1

Drama Completed 3255

"Masa menjawab dah tamat... Calon-calon PT3 boleh menyemak kertas peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 2" Cikgu Wan Judaina memberitahu diatas pentas...

"Yeah!!!" calon dalam dewan menjerit kegemilangan...

"Kertas tak kutip lagi.... jangan seorang pun bercakap! Kalau tak saya bagi kosong semua..." Cikgu Wan Judaina memarahi kami... Tapi di pipinya cekang kerana gembira...

Akhirnya examku telah tamat... bangga di hati selama 9 bulan aku belajar... telefonku dirampas... sedih dihati... kini aku getback dengan telefonku...

Keluar dari dewan peperiksaan...

"Wey... Azlina harini kau nak balik tak?"

Aku menyoal semasa aku terserempak dengan Azlina kawan lamaku sejak sekolah rendah.

"Mestilah... aku letih ni..."

"Az... boleh tak... macam biasa..."

Azlina melihatku lalu dia mengangguk...

"Yeay... Sayang kau!" aku menjerit kecil disekelilingku ramai yang melihat...

"First kau ada 20 sen? Aku kena tanya kak aku dia rajin tak?" Azlina menyoal semasa kami menuju ke telefon awam dalam blok B.

"Ada!" Aku menghulurkan 50 sen padanya...

Di depan telefon awam Azlina menekan nombor kakaknya dalam beberapa saat kedengaran sudah diangkat...

"Kak! Kenal tak siapa ni?" Azlina menyoal...

"Hehe kau rajin tak?" soalnya lagi...

Aku disebelah melihat dia menyengih-nyengih...

"Rajin eak... mai ambik aku... macam biasa tulis nama 4 ekor ni..."

"Okey..."

Azlina mengangguk aku menuju ke kantin dengannya untuk ke arah 2 orang kawanku lagi yang sedang menunggu.

Dalam 3 minit kakak Azlina datang...

"Jom... dia dah mai..." Azlina mengajak.

"Aku tak mau baliklah..." Syafiyah duduk di kerusi kantin dengan muka kepenatan.

"Okey..." Azlina menuju kearah kakaknya.

"Kau tak nak balik ke?" Fathia menyoal lagi tapi dia hanya membalas dengan gelengan.

"Betul ni? Kau kena tunggu 1 jam lebih tau untuk balik..." aku menyoal pula...

dia masih dengan anggukannya... aku dengan Fathia beredar dari kantin ke pondok sekuriti untuk menulis nama...

Tapi bila sampai ke pondok sekuriti ramai pula manusia yang berlegar-legar...

"Kak tulis tak lagi?" Aku mendengar perbualan Azlina dengan kakaknya tapi kakaknya menggeleng kepala...

Dalam beberapa minit giliran kami menulis nama apabila aku mengalihkan kepala ternampak Shafiyah di belakang sedang menyengih...

"Tadi kata taknak ikot balik..." Fathia mengeluarkan suara selepas aku menyuruhnya toleh ke belakang...

"Aku ngantuk... takkan aku nak tidur kat kantin tu..."

"Esok bawa toto dengan pillow... sebab kalau kau nak tido pun tak payah lah nak balik..." Fathia mencadang.

"Esok hari Jumaat tak per... balik awal..." Syafiyah membalas kembali...

"Nadhia... senyap jer dari tadi..." Syafiyah menyoal...

"Mana tak senyap dia tengah susah hati dengan Tengku latu..." Fathia memotong...

"Mende kau ni... aku just letih tau tak..." aku membetulkan fitnah Fathia...

"Harini dia mai ke?" Fathia menyoalku dalqm bisikan...

Aku mengangguk...

"Habistu kenapa murung jew... Dia ada orang lain ke?" Fathia membisik lagi..

"Aku pun tak tahu... aku malas nak fikir..."

Aku mengekori belakang Syafiyah yang keluar dari pagar sekolah...

Di Rumah...

Jam menunjukkan pukul 5.50 petang...

Tengku memasuki rumahku dengan selamba...

"Tengku... kenapa masuk macam tu je tak panggil salam pun... kalau Mama dengan Papa ada macam mana..." Aku terkejut dengan kehadiran dia...

Selalunya datang pukul 3.30 petang kalau cuti dia akan datang pukul 9.30 pagi... tapi kalini lambat pula..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience