15

Drama Completed 3255

Sudah 3 jam Shenzi tak turun dari tingkat atas...

"Eh? Jasmine nak Aunty panggilkan Shenzi?" Aunty Tan menyoalku yang tunggu di anak tangga...

"Biarkan jelah mak... dia datang, pandai-pandai balik..." tiba-tiba Mak Shenzi menyampuk dan naik ke atas...

"Omma! Wait!" Seonkyu berlari mengikut Mak Shenzi naik...

Aku tergoris seketika... Kalau aku tahu jadi macam ni aku takkan datang...

"Betullah cakap Mak Shenzi... Saya bukannya tak der duit... Saya boleh naik teksi..."

"Betul ke? Tak pe Aunty panggilkan driver..."

"Eh? Tak payah... menyusahkan pulak nanti..."

"Takpe... Jasmine tunggu sini dulu..."

Dalam beberapa minit driver datang menjemputku...

Aku menyuruh driver memberhentikan kereta di sebuah food court kerana aku mahu membeli beberapa makanan untuk melapik perut...

Banyak kedai tutup maka aku terpaksa beli makanan segera sahaja...

15 minit aku tunggu dapat akhirnya makan tapi aku mahu menjamah di rumah supaya terus aku boleh tidur...

Aku berjalan menunggu Grab Car di stesen bas... Seorang mak cik tua datang dengan baju yang selekeh dan mabuk...

"Berambus! Blah lah!" makcik itu menghalauku...

Aku bangun sambil melihatnya... matanya tertumpu pada makananku...

"Makcik lapar ke?" Aku menyoal lalu dia mengangguk...

Aku menghulurkan makananku...

Dia membuka dan menikmati dengan begitu berselera sehingga buatku terliur...

Aku ke kedai untuk membeli semula...

Aku mengambil duit tapi yang sedihnya aku memegang 3 ribu won yang bersamaan 3 dollar...

Aku menusuk poket dan beg... duitku habis... Sedihnya aku... dengan 3 ribu won aku hanya mampu beli air Pepsi...

Aku menyimpan duit itu untuk makan di universiti... aku berjalan perlahan-lahan ke rumahku... perutku bergendang kuat...

Keesokannya...

Aku lesu, penat untuk ke universiti... tapi aku perlu gagah juga...

Aku membersihkan tubuh dan bersiap, aku hanya dapat menjamah sekeping roti kosong dan air masak... itulah makanan terakhirku...

Kalau nak beli kena tunggu Tengku balik Korea baru boleh beli barang mengisi dapur...

Setengah jam aku tunggu Shenzi tak datang aku telefon, mesej tak dijawab langsung...

"Ish! Merajuk tak dak tempat dia ni!" Aku mengomel sendirian...

Aku naik Grab Car menuju ke universitiku... Aku lambat 15 minit... aku masuk ke kelas dia ada di kerusinya...

Panasnya aku! Aku duduk bersebelahannya dan mengeluarkan buku nota...

Dia tak memandangku langsung... Aku melihatnya makin berjarak denganku...

Waktu rehat aku tak dapat makan langsung kerana duitku hanya cukup aku pergi balik universiti saja...

Aku membaca nota yang diberi cikgu dan memerhati Shenzi dari jauh... dia makan dengan penuh selera sambil berbual dengan rakannya...

Perutku berbunyi... Sabar aku tahu kau lapar tapi kau tahan ja sikit...

Aku pulang seperti biasa... dengan bas atau Grab Car... Shenzi keluar dahulu dari aku...

Aku menunggu bas dalam 10 minit dan menaikinya... selang beberapa stesen bas aku ternampak kereta Shenzi tanpa bumbung dipandu mendampingi Seonkyu yang berbaju paras lutut ketawa...

Kenapa hati aku tak selesa... aku melihat mereka lama tapi belum perasan... Shenzi menyentuh lutut Seonkyu dan hampir mencium sama ada pipi Seonkyu...

Air mataku sudah mengalir... Betapa sakitnya tak terkira... Betul ke semua lelaki sama? Aku mengusap air mataku dengan pantas kerana orang sedang berdiri memandangku...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience