Bab 3- Tea Lady and Cleaner

Romance Completed 28135

Itulah perkerjaannya pada hari pertama internnya. Tea Lady and Cleaner. Dia yang akan bertanggungjawab menyediakan minuman kepada bosnya pada awal pagi, dan ketika bosnya memerlukan minuman dan membersihkan syarikat itu meliputi membuang sampah, memop lantai dan membersihkan segalanya. Namun, pekerjaannya sebagai cleaner akan bermula jam 4 petang sehingga 7 malam. Sememangnya itulah pekerjaannya, dia akan balik lewat sepanjang 6 bulan ini. Namun, Maya bertekad akan membuktikan bahawa dia akan sahut cabaran Syed Adam. Tugasan bapanya yang disuruh ditolak ketepi.

Maya terpaksa membuka blazzernya yang dipakai untuk memudahkan pekerjaannya. High heels juga turut ditanggalkan ketika dia membersihkan sekitar bangunan syarikat itu. Nasib, Maya hanya bertangungjawab di tingkat empat. Jadi, tingkat ini.menjadi tanggungjawabnya.

Jam 6:30 petang, dia memop bahagian pantri. Terbongkok -bongkok dia memop bahagian bawah meja.

Syed yang ketika itu melepasi bahagian pantri terlihat Maya dari arah belakang.

Syed melihat rambut Maya yang disanggul tadi telah dilepaskan. Kelihatan rambut ikal mayang milik Maya berada di paras pinggang. Syed tiba-tiba merasakan debaran di hatinya, entah apa yang merasukinya apabila dia berada di belakang Maya. Ketika Maya berpusing, rambut kepunyaan Maya mengibas ke muka Syed.

"O mak kau, bos gila" latah Maya. Maya cepat-cepat menutup mulutnya yang lancang tadi

"What did you say?" Tanya Syed.

"Tak ada apa-apa Encik Syed. Encik Syed tak balik lagi ke?" basa-basi Maya.

"Nak balik lah ni" lihat Syed. Dalam hati Syed berkata, "Comel juga budak ni, ni kalau aku angkat ni, ringan je" dirasakan tinggi Maya ketika itu hanya paras dadanya sahaja.

"Before i'm going home, how old are you exactly?" tanya Syed.

"Me? I'm 20 years old" aksi comel Maya kelihatan sambil tangannya menunjukkan dua kosong.

Syed tersenyum melihat telatah comel Maya. Budak-budak..

Namun, Syed menjauhkan perasaan itu dan mengingatkan " ini anak kau punya musuh"

Terus dingin layanan Syed kepada Maya, "dahlah, ingat! aku ni bos kau. Hormat sikit, cleaner" kata Syed.

Tersentak Maya dengan kata-kata tersebut, " tadi okay, sekarang mengarah. " gumam hati Maya.

"Baik Encik Syed" kata Maya.

"Anyway, esok kau tak payah pakai attire office, pakai je baju yang sesuai dengan pekerjaan kau, faham!" arah Syed.

"Faham, Encik Syed" tunduk Maya.

Syed meninggalkan Maya, dan Maya meneruskan kerjanya.

Tepat jam 7, Maya pulang, dia menunggu grabnya tiba. Apabila grabnya tiba, dia pun memasuki perut kereta tersebut.

Syed di dalam kereta memerhati Maya sehingga dia masuk ke dalam perut kereta. Tiba-tiba dia risaukan Maya, "kenapa aku risaukan budak tu, gila -gila" gumam hati Syed.

Maya sampai ke rumah dan kelihatan bapa dan mama nya menunggu di ruang tamu.

"So, macam mana, okay?" tanya mamanya.

"So far, okay ma. Maya dapat kerja tea lady dengan cleaner" kata Maya sambil mengurut kaki.

"What?" kata bapanya.

"Abang ini, biarlah. Pengalaman. It's okay Maya. Mama dulu pun, arwah datuk kamu pun dulu bagi mama kerja sebagai tukang kutip sampah dekat syarikat dulu" pujuk mamanya

"Budak itu, memang nak kena. Adakah dia bagi anak aku kerja sebagai itu. Tak apalah Maya, yang penting kau jalankan tanggungjawab kau, faham!" kata bapanya.

Maya malas melayan karenah bapanya terus naik ke atas untuk merehatkan dirinya. Nasib dia sudah solat di surau syarikat tadi. Tinggal menunggu solat Isyak.

"Esok, aku akan bersemangat!" azam Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience