9

Drama Completed 3255

Keesokannya aku boleh pulang ke rumah... Jerry yang menghantarku pulang dan lesap...

Aku memasuki rumahku... Sunyi... sama seperti selalu... Aku masuk ke bilikku bersebelahan bilik Tengku dan mencapai beberapa buku untuk persediaan kelas esok...

Aku berbaring diatas katil tiba-tiba Tengku masuk ke bilikku dengan seorang gadis seksi berbaju putih berskirt merah berbelah di peha...

"Woi! Kau bangun kemas bilik aku and tukar cadar bekas kau dengan Jerry tu... aku nak pinjam bilik kau nak main dengan dia..."

"Tapi... saya tak..."

"Kau nak aku lempang kau depan dia ke hah?!"

Aku menggeleng... Lalu aku mengikut arahan... Aku mengambil cadar baru di dalam almari... tiba-tiba aku teringat sesuatu lalu mengetuk pintu bilikku...

"Tengku! Saya nak masuk ambil barang..."

"Masuk jelah!" Tengku menjerit dari dalam...

aku membuka pintu bilikku... mereka berasmara... sedang melayang nafsu masing-masing tapi itu bukan penghalang aku nak ambil barang aku tapi dia membalingnya diatas lantai...

Astarfirullah'alazim... Aku mengangkat Kitab al-Quran yang dibaling ke lantai lalu memeluknya...

Kau memang tak guna Tengku... Kau memang tak guna... Aku meletakkan al-Quran di atas meja bacaan lalu menarik rambut Tengku dan menamparnya...

"Sial! Sial! Sial!" aku memukulnya sepuas hati sehingga tubuhku jatuh ditolak kasar oleh Tengku...

"Bodoh!" Tengku duduk diatasku lalu menghentakkan kepalaku diatas lantai...

"Enough! Tengku!" Gadis itu menjerit...

"Kau blah... Dan kau jangan masuk campur urusan aku..." Tengku membisik ke telinga sambil menarik kuat rambutku...

"Aku tak takutlah iblis macam kau Tengku..." Aku mula bersuara...

Tengku menampar pipiku hingga bibirku pecah... dia mengheretku ke tandas bilikku dan mengunci pintu...

"Kau cakap apa... kau ulang!" Tengku menampar pipiku sehingga mukaku naik bengkak dan pedih...

Aku menangis kesakitan... Dia menghentakkan kepalaku ke singki dan membuatkan aku pengsan tanpa sedarkan diri lagi...

Bila aku tersedar aku berada di sebuah bilik yang luar dan gelap malah tubuhku hanya diberi selimut...

Aku nampak susuk tubuh lelaki memakai baju kemeja putih di depanku...

Dia mendekatkan mukanya padaku... Jerry? Apekah... Kenapa dia sanggup buat macam ni...

"Maafkan aku Jasmine... tapi aku dah bayar duit tu dekat Tengku..."

Mataku merah... dia memegang daguku lalu mencium dahi tapi aku berpaling dengan setiap titis air mata mencucuri keluar perlahan-lahan...

Aku menyorokkan diri di sisi katil sambil menangis tiba-tiba seorang lelaki masuk ke bilik...

"Hello... Baby..." Suara lelaki yang tak dikenali memasuki dan mengendapku dari atas katil...

"Let me go!" Aku menjerit tiba-tiba ubat penenang disuntik ke tubuhku lalu aku pengsan separa sedar...

Aku dapat rasa sakitnya... panasnya... nyalaan lampu yang menangkap tubuhku yang tak berpakaian...

Aku tak berdaya... penat lelah semua bercampur aduk... lalu aku pengsan semula...

Sedar-sedar aku ada di atas katil bilikku... Aku bangun dengan cepat... Aku mimpi ke? Aku menampar pipiku...

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi... Alamak! Aku dah lambat ni... Aku mencapai beg dan beberapa alat tulis untuk ke universiti...

Aku naik bas awam... ramai yang melihatku yang keadaan gelabah teruk... Allahhu akbar! telefon aku tertinggal di rumah tapi dah lewat so... aku tak berpatah balik...

Sesampai sahaja di universiti aku menuju ke bilik seminar bila aku buka sahaja pintu ramai yang memerhati dan berbisik sama sendiri...

"Sir... I'm sorry because I late..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience