu?" soal Maya.

"Ye. Lagipun, kak Nad kan saksi korang. Hahahaha" kata Nad.

"Ye. Akak jom makan sekali" kata Maya.

"Owh ya, lupa. Ni bos panggil Maya sekarang!" pesan Nad.

Maya terus mengemas bekalnya dan menuju ke bilik suaminya. Maya mengetuk masuk.

"There my bunny" kata Adam sambil mendekati Maya. Adam memeluk Maya sambil mengunci pintu, takut ada yang masuk.

"Napa Bang?" tanya Maya.

"Tiada.. sahaja rindu.. bunny dah makan?" kata Adam.

"Dah makan roti bakar kita pagi tadi" kata Maya.

"Jom teman abang makan pula" kata Adam melepaskan pelukannya dan terus menuju ke mejanya. Kelihatan kfc di mejanya.

"Bila abang beli ni?" soal Maya.

"Tadilah. Takkan nak suruh bunny abang ni makan roti je, dah go wash your hands, we eat together" arah Adam.

Mereka makan bersama dan selesai makan mereka meneruskan kerja masing seakan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Seperti biasa, Maya akan tamat bekerja jam 7 malam, ketika tiada orang berada di pejabatnya. Dia sudah menyiapkan segalanya dan kelihatan Adam masuk ke kawasan pantri.

"Bunny, hari dah bersih kan" soal Adam tiba-tiba.

"A ah dah, baru je pagi tadi Maya mandi wajib. Kenapa abang?" soal Maya.

"Okay, terima kasih atas maklumat yang diberikan." kata Adam.

Tanpa membuang masa, Adam terus menarik tangan Maya, beg dan topi dipakaikan. Terus dia yang mempunch kad kepunyaan Maya. Dia menekan lif untuk ke aras bawah dan terus membawa Maya menaiki kereta. Adam memecut laju kenderaan miliknya dan berhenti di sebuah hotel.

Selepas itu ini, akhirnya dia dan Adam berada di dalam bilik.

"Abang, errr..." Maya ingin berkata namun ditahan oleh Adam.

"Now, let's go shower together. Shall we?" bisik Maya. Maya sudahpun mempersiapkan dirinya. Lagipun dia sudah berjanji. Dia akan menjadi isteri yang sebenar.

Malam itu pun berlalu.
*********************

Pagi itu, Adam sudah pun bangun terlebih dahulu. Teringat dia saat-saat manis bersama isterinya.

Adam mengejutkan isterinya untuk sembahyang bersama.

"Bunny" bisik Adam.

"Hemmm" gumam Maya.

"Jom mandi, kita solat" kata Adam.

"Tapi, Maya penatlah bang. Macam nak demam" kata Maya.

"Bunny, kita nak kerja ni, baju Bunny abang dah beli baharu, nanti pakai itu je tau!" arah Adam.
**********
Mereka masuk kerja seperti biasa, Maya terasa sangat penat dan panas badannya secara tiba-tiba. Dia mengadu kepada Kak Nad.

"Kak.. Maya tak berapa sihatlah, ada tak bilik pekerja dekat sini untuk berehat" kata Maya.

Nad pelik dengan keadaan Maya, bagaimana dia boleh tiba-tiba demam padahal hujan tidak turun semalam. Nad terus menghantar pesanan ringkas kepada bosnya. Dia berhak tahu.

"Hantar Maya ke bilik saya sekarang! and please bring panadol also." arah bosnya.

"Maya, jom kita pergi bilik bos. Bos suruh" arah Nad.

Nad dan Maya jalan ke bilik Adam. Sampai di bilik Adam, Nad cepat-cepat mengunci pintu dan Adam terus mendapatkan Maya dan dibaringkan ke sofa. Adam merasa dahi Maya dan ya, Maya demam. Adam memberikan ubat dan air kepada Maya untuk dimakan. Seterusnya, Maya tidur di sofa. Adam membuka kotnya untuk menyelimuti Maya. Tidak dilupa ciuman di dahi Maya.

"What happen Encik Syed?" tanya Nad selepas Maya tidur di sofa.

"Mungkin Maya terkejut kut" kata Adam tersengih.

"Terkejut apanya?" tanya Nad dan melihat kepada sengihan bosnya. Faham lah dia apa yang berlaku. Namun, malas dia masuk campur hal suami isteri ini.

"Baiklah Encik Syed, saya keluar dulu" kata Nad.

"Okay, terima kasih Nad. Anyway, pastikan tiada orang ganggu saya hari ini, saya nak.Maya berehat di sini dan tiada orang yang akan masuk ke bilik ini. Faham!" arah Adam.

"Baik Encik Syed" kata Nad lalu keluar dari bilik bosnya.

Adam mengusap pipi Maya yang tidur lena. Adam duduk di lantai. "Sorry Bunny..." bisik Adam sambil mengucup bibir Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience