Bab 5- Malam

Romance Completed 28135

Kelihatan semua pekerja lain sudah mengemas barang milik mereka. Tepat jam 5 mereka sudah beransur pulang. Tapi, tidak pada Maya. Jam 5 itulah waktu dia untuk bekerja sehingga jam 7 malam. Tapi, bila terdengar perbualan pekerja lain di dalam tandas tadi menyebabkan Maya sedikit takut. Maya sememangnya takut akan yang namanya entiti dan sebagainya.

"Weh, syarikat kita ni boleh tahan keras tau, dulu aku pernah balik lewat nak siapkan kertas kerja. Time tulah aku kena ganggu. Aku dengar ada orang bancuh air, sedangkan aku sorang je. Aku pun blah lah. Sekuriti dekat bawah pun cakap, bangunan kita ni keras sikit" luah pekerja tersebut.

Maya yang tidak sengaja terdengar itu terus kecut perut. Apakan tidak, kawasan bekerjanya di tingkat ini.

Tepat jam 7:00 malam, Maya membersihkan semua kawasan itu, tiba-tiba lampu di pantri terpadam dan seluruh kawasan itu juga gelap. Maya ingin mencari telefonnya tapi, tidak dijumpai. Maya mulai ketakutan mengingat cerita pekerja tadi.

Maya ketakutan lalu menangis kuat dan menjerit nama mama dan bapa nya. Terduduk Maya di pantri kerana ketakutan.

"Maya, what are you doing?" tanya seseorang.

Tersentak Maya dengan teguran itu terus berlari ke arah badan berkenaan. Maya tidak kisah siapa dipeluknya asalkan dia boleh mententeramkan jiwanya.

"Maya.... maya takut... Maya takut ada hantu" dia memeluk badan itu sambil menangis teresak-esak.

Akhirnya semua lampu terpasang kembali dan rupanya yang dipeluknya...

"Encik Syed"

Maya ingin melepaskan tangannya daripada memeluk Encik Syed namun hatinya masih berdebar kuat.

"Encik, saya minta maaf. Saya peluk Encik. Bagi saya bertenang dulu baru saya lepas ye, Encik" kata Maya.

Syed ketika itu tersenyum melihat keletah manja Maya. Tapi, debaran di dadanya juga tidak kurang hebatnya. Ingin dia membalas pelukan Maya tapi, diingatkan berkali-kali Maya ini anak kepada musuhnya.

"Dah ke?" soal Syed.

Maya ketika itu sedikit tenang melepaskan pelukannya dan membuka topinya lalu mengelap air matanya seakan anak kecil. Dia terlupa Syed berada di hadapannya

Syed menyaksikan kejadian itu lagi berdebar hatinya. Ingin sahaja, diusap air mata itu dan rambutnya. Tapi, hatinya menegah semuanya.

"Terima kasih Encik Syed. Maafkan saya" kata Maya.

"Hemm... dah pergi balik" kata Syed.

"Baik Encik, Encik maaf kalau saya bertanya, kenapa Encik balik lewat?" tanya Maya.

"Nak pastikan kau balik dulu takut kau pergi dekat office aku bongkar semua kertas kerja aku, kau ingat aku ni bodoh ke? takkan aku nak biarkan anak Datuk Ehsan dekat office aku" terang Syed.

Sedangkan, dalam hati Syed risau dia meninggalkan Maya seorang di aras itu. Perempuan lagi. Risau akan keselamatan Maya.

Maya yang mendengar sedikit sakit hati dengan kata-kata Syed kepadanya.

"Encik Syed, saya tak ada masa nak buat semua itu. Saya datang nak bekerja, tapi yelah kan, kalau Encik Syed anggap saya macam tu, teruskan. Saya tak da masa nak buat semua benda. Dahlah, Encik
Saya nak balik" kata Maya sambil memakai topinya dan mengambil begnya berlalu meninggalkan Syed di belakangnya.

"Anyway, Encik Syed. Terima kasih pasal tadi" kata Maya dengan senyuman paling ikhlas diberikan.

Hati Syed bukan main berdegup.kencang melihat senyuman Maya. Ikutkan hati ditarik budak ini pergi biliknya untuk dia cium-cium. Tapi, akalnya masih waras dan hatinya masih berdendam dengan Datuk Ehsan.

"Maya Rosa, what are doing to me ?" getus hati Syed ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience