Bab 31- Lakonan yang menyusahkan

Romance Completed 28135

Selepas dua hari, mereka berempat kembali bersua muka di syarikat milik Adam. Melihatkan kepada berserinya wajah Maya. Tahulah Shukri dia dan Adam sudah berbaik. Kini, kerjanya ialah untuk melindungi Maya dan anak-anaknya. Dia takut Linda tahu akan kewujudan anak-anak Maya dan Adam.

"Abang tumpang gembira Maya dan Adam dah berbaik. Tapi, ingat. Control yourself. Bahaya kalau Linda tahu." pesan Shukri.

"Terima kasih Abang. errr, Abang bila nak khawin?" soal Maya.

"Mungkin Abang tak kahwin kut. Abang nak jaga Maya dan anak-anak" kata Shukri.

"Abang ni, nanti Maya suruh bapa tambah gaji sekali dengan gaji bodyguard. Hehehhe" gurau Maya.

"Mencintai tak seharusnya memiliki Shukri" pesan Shukri dalam hatinya.

Mereka terus menapak bilik mesyuarat Adam. Dan mereka berdiskusi, sesekali Adam menghantar renungan mata kepada Maya. Hanya mereka berdua sahaja yang memahaminya. Mereka rehat sebentar. Telefon Linda berbunyi, Linda terpaksa mengangkat telefon berkenaan. Sempat Linda memberi amaran kepada Maya.

"Woii betina. kau dekat dengan Adam. Nahas kau" kata Linda.

"Adam? Better i pergi dengan Shukri" kata Maya.

Linda keluar dengan rengusan kasar. Shukri pula meminta izin untuk ke tandas. Tinggal lah Maya dan Adam di bilik tersebut.

Adam menarik Maya ke suatu tempat di bilik tersebut. Takut Adam ternampak di cctv perbuatan mereka berdua.

"Abang, ken...." tidak sempat menghabiskan kata-kata, Adam sudah mencium dan menyentuh leher Maya.

"I miss you Bunny, very...." kata Adam meneruskan pekerjaannya.

Lemas Maya dibuat Adam, tiba-tiba kedengaran pintu dikuak dari luar, berlari Maya dan Adam di tempat duduk yang tadi.

Shukri menapak ke dalam bilik, terkejut dia melihat Maya dan Adam seakan kelam-kabut.

"Relaks arr bro, aku ni" kata Shukri.

Maya dan Adam menarik nafas lega dan kelihatan Maya dan Adam mengemaskan pemakaian mereka. Shukri terlihat sesuatu di muka Adam.

"Err.. bro, rapi, rapi juga. Cuba tengok muka kau dekat cermin" kata Shukri.

Adam cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit nya dan menekan kamera hadapannya. Dia melihat Maya tiba-tiba memerah mukanya. Adam tertanya-tanya dalam hatinya. Apabila kamera hadapan dipancarkan. Tahulah dia apa dimaksudkan oleh Shukri. Kesan gincu di bibirnya.

"Sory Shukri" kata Adam.

"No need bro, jangan gelojoh. Better you two find a room, hehehehhe" kata Shukri.

Selang dua minit, Linda masuk dan perbincangan dimulakan sehingga jam 6. Kini, persediaan projek mereka sedeng memasuki fasa akhir. Sekarang, tinggal mereka turun ke tapak projek sahaja.

Malam itu sebenarnya Adam akan pergi ke rumah Maya. Untuk berjumpa dengan Datuk Ehsan, Datin Mariam dan anak-anaknya. Dia rindu sebenarnya. Akhirnya dia sampai ke rumah milik mentuanya. Shukri juga turut serta.

Anaknya berlari apabila dapat tahu yang papa mereka datang. Adam menyalam tangan mentuanya.

Di meja makan.

"Uish, sedapnya lauk malam ni, siapa masak?" soal Adam.

"Isteri kamulah" kata Datuk Ehsan.

"Bunny dah pandai masak, ni yang nak kiss ni. Mehh abang kiss mehh" kata Adam.

"Hish, abang.. tak malu ke anak tengok" kata Maya menyedarkan Adam.

Kelihatan kembar mereka melihat ke arah papanya.

"Eeee... papa... tak malu nak kiss ibu" kata Lily.

"Siapa nak adik, angkat tangan" kata Adam

Maya sudah mencubit paha Adam. Namun, kelihatan Lily sudah mengangkat tangan tanda mahu mempunyai adik.

"Lily nak adik ke?" tanya Adam.

"Nak..nak" angguk Lily.

"Bunny, we have work to do" kata Adam. Maya sudah memasamkan mukanya.

Datin dan Datuk bahagia melihat Adam dan Maya bersama. Manakala, Shukri tersenyum melihat senyuman di wajah Maya. Maya gembira , dia pun gembira.

Namun, sedang mereka gembira. Di luar rumah, Linda sedang mengintip dari kejauhan.

"So.... Adam, you pergi rumah Datuk Ehsan ye... Hehehhe. Maya...... you die!" kata Linda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience