Bab 25- Rahsia lama tersingkap kembali

Romance Completed 28145

"Assalamualaikum Ehsan" , kata Adnan.

"Walaikumsalan, Nan. Macam mana, dah nampak dah anak aku?" tanya Datuk Ehsan.

"Dah, pandai kau sorok anak kau ye" usik Adnan.

"Mana ada sorok, dia belajar. Ahh, ni kenalkan cucu aku, triplets, salam Atuk Nan" kata Datuk Ehsan.

Selepas sahaja perebutan tender, Datuk Adnan laju menapak ke rumah Datuk Ehsan untuk bertanya perihal Rosa, anak Datuk Ehsan.

"Hai cucu semua.. Wait, jadi.. Rosa dah kahwin?" tanya Datuk Adnan.

"Dah, suami dia Adam itu" kata Datuk Ehsan.

"Kijap.... Adam? Syed Adam Ismail?" soal Datuk Adnan kembali.

"Ya... Salah aku juga Nan, aku ingatkan Adam akan jaga dia, tapi... aku rasa anak aku kena tuduh, entahlah. Aku ada siasat perkara ini" kata Datuk Ehsan.

"So, apa terjadi?" Datuk Adnan.

"Tu nanti aku cerita, aku ada lagi satu rahsia. Dan, aku harap kau bantu aku. Boleh kan? Demi aku" kata Datuk Ehsan.

"Boleh, insha Allah"kata Datuk Adnan.

Selepas mendengar semua rahsia Datuk Ehsan. Dia perlu membantu, sekarang dia lah pengerak kepada rancangan yang Datuk Ehsan dan Datuk Adnan rencanakan.

"Cu.... siapa bapa cu?" tanya Datuk Adnan, sengaja untuk melihat kepandaian tiga anak kembar ini.

"Kami pernah tengok gambar, muka papa macam muka kami semua. Atuk bagi tengok. Nama papa kami, Syed Adam" ulas Asyraff selaku anak sulung, Aziq dan Lily hanya mengangguk.

"Nak jumpa papa tak?" Tanya Datuk Adnan.

"Kenapa Atuk Nan, papa ada dekat sini ke?" tanya Aziq pula serentak dengan Lily.

"Tak de sayang, tapi dalam masa terdekat, okay cu" kata Datuk Adnan.

"Okay.. Atuk Nan" kata mereka bertiga serentak.
******************
Di pejabat.

Maya dan Shukri berbincang mengenai kerjasama antara syarikat Adam.

"Tahniah Cik Rosa, abang Shukri bangga dengan awak" kata Shukri.

"Terima kasih Abang, tak payah lah Cik Rosa. Panggil Maya je" kata Maya.

"Yelah Maya, anyway, Maya okay ke bekerja dengan dua orang tu?" kata Shukri.

"Okay, tak da masalah. Abang, Maya ni jenis tak simpan di hati pun. Lagipun, dah enam tahun bang. Malas Maya masuk campur hal mereka itu" ulas Maya.

"Anyway, Abang dengar Adam dengan Linda nak kahwin hujung tahun ni, Linda bagitahu" kata Shukri.

"Biarlah mereka kahwin, dah tua dah mereka berdua tu. Ahh, abang bila pula nak kahwin?" tanya Shukri.

"Kena tanya orang depan saya nilah" usik Shukri

"Abang.. abang... cari lah orang lain, ni Maya juga yang abang nak" kata Maya.

"Okay, change topic. Maya nak tahu, Linda tu yang beria nak kahwin dengan Adam, siap paksa Adam lagi. Tapi, Adam tak nak kahwin, mungkin dia masih ingat bekas isteri dia ni?" kata Shukri

"Buat apa dia nak ingat saya, dia dah buang saya kan" kata Maya.

"So, anak Maya macam mana, they need father" ulas Shukri.

"Kalau macam tu, awak jelah jadi papa mereka, boleh?" kata Maya.

Shukri terkejut dengan permintaan itu. Adakah permintaan itu untuk berkahwin dengannya atau cuma menjadi papa mereka tanpa berkahwin?
******************
Di pejabat yang lain.

"Why you agree Linda, it's difficult to me" tanya Adam.

"Kenapa? Lagipun, besar kemasukannya. Syarikat kita juga yang untung. Ke, u risaukan pasal budak tu?" soal Linda

"No, saya langsung tak ada perasaan dengan dia dah" tipu Adam.

"Yelah tu Adam, kenapa u tengok dia macam nak makan dia, remember.. kita dah nak kahwin hujung tahun ni, u jangan nak buat perangai" kata Linda.

"I tak pernah setuju pun nak kahwin dengan u, Linda. I iakan tadi sebab i nak jaga air muka u. And, please jangan paksa i. i tak suka. u ingat i tak tahu, dekat luar berapa banyak lelaki yang dah u tidur. This is Malaysia, not oversea" kata Adam.

"No Adam, you will be mine. Okay sayang?, Dah.. i nak pergi makan. And, i harap you jangan gatal sangat dengan bekas isteri you tu. Hubungan kita dengan dia cuma kerja. Okay?" ulas Linda.

Linda keluar dari bilik Adam. Adam membuka telefonnya dan melihat gambar nikah mereka berdua.

"Bunny, i miss u" kata Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience