Bab 43- Ingatan dan Kegembiraan

Romance Completed 28149

"Dulu, abang pernah bagi dekat Bunny tiga syarat. Tapi, Bunny bagi abang enam syarat. Tapi, abang cancel kan tiga syarat sebab abang cakap tak adil, hahahha" ketawa Maya sambil menangis mengelap air mata. Ya, dia rindu ketika itu.

"Teruskan..." kata Adam sambil mengajak Maya duduk di sofa berdekatan.

"Waktu itu kita kena kahwin sebab bapa risaukan tak da siapa jaga Maya, dia ingatkan Abang orang yang tepat akan jaga Maya" kata Maya.

"Sedangkan Abang waktu tu tak suka Maya lagi. Abang takut Maya ini cuma mata-mata bapa Maya. Maya pun tak tahu bila sebenarnya abang jatuh cinta dengan Maya" tambah Maya.

"Abang rasa better kita pusing rumah ni, mana tahu abang ada ingat sesuatu. Abang tak sanggup tengok Bunny nangis, jom" ajak Adam.

Mereka masuk satu bilik ke satu bilik sambil Maya menceritakan mereka tinggal di rumah ini. Hari pertama mereka tinggal, Adam yang memasakkanya. Dan semua Maya cerita, tiada ketinggalan.

Setelah habis rumah itu dipusingnya, Maya bertanya "Abang ada ingat-ingat tak ?" soal Maya.

"Maaf Bunny" kata Adam.

Maya menarik nafas untuk menenangkan dirinya, dia terpaksa menerima keadaan bahawa Adam tidak mengingati kenangan mereka.

"Tak apalah Abang, kita boleh mulakan seperti dahulu, kan? Dah jomlah balik" kata Maya, sedangkan air matanya sudah mengalir ke pipi.

Ketika Maya ingin melangkah, tangannya ditarik oleh Adam terus Maya terdorong dalam pelukan Adam.

"Abang... kenapa?" tanya Maya.

"Shuuusshhh... abang ada cerita" kata Adam.

"Apa dia?" soal Maya.

"Suatu hari, ada anak musuh abang masuk ke pejabat. Teringat abang Nad menyerahkan borang permohonan seseorang. Nama dia Maya Rosa. Kata Nad dia cantik, tapi abang tak percaya sehinggalah abang jumpa dia di depan mata abang" cerita Adam.

Maya sudah teresak-esak menangis di dada Adam.

"Abang mula jatuh cinta dengan dia bila abang selalu perhatikan di bekerja dekat pantri, abang risaukan dia. Setiap malam, abang akan tunggu dia balik dulu, baru abang balik. Abang tak tahu apa yang Maha Rosa dah buat dengan abang. Walaupun dia budak lagi masa itu, tapi dia matang. Tapi, abang risau bila Shukri nak goda dia. Dan, abang tak boleh maafkan diri abang bila Linda ugut abang nak cederakan isteri abang" tambah Adam.

"Abang dah ingat ke?" tanya Maya sambil teresak-esak.

"Sebenarnya dah.. Abang ingat sewaktu kita bersama malam tu. Semuanya abang rasa bagaikan mimpi. Tapi, ya, tulah kenangan kita. Abang sebenarnya dah ingat selepas malam itu. Terima kasih sebab sentiasa kuat untuk abang dan anak-anak. Tak salah keputusan Abang kahwini Maya" kata Adam.

Maya semakin mengemaskan pelukannya. Dia bersyukur akhirnya Adam mengingat semula.

"Dah lah tu Bunny, jangan nangis. Abang tak nak Maya nangis. Sekarang, kita akan bahagia dan tiada siapa akan kacau kita lagi. I love u Maya Rosa, my bunny." kata Adam.

Dia bersyukur semuanya kembali seperti dahulu. Syukur dia. Maya melepaskan pelukan.

"Kalau abang dah ingat, syukurlah. Dah jom balik" ajak Maya.

"Tak payah kut dulu" kata Adam.

"Kenapa?" soal Maya.

Adam sudah mengangkat Maya dan menuju ke biliknya.
************
Sebulan selepas itu, perkahwinan Shukri dan Karla.

Triplets gembira melihat Uncle mereka berkahwin. Tiba-tiba Shukri mengambil mikrofon dan berkata sesuatu.

"Majlis ingin menjemput pengantin tua, Maya Rosa dan Syed Adam untuk ke pelamin" kata Shukri.

Adam sudah menarik Maya ke atas pelamin dan Karla memberi peluang kepada Maya untuk menjadi pengantin pada hari ini.

"Abang apa ni, malu Maya" kata Maya.

"Kita kan tak pernah bersanding, so, kita merasalah, hehehhehe" kata Adam.

Kembar di bawah sudah bertepuk tangan menyaksikan kedua ibu bapa mereka bersanding.

Maya melihat senyuman Adam, dia bersyukur bapanya menyuruh dia intern di syarikat Adam. Semoga bahagia milik mereka.

Tammat......

p/s: Terima kasih atas semua readers yang sentiasa mengikuti perkembangan cerita ini. Insha Allah, dalam masa yang terdekat akan ada novel yang akan ditulis. Cari idea dulu. Jikalau berpuas hati dengan novel ini, jangan lupa send komen atau coins dekat saya sebagai tanda sokongan dan segala cadangan akan ditambah baik. Terima kasih semua.. kita bertemu lagi di novel yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience