8

Drama Completed 3255

Aku kembali ke apartment di mana tempat aku merehatkan diri...

Aku menyalin pakaian dan memasak beberapa hidangan untuk menjamah...

Aku mengingati wajah berseri mamaku apabila tersenyum setiap titis air mata menitis kedalam pinggan...

Aku menangis... sehingga aku tak perasan bahawa Tengku mengetuk pintu rumah...

Aku mengesat air mata dan mencuci muka selepas aku membersihkan tangan lalu membuka pintu...

"Tengku?! Kenapa dengan muka awak?"

Mukanya lebam sana sini...

"Kenapa lambat sangat buka?! Kau tahu tak betapa lamanya aku tunggu?!"

Aku terdiam menunduk sambil melihat dia ke sofa... Aku menutup pintu tiba-tiba beberapa orang lelaki Korea memasuki rumah...

[Author bagi Substitle terus ye...]

"Apeni?" Aku hairan...

"Ni jamu yang buat kau muda tersenyum manis?" lelaki berbaju hitam menyoal...

Tengku mengangguk...

"Ouh... cantik... badan pun boleh tahan..." lelaki itu mengusap pipiku aku mengalih...

"Baby... nama saya Jerry Kim panggil Jerry jew..." kata lelaki baju hitam itu...

"Tengku... nama dia apa?" Jerry menyoal...

"Jasmine..."

"huu... patut lah wangi... Tengku aku pinjam katil kau... nak main kejap dengan dia?"

"Ha... kau ambillah... asalkan kau letak duit dulu" Tengku asyik dengan telefon...

"Okey..." Dia meletakkan sampul surat yang tebal...

"Tengku! Ape kau buat ni!" Aku jerit semasa Jerry menarik tanganku...

"Aku tak nak kau bising!" Tengku hanya bermain dengan telefonnya...

"Tengku! Pleaselah... Ini bukan yang awak janjikan dengan saya!" aku mengerang...

"Aku nak kena bayar kau punya yuran universiti! Kau pun kenalah kerjasama..."

"Tapi ni bukan caranya! Please... awak dah janjikan... pleaselah... saya hanya untuk awak..."

Tengku berdiri dan menampar pipiku...

"Aku dah bosan tau dengan tubuh kau tu... aku dah muak! Sekarang ni aku nak beli perempuan lain... yang pandai goda aku... bukan macam kau!" Tengku menghilangkan dirinya...

Jerry membelai pipiku yang merah...

"Awak okey?"

Aku menangis tanpa henti... Jerry mengusap belakangku supaya meredakan sebak dihatiku...

"Korang semua keluar dulu... follow Tengku pergi mana... jangan sampai terlepas..." Jerry memberi arahan lalu mereka meninggalkan kami berdua sahaja...

"Maafkan saya..." Jerry mohan maaf padaku...

Aku hanya menangis tanpa henti... dalam Bahasa Melayu aku berkata pada Jerry...

"Apa salah aku... Aku tak minta pun nak belajar sini... dia dera aku... dia siksa maruah aku... Kenapa Allah turunkan ujian macam ni kat aku..."

Jerry memeluk tubuhku... walaupun dia tidak faham apa yang aku kata... dengan intonasiku yang sakit, kecewa, menyesal dan marah bercampur aduk... dia mengerti...

Sehingga aku sendiri yang pengsan tak sedarkan diri dalam pelukan Jerry ... Peperiksaanku ditangguhkan... Aku sedar selepas aku terasa loya...

Aku melihat disebelahku ada seorang lelaki mengenakan cap dan sweater biru terang yang tertidur di kerusi dengan tangan menyipul...

Pening yang amat... seperti ada batu besar merepuh kepala... Aku mengusap dahiku... Sehingga mengejutkan lenanya...

"Jasmine... awak okey?" Jerry berdiri dengan gelabah...

Aku mengangguk...

"Boleh tak saya pergi bilik air..." Aku memicit kepalaku...

"Saya temankan ya..." aku menggeleng...

"Awakkan baru sedar..." Jerry menyentuh lenganku dengan lembut...

"Tak pa saya boleh pergi sendiri..."

Aku bangun dari katil menuju ke tandas berdekatan dengan air vaksin yang tergantung...

Aku duduk di hadapan tandas dengan orang sekeliling sedang lalu-lalang di situ dengan otak yang membina angan-angan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience