12

Drama Completed 3255

Aku pulang seperti biasa memang susah ulang alik dari Seoul ke Busan... tapi apakah dayaku...

Uish... lama sungguh nak tunggu teksi datang dekat setengah jam aku tunggu tak berupa lagi... aku pilih untuk ke kafe menjamah apa-apa selepas mengorder Grab Car...

Aku menjamah kek larva coklat dan air latte... sementara itu aku menyiapkan sedikit kerja yang cikgu berikan...

"Jas?" Aku berpaling ke arah yang menyebut namaku...

"Eh? Hai... sit down there..." aku memperlawa budak lelaki yang duduk bersebelahan mejaku di kelas...

"Lee Shen Zey..." dia menghulurkan tangan lalu aku membalas...

Cina rupanya... mati-matiku sangka Korea... aku tersenyum melihat senyumannya...

"What I can call you?" Aku menyoal...

"Cakap Melayu jerh..." dia membalas dengan Bahasa Melayu...

"Ouh! Awak dari Malaysia..." Aku tersentak...

Dia mengangguk...

"Shenz pun boleh Henz pun boleh Shenzi pun boleh... pilih mana selesa..." Dia memberi nama timbangannya...

"Shenzi... boleh?" aku menyoal dia membalas dengan anggukan...

Kami bergurau senda dalam lima minit tiba-tiba Notifikasi Grab memberitahu yang kereta sudah tiba di destinasi...

Aku meminta diri untuk pulang dia mengangguk dan tolong aku mengemas fail-fail yang berselerak di meja...

Aku ke kaunter...

"Paid please..." aku mengeluarkan dua helai duit merah...

"Where your table?" dia menyoal sambil membelek mesin cashier ...

"There's..." aku menunding jariku ke meja...

Tiba-tiba seorang pelayan datang menyampuk sambil membisik-bisik dengan cashier  di depanku...

"Your table completely paid..."dia memberitahuku...

Huh?! Aku melihat mata mereka dan mengangguk...

"Your Boyfriend paid for you..." pelayan itu senyum riang...

"Not... that's my friend..." aku menggeleng dan mengucap terima kasih...

Bagai drama pulak... Well aku ke Grab Car untuk pulang ke Seoul...

Jalan memang sesak... Aku tiba di apartment pukul 8.30 malam... tapi aku tak beberapa hirau kerana Tengku tiada di rumah...

Aku tidur dengan nyenyak,bangun awal, dapat solat dan qodo... aku dapat menjalani kehidupan normal dalam beberapa hari ni...

Sudah seminggu Tengku tiada denganku... rasa hati riang bahagia... mana taknya... dapat hidup bebas macam ni pun aku dah bersyukur...

Pagi ni aku sampai ke universiti dengan Shenzi... dia ada kereta sendiri... so,dia yang mempelawa aku pada hari kedua kami berjumpa...

Sebenarnya, aku taknak jadi macam dalam bas, Bilik Kebal... Aku takkan percaya sesiapa dah macam mana Jerry buat kat aku dulu... So, aku menolak...

Dia yang paksa aku so, kepercayaan aku sedikit demi sedikit kepadanya... malah dia buat aku ni tempat aduannya...

Suatu hari dia mengajak aku ke rumahnya tapi aku menidakkan diriku... Tiba-tiba dia datang membawa seorang gadis bersamanya untuk menjemputku pada pukul 8 malam...

"Jomlah... makan dengan family aku..."

"Tak boleh... aku bukannya nak tolak tapi... aku takutlah..."

"Kau takut kau kena lagi sekali..."

"Hm?" Aku buntu seketika...

"Aku tau gambar yang viral tu gambar kaukan..."

Bila aku terdengar aku mengundurkan diri dan menutup tubuhku dengan jaket...

"Aku tak tengok... kawan aku yang cerita..." Dia mendekat...

"Ish... kau ni... janganlah takut... aku tahu yang Muslim tak boleh keluar berduaan dengan berlainan jantina so, aku bawalah orang sama jantina dengan kau... kau boleh duduk belakang... lagipun aku jemput kau dengan kereta..."

Aku diam sahaja...

"Penat tau aku datang... kalau kau tak nak ikut okey fine..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience