Bab 19- Status diketahui

Romance Completed 28149

"Good morning, bunny" kata Adam.

"Morning, jom solat" ajak Adam untuk sembahyang Subuh. Selepas mereka menunaikan solat Subuh. Maya terus ke dapur membuat sarapan kepada suaminya. Ya, dia belum pandai segala hal di dapur. Namun, dia cuba untuk melakukannya demi rumah tangganya.

"Bunny tak payah masak ye. Hari ni, Linda nak masak untuk kami. Abang dan Shukri. Dulu, zaman kami U sama-sama, dia yang sentiasa masakkan kami berdua. Rindu abang dengan masakkan Linda" terang Adam.

Terhenti perbuatan Maya ketika itu. Sakit hatinya apabila suaminya memuji Linda. Dia merasakan dia kalah dari segala hal. Linda sememangnya terbaik.

"Abanh pergi dulu ye Bunny, anyway. boleh tak datang pejabat abang jam 10 pagi ni" arah suaminya.

"Okay" angguk Maya. Dia merasakan cemburu buat pertama kalinya. Namun, dia meletakkan dirinya bersama Linda. Ya, tak perlu bertanding. Dia akan kalah.
***************
Tepat jam 10 pagi, Maya berada di pejabat milik suaminya. Dia segera berjumpa Nad.

"Kak Nad, suami saya ada di dalam tak?" tanya Maya.

"Ada.. dia dengan Linda dan Shukri" terang Nad.

"Kak Nad, boleh tak nak tanya, suami saya dengan Linda, mereka ada hubungan ke sebelum ni?" tanya Maya.

Nad tahu Maya sedikit cemburu dengan kedatangan Linda di pejabatnya.

"Linda dengan Adam tu rapat, sebab bapa mereka rapat. Sebelum bapa Adam meninggal" terang Nad.

"Apa hubungan bapa Maya dengan bapa Adam?" tanya Maya.

"Kalau hubungan bapa Adam dengan Maya pun rapat. Cuma, bapa Linda dengan Adam lebih rapat, sebab mereka bekerjasama. Maaf, nak cakap lah ye, Maya. Hubungan bapa Maya dengan bapa Adam ini lebih kepada seteru tapi still baik." terang Nad.

"Dah, Maya pergilah masuk" kata Nad.

Maya masuk ke bilik suaminya, sebelum itu dia mengetuk pintu terlebih dahulu, kedengaran lauangan masuk dari dalam. Maya masuk dan Adam mendapatkannya.

"Linda. kenalkan ini Maya Rosa, anak Datuk Ehsan" terang Adam.

"Datuk Ehsan, your enemy right? Our father enemy exactly. Why she's here?" tanya Linda.

"Anyway, she is my wife" terang Adam.

Linda terkejut begitu juga Shukri. Maya hanya melemparkan sedikit senyuman kepada mereka berdua.

"So, congrats, Why did you not tell me about this?" tanya Linda

"I wait for perfect time. Untuk kita bertiga ada di sini lagi" ulas Adam.

Shukri masih terkejut terus mendekati Adam, "Tahniah big bro. Patutlah kau lain macam je bila aku dekat dengan Maya, rupanya isteri kau" kata Shukri.

Linda pergi memeluk Maya sambil membisikkan sesuatu di telinga Maya. Muka Maya terus berubah namun sedaya upaya ditahan riak muka Maya.

Bisikan Linda sangat lain di dengar.

"You will not get Adam, He's mine. Budak! bapa kau tu musuh bapa kami, kau ingat Adam senang-senang nak lupakan bapa kau ke?"

"Lamanya u peluk isteri i?" kata Adam.

"She's cute. Macam budak kecil. Tengoklah tinggi dia, paras bahu i je" terang Linda

"Sama lah, tinggi Maya paras dada i je, but i like it" ulas Adam.

Mereka bertiga berbual seperti Maya tidak wujud dalam bilik ini. Dirasakan kehadirannya tidak diperlukan walaupun telah diperkenalkan sebagai isteri Adam. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Linda. Adakah Adam sudah benar-benar memaafkan bapanya?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience