Bab 10-Mrs. Syed Adam

Romance Completed 28135

Sebulan sahaja masa berlalu, kini Maya sibuk mempersiapkan segala keperluan. Walaupun hanya bernikah sahaja. Keputusan ini dipersetujui oleh kedua-duanya. Hanya dijalankan di rumah dan hanya sedikit tetamu yang hadir.

Maya dan Adam sepakat memilih baju bewarna royal blue sebagai baju mereka akad nikah. Maya sudah hampir sebulan tidak berjumpa dengan Adam. Kadangkala, Maya tertanya-tanya, adakah Adam mengahwininya untuk membalas dendam? Jawapannya ada pada Adam.

Ketika fitting baju juga, Adam tidak kelihatan. Kadangkala dia juga rindu dengan Adam namun dia sering tiada di pejabat. Apatah lagi ingin berjumpa di pejabat. Sangat sukar kerana Maya diberitahu bahawa bosnya sibuk menyelesaikan beberapa projek.

Kini panggilan Encik Syed ditukar kepada Adam. Itupun persetujuan Adam. Mereka hanya membalas pesanan ringkas di applikasi wassap.
***************************

Maya berada di dalam biliknya ditemani ibunya. Dia takut, adakah benar keputusannya mengahwini Adam? Dia sendiri tidak tahu. Apa yang penting sekarang, kedua ibu bapanya. Kelihatan mamanya menggengam erat tangan Maya.

"Maya, jadi isteri yang baik, dengar cakap suami, taat pada suami. Okay sayang?" pesan Mamanya.

"Mama doakan Maya ye, semoga anak mama sentiasa bahagia" kata Maya.

"Sentiasa anakku" kata mamanya.

Pintu dikuak dari luar. Kelihatan bapanya dan Adam masuk ke bilik itu untuk menyarungkan cincin. Ketika Maya melihat Adam, berdegup jantungnya. Adam menyarungkan cincin di jari dan Adam menngucup dahinya, sempat dia membisikkan , "You look so beautiful, Mrs Syed Adam"

Maya hanya melemparkan senyuman dan mereka bergambar. Sempat Adam membisikkan kata-kata berbaur godaan dan ugutan kepada Maya.

"See you tonight bunny, I bite you like candy, because you are so sweet" kata Adam kepada Maya.

Maya merona merah wajahnya ketika Adam membisikkan kata-kata itu. Maya terus mengerakkan otaknya untuk dia tidak tidur bersama Adam malam ini. Tidak akan. Tidak sama sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience