22

Drama Completed 3255

Aku dengar sedikit demi sedikit tapak kaki mendekat...

Makin rapat mataku ditutup...

Aku terdengar dia sedang menyentuh-nyentuh barangku...

Katilku terasa berat...

"Kau ni kan... Kalau merajuk sampai tak nak jumpa aku..."

Bila masa pulak aku merajuk dengan kau... Aku membalas dalam hati...

"Sayangnya... aku ada Seonkyu..."

So...

"Aku tak boleh buang perasaan ni, aku masih sayang Seonkyu..."

Pergilah main dengan dia jauh-jauh jangan ganggu hidup aku...

"Aku just anggap kau kawan ja... Aku tak cintakan kau Dhia..."

Hatiku tergores sedikit...

"Maafkan aku Dhia..."

Aku terasa selimut yang menutup kakiku di tarik sehingga ke bahu...

Katilku terasa ringan dan pintu bilik ditutup perlahan...

Aku melelapkan mata terus bagi tidak menambahkan lagi kekusutan...

Keesokkannya,

Aku berjalan perlahan-lahan memasuki pintu gate universiti itu...

Aku memakai pakaian berlengan panjang dan paras betis... Bercorak bunga kecil...

Rambutku dilepaskan...

Aku berjalan memasuki kelas...

Aku melabuhkan punggung diatas kerusi...

Aku datang dengan Grab Car sebab Tengku order Grab awal takut jam...

Selalunya aku naik dengan Shenzi tapi nampaknya hari ni dia lewat...

Sudah sejam aku belajar masih tak nampak rupanya...

Hm... Demam kut...

Kelasku tamat dengan awal kerana ada beberapa pensyarah tak hadir...

Aku ada lebih masa jadi aku bercadang mahu ke rumah Shenzi...

Aku telah tiba di rumah Shenzi... Lalu aku mengetuk pintu...

Pintu dibuka oleh seorang gadis yang aku tak kenal... Mungkin orang gaji?

"Cari siapa? " Dia berbahasa Korea.

"Shenzi... "

"Ouh... Dia ada diatas dengan Seonkyu... Awak siapa? "

"Saya Jasmine... Maaf kerana menganggu... "

Aku menundukkan hormat dan berjalan keluar dari kawasan rumah itu...

Otak aku sudah fikir macam-macam... Entah kenapa Tiba-tiba aku menampar kepalaku sendiri...

Orang di sekeliling terkejut...

Terkejut kerana seseorang memegang tanganku selepas berapa kali mengetuk kepalaku sendiri...

Aku menoleh kebelakang... Terkejut juga dia buatnya

"Argh! "

Aku menutup mataku dengan rapat...

"Pergi sana! Kau ni tak malu betul lah! Pergi balik pakai baju! " Aku menyuruh Shenzi pulang...

"Aku lelaki tak pe... Kenapa kau pakai baju macam ni?! Aku tak suka" Dia menarik perlahan lengan bajuku...

"Biarlah aku punya baju?! "

"Kau nak goda aku eak??? " Dia senyum manis..

"Ish mana ada!" Pipimu merah

"Ikut aku sekarang! " Shenzi menarik lenganku menuju ke rumahnya...

"Lepas lah! Sakit tau tak! "

Dia mengheret aku sehingga ke biliknya...

Aku perhatikan Seonkyu baru saja mandi dan berkemban...

"Kenapa dia ada sini... " Dia terkejut dengan kedatangan ku...

Aku menundukkan hormat dan meminta maaf... Terus aku keluar dari bilik yang bersepah itu...

Tapi Shenzi menahanku...

"Kau salin baju dulu baru Aku bagi kau keluar... "

"Kau ni asal! Aku tak kacau hidup kau pun kan! " Aku menjerit padanya...

"Aku tak suka kau pakai macam ni... Seolah-olah kau jual badan kau... "

Aku menampar pipinya dengan kuat...

"Biarlah aku ni pelacur ka, murah ka kau sibuk apesal?! Hidup aku membesar memang cara macamtu... Aku nak bahagia macam kau pun susah... Tapi orang sekeliling yang aku sayang tak pernah tau apa rasa hati aku ni... "

Air mataku mahu menitis terus aku mengusap...

"Kau jangan paksa aku jadi siapa... Aku ni manusia ada kelemahan ada salah juga... So Kau tak payah nak acah perfect...Semua tu hak aku... " Aku keluar sambil menghempaskan pintu biliknya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience